Wednesday, December 18, 2013

Jangan menyakiti orang lain



Apabila seseorang melakukan sesuatu yang menyakiti hati kita, berjanjilah pada diri sendiri dan pada ALLAH, yang kita takkan melakukan perkara yang sama pada orang lain...

Ya, dalam interaksi kita hari-hari dengan suami/isteri, dengan teman-teman,  dengan madu, dengan ibu ayah, dengan bos - ada saja hal-hal yang buat kita panas hati dan kita rasa, kalau orang boleh sakitkan hati kita - kenapa kita tak boleh kan?????

Auzubillah..kita hidup untuk ALLAH. Moga ALLAH memelihara kita dari perilaku jahat yang dibisikkan syaitan. ALLAH ajar kita untuk tolak keburukan dengan kebaikan. Rasul saw ajar kita untuk memaafkan dan berlapang dada serta bersabar..

Biar orang lain yang jahat, kita pilihlah untuk tetap baik, untuk syurga ALLAH. Untuk redha ALLAH. Kita nak rasul saw bangga dengan akhlak kita..:'(

Ya ALLAH..susah untuk kami buat ini semua..bantulah kami.. akhlak yag baik itu segalanya dariMu...

___________

Pesan Rasul saw dalam sebuah hadis lain, Seorang muslim yang baik ialah, tidak akan menyakiti orang lain dengan lidah dan tangannya.

Wahai diri ku dan teman sekalian, berhati-hatilah dengan apa yang kita ucapkan pada pasangan, pada ibu ayah, pada anak-anak dan ahli keluarga. Tahanlah diri dari kemarahan dan emosi tertekan, agar kita tidak menghambur kata berbisa pada mereka apatah lagi menyakitkan mereka dengan pukulan.

Orang mukmin adalah orang yang selalu boleh sabar, tekan button pause sebelum bertindak.

Hadis ini buat saya jadi malu pada anak, kerana kadang hilang sabar hingga kata-kata menjadi kasar dan terlepas pula memukul, mencubit ..:'(((

Allah..bantulah kami memelihara emosi ini, lidah ini, tangan ini keranaMu..

Anugerahkan kami kesabaran dan kelembutan.

___


p/s: tapi kalau suami/isteri kaki pukul, asyik dipukul suami/isteri, jangan sabar duduk diam saja..anda tidak berhak duduk dalam perkahwinan yang menzalimi seperti itu..please cari jalan keluar..!

____

”To the world you may be an icon, a revolutionary, or a billionaire, but to the Angel of Death, you’re just a name on the list.”




Saturday, December 14, 2013

Cinta dan Syukur





Membaca buku yang dipinjamkan Nur Qamarina, hati terjentik sayu. Buku Muhasabah Cinta Seorang Isteri oleh Asma Nadia sangat mengingatkan hati ini untuk bersyukur kepada suami, terlebih lagi kepada ALLAH.

Sering saja dalam hidup ini kita terfokus pada ujian yang negatif dan yang buruk, hingga kita lupa selautan nikmat kebaikan yang ALLAH berikan...

Sering saja dalam rumahtangga kita terlihat sisi buruk pasangan sedangkan kebaikannya amat banyak - maka ayuh muhasabah, di manakah syukur kita kepada Allah dan kepada manusia (suami)?


Mohon perlindungan Allah dari godaan syaitan yang sering membuat isteri lupa kebaikan dan bakti suami.. Mohon perlindungan Allah dari neraka yang tersedia untuk isteri yang kufur...

Friday, December 13, 2013

Dakapan percuma pada yang tercinta :)





Kerana dakapanmu begitu berharga…

Saya sedang berada dalam satu program tarbiyyah bila saya terlintas untuk berkongsi tentang dakapan..ya, dakapan.. atau pelukan.. ada apa dengan pelukan..?

Setiap kali awal pertemuan dalam program-program yang hanya dihadiri peserta muslimah, kelihatan para peserta akan bersalaman dan berpelukan. Dengan berwajah manis, pelukan itu adalah pelukan hangat yang mampu menyebarkan semangat dan kegembiraan pada saudara muslimah yang lain.

Pelukan dan dakapan itu boleh kalian beri percuma pada insan-insan terdekat.. perkara kecil yang mampu memberi makna besar pada insan-insan yang menharap kasih sayang dan kedekatan dengan insan sekitarnya.

Carilah masa dan kesempatan untuk menyentuh dan memeluk insan-insan yang sepatutnya mendapat sentuhan dan dakapan itu.

Bila kali terakhir kita menyentuh dan memeluk ayah dan ibu dengan kasih sayang…?

Bila kali terakhir kita memeluk anak-anak..adakah pelukan itu hanya sewaktu anak-anak masih bayi dan tiada langsung bila anak-anak menginjak remaja.. hingga anak-anak itu terdorong untuk jatuh dalam pelukan teman lelaki dan teman wanita hanya kerana merasa kekosongan jiwa..?

Bila kali terakhir kita memberikan pelukan untuk suami dan isteri.. pelukan dan sentuhan sayang yang bukan kerna hubungan seksual semata, namun pelukan dan sentuhan yang diberikan secara berkala mampu menghidupkan rasa cinta suami dan isteri.. para isteri sering mengharap sentuhan dan pelukan yang kerap dari suami, dalam masa yang sama, para isteri juga hendaklah memberikan pelukan dan sentuhan sayang tanpa diminta…

*Go home and hug your family*




Sunday, December 1, 2013

Pernikahan & Poligami : Penyatuan hati dari ALLAH

 
Saya ingin berkongsi tazkirah dari ukhti Aishah yang dikasihi kerana ALLAH beberapa ketika dulu..
 
__
 
Congratulations abang Hafiz Firdaus Abdullah, perkongsian yg baik dalam forum poligami di Kovensyen Fiqh Wanita, dan terima kasih kak Nurul Adni Adnan membantu Aishah memudahkan banyak urusan.

Tazkirah untuk kita semua: Hakikatnya, penyatuan hati itu adalah salah satu nikmat yang besar dari Allah yang perlu disyukuri dan dijaga sebaik mungkin, kerana nikmat itu boleh ditarik bila-bila masa sahaja.

Kepada Allah kita berdoa supaya tidak ditarik nikmat ini, dikuatkan jiwa, diberi pertolongan serta tenang dalam kemanisan penyatuan hati dan persaudaraan yang berlandaskan iman.
 
Sesungguhnya "Tidaklah dua orang saling mencintai kerana Allah, kecuali yang paling besar cintanya di antara keduanya adalah yang lebih mulia.” (Sahih Adabul Mufrad)

 -----------------------------

 Dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat itu, sebagai orang-orang yang bersaudara" (Ali 'Imran: 103).

"Dia-lah (Allah) yang memperkuat dirimu dengan pertolongan-Nya dan dengan orang-orang Mukmin. Dan Dia Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang Mukmin). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka" (al-Anfal: 62-63).
 
 
 

Poligami: Sebelum Bercerai

#tipspoligami Poligami sangat berat untuk isteri hingga tidak sedikit yang melihat perceraian sebagai jalan keluar dari segala sakit h...