Thursday, May 23, 2013

Gadisku, kemaskan hatimu dan dirimu



Assalammualaikumm wa rahmatullah

Coretan ini istimewa buat adik adik gadis remaja yang dikasihi :) dan tazkeerah penting untuk diri saya juga...!

Adik-adik kandung saya dan adik adik perempuan seagama saya. Moga ALLAH membantu kita membentuk diri menjadi insan yang cantik di mata Pencipta, jua di mata manusia.

Semua perempuan pun suka dipandang cantik dan merasa cantik kan..? :D

Maka ketahuilah bahawa semua orang ada peluang untuk tampil cantik dan menawan. Produk Aurawhite, SNE, Lancome, SKII, Safi Rania, produk susu kambing, produk  aloevera, macam-macam lagi dan yang terkenal kini - berasaskan kolagen, semuanya dicipta untuk membina susuk tubuh dan wajah yang mulus.

Tetapi kecantikan luaran itu tak ke mana jika personaliti dan peribadi si empunya diri tidak cantik dan tidak berusaha dicantikkan seperti kulit muka dan kulit badan.

Jom kita mulakan dari bahagian atas - kepala.. Ya, kecantikan rambut dan kesihatan kulit kepala perlu dijaga agar rambut tak berbau dan tak kusam - tapi jangan lupa ada yang lebih penting perlu diberi perhatian di kepala kita - MINDA KITA.  

Tak mungkin jadi gadis cantik kalau minda/fikiran kosong, hanya dipenuhi perkara remeh temeh - fesyen, makan apa, minum apa, berjalan ke mana, boyfriend, gosip artis, cerita cinta, cerita buruk hal orang lain, etc yang negatif - jadi cantikkan minda kita dengan ilmu tentang Tuhan, tentang agama, tentang Quran hadis, wawasan hidup, isu semasa, ilmu memotivasi diri sendiri dan orang lain, ilmu pengetahuan am, ilmu kepimpinan, suka baca buku yang mematangkan dan mendewasakan etc yang positif - barulah dapat peribadi yang cantik :)

Kemudian, kalau kita sibuk nak putih muka, jom sibuk  juga putihkan hati. Muluskan hati. Jadi orang penyayang. Jadi insan penyabar. Menghormati mak ayah, dan menghormati semua orang. Hati yang bersih selalu nampak kebaikan pada orang lain. Hati yang cantik jernih melihat anugerah dan nikmat Tuhan di segenap kehidupan.

Orang yang cantik bukan sekadar pada wajah yang cantik, tetapi juga pada kekemasan diri dan hatinya secara keseluruhan.

Diri yang kemas asasnya adalah bersih. Kebersihan.

Tak mungkin cantik kalau kita gadis yang malas mandi, dengan alasan penat - terus masuk tidur setelah seharian berpeluh di luar.

Cantik ke kalau kita gadis yang tak menjaga kebersihan pakaian - pakai stokin sampai seminggu? Pakai tudung atau anak tudung sampai seminggu dua tak basuh..? ;D

Seluar slack atau seluar jeans sampai dua bulan tak basuh..? Selimut, cadar, sarung bantal, towel - adakah kita jenis yang basuh setahun sekali je - hingga kita lali dengan bau air liur basi dan kotoran hama yang melekat kepada kelengkapan tidur peribadi kita itu..? Jom, , jom kita basuh selalu selimut cadar towel dan sarung bantal - hati segar badan pun rasa segar.

Ohh jangan lupa kebersihan yang diajar islam secara fitrah, iaitu jangan lupa bersihkan bawah lengan (baca: ketiak dan bulu ketiak) secara berkala - jangan biarkan daki dan peluh terperangkap. Jangan lupa juga membersihkan bulu kemaluan, agar tiada ruang untuk bakteria dan makhluk lain menumpang di rerambut yang ALLAH jadikan dengan fungsi tersendiri.

Selain kekemasan dan kebersihan badan, adakah kita menjaga kekemasan sekeliling..? Kita tak kisah rumah bersepah, pinggan mangkuk berlonggok, dan bilik air berlumut? ohh itu memang tak cantik. Tak kan cantik kalau kita sibuk menghias diri dalam masa yang sama kita duduk di sarang tikus atau dalam kapal pecah :D

Berbicara tentang kecantikan juga, kosmetik dan produk kecantikan sekarang memang menjadi industri bisnes yang menguntungkan..! Tetapi jangan tertipu gadisku, hampir semuanya mengandungi bahan-bahan kimia yang tidak bagus andai meresap ke kulit dan tubuh...hmm bolehlah kalau nak guna tapi sebelum terlalu bergantung kepada produk sedemikian - kecantikan tubuh yang asas mesti ditunaikan iaitu makan makanan yang sihat dengan cara yang betul, exercise dan minum air kosong banyak :) pendek kata, cara hidup yang sihat membangun kecantikan..!

Kalau sangat-sangat suka makan kek coklat, donut big apple, minum air bergas, roti canai, roti telur, makan KFC, McD, dan lain lain makanan segera - kesian tubuh badan kita terlebih garam dan gula serta lemak..! Tak kan berjaya kurus badan dengan hanya minum slimming juice dalam kotak tu kalau tak control pemakanan, tak suka sayur dan buah :D

Kalau asyik duduk lama-lama depan fb tak bergerak buat kerja-kerja rumah macam menyapu, mengemop, tak exercise, jogging ke, swimming ke, macam mana nak harap pinggang dan susuk tubuh ramping menawan..?? Dah berjam-jam online, lepas tu keluar makan bersembang dengan kawan 3-4 jam - duduk lagi :D Setiap minggu confirm naik 3 kilo :O

________




Yang terakhir saya nak ingatkan diri sendiri  dan teman pembaca semua ialah, beautiful people do not just happen. Orang yang cantik dalam erti kata yang sebenarnya tidak turun terjun dari langit tapi terbina dalam tempoh yang panjang setelah melalui siri-siri ujian kehidupan. Bila ALLAH menguji, apakah reaksi kita? Kalau kita merespon pada dugaan hidup dengan akhlak mulia dan sangka baik, maka diri yang terbina semakin cantik dan matang.

Kalau kita merespon dengan peribadi yang baik tika diuji susah dan senang, kita bukan saja cantik di mata manusia tetapi yang lebih utama kita akan cantik di mata ALLAH insyaALLAH. Orang yang cantik tidak mudah menyalahkan keadaan, tetapi mencari ruang untuk memanfaatkan potensi dan mencapai kejayaan dalam kesulitan yang datang..!

Kecantikan sejati sesungguhnya datang dari hati yang bersih. Tinggalkan maksiat. Bertaubat. Jangan biarkan hati bersarang dengan syaitan dan dosa :( Solat dan carilah kemanisan solat. Tutup aurat dan berasa banggalah ALLAH memuliakan dirimu dengan pakaian sempurna. Baca quran dan fahami maknanya, sia-sia kehidupan saya dan kamu jika tinggalkan Al Quran... :( Buat baik dan berlemah lembut dengan mak ayah, kerana insan yang cantik, sangat soleh dengan ibu bapa serta Tuhannya.

________________________

Antara statement negatif yang perlu dibuang untuk jadi cantik:

"Kenapalah aku lahir dalam keluarga macam ni.."

"Kenapalah sekolah aku macam ni.."

"Kenapalah cikgu aku macam ni.."

"Kenapalah mak ayah aku macam ni.. "

"Kenapalah roomate aku macam ni..."



Kita ganti dengan statement positif :)

Ya ALLAH... Engkau mengujiku dengan cabaran famili, sekolah, kawan-kawan, keadaan sekeliling - aku percaya ENgkau tidak akan biarkan diriku keseorangan Ya ALLAH.. bimbinglah dan bantulah diriku mencari kebaikan dari semua ini..Ampunilah dosaku yang lalu, perbaikilah urusan hidupku dan kuatkanlah hatiku menghadapi segalanya dengan keimanan dan kesabaran.

Rahmatilah diriku dan saudara-saudara seagamaku..

Berikanlah kesabaran yang indah untuk kami Ya ALLAH " :'))


 __________


Sekian perkongsian buat kali ini, moga bermanfaat untuk saya dan semua :D










3 comments:

orchidmas said...

Nice! excellent n simple to be read n understood to youngsters..

TIPS BUAT DUIT DENGAN BLOG said...

entry yang mantap dan sentap!

adhiyah said...

nice... good advice...

Poligami: Sebelum Bercerai

#tipspoligami Poligami sangat berat untuk isteri hingga tidak sedikit yang melihat perceraian sebagai jalan keluar dari segala sakit h...