Manusia bernikah kerana antaranya, ada dorongan fitrah untuk menikmati hubungan yang halal yang semulajadi lahir dari naluri insan bernama lelaki dan perempuan. Halal yang terwujud dalam pernikahan itu bukan sebatas ruang untuk hubungan seksual, namun halal untuk saling melahirkan kata-kata cinta yang romantis, jua untuk sentuhan dan belaian penuh kasih sayang yang terjadi selain di kamar tidur.
Saya berkongsi tentang ini kerana beberapa kisah ‘halal’ yang terabai yang sampai di telinga saya. Saya berbicara dengan sedikit ilmu dan pengalaman, agar yang bakal dan telah bergelar isteri memuhasabah dan melihat dari satu sisi, bagaimana seharusnya kita bersikap dalam aspek kemesraan intim suami isteri.
Mungkin ia 'agak biasa-biasa' jika kemesraan halal itu hambar dan bermasalah setelah usia pernikahan memakan tahun. Namun ia agak luar biasa dan menyedihkan bila ada pasangan muda suami isteri yang baru beberapa bulan atau setahun dua berkahwin sudah memandang sepi pada kepentingan menjaga keintiman dan kemesraan suami isteri.
Kita tahu jiwa orang-orang muda yang selalu bersemangat dalam banyak hal, dan nafsunya juga lebih bersemangat dan subur pada kemesraan jua hubungan intim. Jadi adalah menyedihkan sewaktu ramai muda remaja lain yang teringin dan terdorong pada hubungan seks, sedangkan mereka tidak memiliki pasangan yang sah, di sana ada pasangan yang sudah halal melakukan apa sahaja, tidak memanfaatkan keistimewaan itu.
Seorang isteri mengadu yang setelah beberapa bulan berkahwin tidak berjaya melakukan hubungan seks [seksual intercourse], lantas tertanya-tanya kenapa ia nampak mudah pada remaja yang berzina..?
Ada juga isteri yang telah lebih setahun bernikah memilik masalah yang sama, hingga ia melihat perceraian depan mata.. untuk apa bergelar suami dan isteri jika tiada hubungan batin, yang sebenarnya menjadi salah satu kekuatan asas pada keharmonian rumahtangga…?
Ada juga isteri yang meluahkan tidak mampu menikmati hubungan seks kerana sentuhan dan belaian suami tidak membangkitkan perasaannya untuk berasmara..
Ketahuilah bahawa hubungan seks itu tidak indah jika tiada usaha untuk mengindahkannya. Hubungan seks dan ruang untuk bermesra itu terasa tawar jika kurang usaha untuk memaniskannya. Adakah kalian menyangka keserasian dalam hubungan intim akan terjadi dengan sendiri tanpa perlu kalian belajar.. ? Adakah ia akan terus dan semakin baik jika kalian tidak saling mengkomunikasikan sejauh mana kalian menikmati hubungan yang halal itu..?
Tak, ia tidak akan jadi manis dan indah jika kalian tidak belajar.. Lalu timbul persoalan, harus belajar bagaimana..? Belajar hanya di dalam satu tempat bernama pernikahan, dan belajar hanya di antara suami dan isteri.
[Jika mahu menjadi doktor dan engineer harus belajar bertahun-tahun, menjadi businessman dan guru pun belajar bertahun-tahun untuk hasil yang bagus, begitu juga suami isteri. Mana mungkin menjadi suami isteri yang baik, pandai mengatur hak zahir dan batin pasangan, jika rumahtangga dibiar berjalan sendiri tanpa ada kesedaran untuk mencari ilmu dan meluaskan pengalaman...]
Kita mampu memberi komitmen pada kerja dan majikan, berhempas pulas lagi sabar menghabiskan pelajaran di universiti, namun tidak memberi komitmen malah tidak sabar untuk menyuburkan cinta di alam pernikahan. Tidak berhempas pulas agar pernikahan itu menjadi ladang amal soleh yang bagus, yang melimpahkan ketenangan pada penghuninya.
Berbalik kepada hubungan intim, ya, bukan mudah. Apatah lagi bagi seorang perempuan yang menjaga kehormatan dan pergaulan dirinya, untuk menatap mata suami saja adalah perkara yang susah apatah lagi untuk memulakan memesrai suami. Biasanya isteri yang mengharap suami memulakan belaian dan kemesraan fizikal. Isteri mengharap suami memberi kepuasan fizikal dan emosi dalam berhubungan.
Namun ia tidaklah semudah itu, apatah lagi jika suami kalian juga zero pengalaman dalam memesrai wanita, di waktu bujangnya sangat menjaga pergaulan dan pandangan. Suami biasanya suka dan teruja untuk hubungan intim, namun itu tidak bermaksud dirinya faham benar selok belok hubungan intim yang disenangi isteri.
Suami pula sewaktu memasuki alam pernikahan, tinggi harapannya agar memiliki isteri yang mampu memberi kebahagian menyeluruh dalam kehidupannya. Menjaga makan pakai, menjaga rumahtangga dan anak-anaknya, dan antara harapan yang penting , memiliki isteri yang mampu menghibur dan memuaskan dirinya dalam hubungan intim.
Lantas suami juga berpandangan, isteri yang ‘solehah’ harus tahu memuaskan tuntutan nafsunya, apatah lagi si suami hidup di dunia hari ini yang dipenuhi perempuan yang berpakaian tapi telanjang. Jua lambakan perempuan jahil yang menggugat keimanan lelaki di jalanan, meruntun nafsu normal seorang lelaki.
Suami berharap isteri hebat melayan keinginan seksualnya, isteri pula berharap suami hebat memenuhi keperluan nafsunya.. Saling berharap dan akhirnya kecewa, tanpa berusaha.. bagaimana harus kita sama-sama mengharmonikan dan menyuburkan hubungan halal ini..?
Suami perlu belajar dan memahami psikologi dan emosi seksual isteri. Isteri perlu belajar cara-cara membelai suami… Orang lain hanya boleh memberi nasihat dan panduan umum, tapi praktikalnya suami isteri itu hanya boleh belajar dan mempraktikkannya berdua. Suami harus terbuka dan hikmah ‘mendidik’ isterinya melayani keperluan seksualnya, harus sabar dengan isterinya yang belajar untuk memesrai lelaki yang halal dalam hidup.
Bagi seorang isteri juga, mukadimah untuk hubungan seks bukan bermula di kamar tidur. Hati dan fikiran seorang isteri yang berlapang dada dan gembira dengan kasih sayang dan layanan suami dalam rutin sehariannya adalah faktor yang mencetus minta dan rasa untuk berhubungan intim. Jika ada isu-isu yang tidak selesai, konflik-konflik e.g tentang kewangan, tentang keluarga, atau apa-apa yang mengganggu perasaan isteri, isteri tidak terbuka hatinya untuk berhubungan intim.
Seperti satu info yang ditemui:
"For women, love making actually begins outside of the bedroom. It starts the minute you wake up, the first words that are exchanged and continues throughout the day. For women, COMMUNICATION is the beginning of love making".
Isteri pula harus membantu suami untuk memuaskan keperluan seksualnya. Suami itu juga baru bernikah, tidak pernah menyentuh perempuan, tidak tahu bahagian dan cara mana yang disenangi isteri. Maka isteri harus berusaha meletakkan di tepi seketika rasa malu fitrahmu itu, ‘bimbinglah’ suamimu menghidupkan ghairah isteri.. bukanlah mengajar suami seolah-olah merendahkan kelelakiannya.. hmm sukar untuk diceritakan secara detail namun pokoknya, perlu belajar, praktik dan perbaiki. Ia sama sekali tidak terjadi indah dengan sendiri.Seperti satu info yang ditemui:
"For women, love making actually begins outside of the bedroom. It starts the minute you wake up, the first words that are exchanged and continues throughout the day. For women, COMMUNICATION is the beginning of love making".
Banyak bahan bacaan yang berbentuk educational, bercetak atau bahan internet, bukan lucah, yang boleh memberi ilmu dan input bagaimana untuk menghidupkan hubungan intim. Manfaatkanlah sumber halal yang ada.
ALLAH mengharamkan zina, ALLAH sediakan pernikahan sebagai wadah istimewa meraih kepuasan dan kemesraan lelaki perempuan. Syaitan mendorong perzinaan, syaitan mungkin makin bergembira melihat suami isteri yang tidak menggunakan hubungan halal itu untuk menyalurkan nafsu yang halal.
Untuk apa bercakap soal taboo ini..? Untuk apa berkongsi hal yang payah untuk saya mengatur ayat dan perkataan, insyaALLAH kerana kita ingin pernikahan ini menjadi wasilah ibadah yang tenang dan memberi keberkatan berpanjangan. ALLAH Maha Penyayang menjadikan hubungan seks suami isteri satu ibadah yang punya nilai di sisi ALLAH, kita leka tidak memanfaatkannya untuk memaniskan rumahtangga..?