Kerana dakapanmu begitu berharga…
Saya sedang berada dalam satu program tarbiyyah bila saya terlintas untuk berkongsi tentang dakapan..ya, dakapan.. atau pelukan.. ada apa dengan pelukan..?
Setiap kali awal pertemuan dalam program-program yang hanya dihadiri peserta muslimah, kelihatan para peserta akan bersalaman dan berpelukan. Dengan berwajah manis, pelukan itu adalah pelukan hangat yang mampu menyebarkan semangat dan kegembiraan pada saudara muslimah yang lain.
Pelukan dan dakapan itu boleh kalian beri percuma pada insan-insan terdekat.. perkara kecil yang mampu memberi makna besar pada insan-insan yang menharap kasih sayang dan kedekatan dengan insan sekitarnya.
Carilah masa dan kesempatan untuk menyentuh dan memeluk insan-insan yang sepatutnya mendapat sentuhan dan dakapan itu.
Bila kali terakhir kita menyentuh dan memeluk ayah dan ibu dengan kasih sayang…?
Bila kali terakhir kita memeluk anak-anak..adakah pelukan itu hanya sewaktu anak-anak masih bayi dan tiada langsung bila anak-anak menginjak remaja.. hingga anak-anak itu terdorong untuk jatuh dalam pelukan teman lelaki dan teman wanita hanya kerana merasa kekosongan jiwa..?
Bila kali terakhir kita memberikan pelukan untuk suami dan isteri.. pelukan dan sentuhan sayang yang bukan kerna hubungan seksual semata, namun pelukan dan sentuhan yang diberikan secara berkala mampu menghidupkan rasa cinta suami dan isteri.. para isteri sering mengharap sentuhan dan pelukan yang kerap dari suami, dalam masa yang sama, para isteri juga hendaklah memberikan pelukan dan sentuhan sayang tanpa diminta…
*Go home and hug your family*
No comments:
Post a Comment