Monday, July 7, 2014

Poligami dan Kemanisan Bermadu

 
 
Di tengahari Jumaat itu, alhamdulillah saya diberi peluang berkongsi di Wanita Hari Ini TV3 untuk topik Manisnya Madu. Apa intipati sebenar dengan kemanisan bermadu yang saya fahami...?
 
********
 
Kemanisan madu dan poligami..?

Bukan sekadar pada mata mereka yang melihat lalu berkata, 'sweet nya..'

Namun, kemanisan hakiki itu pada redhanya hati melalui kehidupan poligami yang ditentukan Allah....


Kemanisan itu pada kesetiaan suami dan isteri isteri dalam mentaati Allah di sebalik cabaran suka duka poligami.

Kemanisan itu bila mana hati mencari kekuatan dan pertolongan Allah semata mata, untuk mencintai suami dan madu semata mata kerana Allah.

Kemanisan itu adalah pada mujahadah mencintai untuk saudaramu, apa yang kamu cintai untuk diri mu sendiri.

Kemanisan itu pada bait bait doa memohon kesabaran dan kesyukuran dari Allah yang sangat menyayangi hamba Nya.

Kemanisan itu apabila tidak putus asa mensucikan jiwa dan akhlak untuk menjadi yang terbaik sebagai suami, isteri dan madu.

Sabda Rasulullah SAW.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu)

1. Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul),

2. dan dia mencintai seseorang (suami, madu, sesiapa saja.. ) semata-mata kerana Allah,

3. dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api".

(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dan lain-lain)
 
 
 
 
 
 
*Pada yang ingin mempelajari tentang poligami, dapatkan salah satu buku jualan saya  bertajuk " 202 Pelajaran Berkenaan Poligami" denga harga setelah diskaun hanya RM 16. Whatsapp /mesej 013-3776878.
 
 

No comments:

Poligami: Sebelum Bercerai

#tipspoligami Poligami sangat berat untuk isteri hingga tidak sedikit yang melihat perceraian sebagai jalan keluar dari segala sakit h...