Saturday, March 22, 2014

Poligami dan Penerimaan Ibu Bapa

 
Poligami dan Penerimaan Ibu Bapa:

Semalam saya berpeluang bersembang dengan dua orang lagi sahabat yang suami mereka dalam perancangan bernikah lagi insyaAllah. Saya terharu atas kesediaan mereka sebagai isteri...sebab saya tahu ujian poli...
gami tidak mudah ditempuh. Moga Allah merahmati mereka dan suami mereka, dan keluarga baru yang bakal dibina.

Pernikahan biasa atau poligami tidak dapat lari dari ujian kesulitan sebelum, selepas atau semasa. Hanya kepada Allah lah kita memohon pertolongan.

Kali ini saya ingin berkongsi sedikit tentang isu ibu bapa dan poligami.

Saya sendiri awalnya menghadapi ujian mendapat izin dan restu wali (ayah saya) untuk dijadikan isteri kedua. Yang mana kita maklum bahawa hampir semua ibu bapa berat melepaskan anak perempuan mereka untuk menjadi isteri kedua dan isteri seterusnya.

Namun poligami atau pernikahan biasa, pada saya tak boleh tinggal istikharah dan musyawarah. Iaitu mohon pada Allah, dan mohon pandangan insan-insan amanah dan berilmu.

Bakal suami ketika itu berterus terang melamar saya depan ayah dan memohon agar ayah saya merestui dan meredhai rumahtangga yang ingin dibina.

Saya menulis surat panjang lebar kepada ayah saya kenapa saya mahu mempertimbangkan lamaran menjadi isteri kedua, dan saya juga menyebut pada ayah yang saya sangat perlu pada restu dan redha beliau kerana kelak selepas berkahwin saya perlu doa dan nasihatnya dalam melayari alam rumahtangga.

Bakal suami juga menyebut yang pernikahan tak akan diteruskan kalau parents saya sangat berat untuk menerima.

Proses berbincang dan mendapat restu dan izin wali ini berlaku lebih kurang 3 bulan.. tidak lari ada sedikit miscommunication dan misunderstanding namun bila bakal suami mengkomunikasikan dengan baik pada bakal mertua nya, ia sangat membantu.

Dalam pada itu saya mendapat pelbagai respon dari sahabat sahabat rapat yang saya mohon pandangan, dan juga pandangan ustaz Ustazah yang saya hormati. Saya menghargai dan meneliti pandangan semuanya dengan rasa yang bercampur baur.

Akhirnya selamat menikah, saya bersyukur selepas bernikah - parents saya menerima kehidupan poligami kami seadanya. Saya percaya mak abah yang sangat saya kasihi selalu mendoakan yang terbaik untuk keluarga poligami kami.

Dan bila suami saya mahu bernikah lagi (dengan isteri ketiga), suami saya turut memaklumkan kepada mak abah saya..saya sangat hargai ketelusan suami tidak membelakang kan parents dalam proses untuk berkahwin dengan saya dan madu saya.

Setiap kita punya cabaran berbeza bila berdepan isu ibu bapa dan poligami. InsyaAllah bila semua pihak memainkan peranan dan bersungguh, ada hasil yang positif. Kadang ambil masa untuk parents positif menerima, teruslah berdoa dan berusaha semampunya.
 
 
 

4 comments:

HoneyBee said...

As salam...

sis..., sis kuat sangat... :'(

Moga Allah sentiasa merahmati sis & keluarga...

Memberi ketabahan & kelepangan kpd sis.. amin

Anonymous said...

Sy tidak setabah sis..rumahtangga kami seringkali bergaduh disebabkan org lain..yg terbaru ahli keluarga mgatakan suami byk abiskan masa dgn sy, suami ikut ckp sy..

Anonymous said...

Bagaimana jika perkahwinan tanpa restu ibu bapa telah berlaku. Bertahun sudah tp keluarga tetap x boleh terima. Apakah cara terbaik yg perlu diusahakan lagi.

Anonymous said...

Sis..poligami memang perlu kesabaran dan kekuatan. Saya sendiri bakal berkahwin dan menjadi isteri ke dua. Bakal suami saya mempunyai isteri yang sudah 4 tahun sakit dan tak kenal pun sapa suami dia...anak2 dia pun isterinya tidak kenal. Jadi saya yang bakal bernikah dengan dia hanya mampu berserah dan berdoa Semoga pilihan saya ini yang membawa jalan ke akhirat. Allah tak akan uji kita kalau diluar kemampuan kita. Semoga sis tabah dan kuat hadapi segalanya. Amin...

Poligami: Sebelum Bercerai

#tipspoligami Poligami sangat berat untuk isteri hingga tidak sedikit yang melihat perceraian sebagai jalan keluar dari segala sakit h...