“...Jadilah kalian hamba-hamba ALLAH yang bersaudara." (Hadis Riwayat Muslim)
Monday, January 2, 2017
Poligami: Proses Peneguhan Jiwa
Poligami : Proses meneguhkan hati <3 span="">3>
Saya membaca sebentar tadi perkongsian seorang teman bahawa Hamka menyebut tentang poligami itu memerlukan jiwa yang besar dan hati yang kuat..
Memang benar..!
Saya sangka, bila saya melangkah masuk ke alam poligami sebagai isteri kedua - saya sudah kuat jiwa. Namun rupanya, poligami itu sendiri lah proses yang Allah anugerahkan untuk saya meneguhkan jiwa.
Menerima suami dan isteri pertama, jiwa isteri kedua perlu faham Bahawa suami ada tanggungjawab besar pada isteri dan anak anak sedia ada. Kalau jiwa saya kecil, saya akan bermasam muka dan menjeruk rasa tak selesa dengan kehadiran madu. Alhamdulillah Allah banyak mendidik hati ini dengan jalan poligami.
Bila saya membenarkan suami berkahwin lagi dengan isteri ketiga, rupanya itu juga wasilah atau cara menguatkan hati.
Saya ingat diri saya ini seorang yang bertenang saja dan tak cemburu, tapi bila terdengar suami cakap lembut lembut dan baik baik dengan madu, hati tercuit cemburu ^_^
Aik..apa yang saya nak cemburu..? Tanya hati sendiri. Baguslah suami cakap baik baik dengan madu..madu saya itukan saudara perempuan seagama saya, yang juga berhak dapat kebaikan suami. Suami lagi pun cakap lembut dan baik dengan saya juga..
Kalau hati tercuit cemburu dengan masa, perhatian dan material yang suami berikan kepada madu - kalau benar hati saya sangat baik - saya akan gembira madu saya dapat kebaikan sama macam suami bagi pada saya..
Kalau saya rasa sedih, merajuk atau panas hati dengan kebaikan yang madu dapat - itu petanda banyak lagi saya nak baiki dan cantikkan hati saya. Saya akan terus kuatkan hati dan berjiwa besar agar suami tidak kalah dalam mengurus emosi isteri isteri.
Saya, madu saya dan kita semua kan sama sama perempuan, boleh ke kita berkongsi kehidupan rumahtangga ini dengan saling memahami saling mendoakan..?
Poligami membunuh kemakmuran..? Itu kenyataan pedih yang saya juga baca.
Jadi apakah peranan saya agar poligami itu membawa kesejahteraan..?
Poligami yang Allah letakkan di dalam agama ini pastinya punya kebaikan untuk lelaki, wanita dan seluruh ummah.
Saya sebagai isteri perlu bantu suami bertanggungjawab dan adil pada semua madu saya. Saya perlu urus emosi sendiri supaya saya tak bebankan suami agar suami boleh memimpin keluarga poligami kami ini dengan tenang. Supaya anak anak harmoni membesar di dalamnya sekalipun hidup di alam poligami.
Saya serta kalian suami dan isteri isteri di alam poligami juga perlu tambah ilmu, kuatkan iman dan mujahadah untuk menjadi yang terbaik dalam keluarga, insyaAllah poligami yang memberi kekuatan pada agama akan terbina.
Yang suka perhati dan suka komen juga, pastikan komen kalian itu membangun serta menasihati keluarga poligami dengan baik bukan menghasut lagi meruntuhkan... :)
Poligami yang menyumbang kepada kemakmuran juga hasil usaha positif dan doa kalian sebagai orang orang sekeliling <3 span="">3>
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Poligami: Sebelum Bercerai
#tipspoligami Poligami sangat berat untuk isteri hingga tidak sedikit yang melihat perceraian sebagai jalan keluar dari segala sakit h...
1 comment:
Sis... knp para isteri pertama sukar untuk menerima kehadiran yang kedua? Meminta dengan izin isteri pertama untuk berpoligami tetapi isteri pertama berkeras melarang membenarkan si suami untuk berpoligami..
Mohon kata-kata semangat dari sis!
Post a Comment