Pengaruh
media cetak, media elektronik dan media online sangat mendominasi
kehidupan kita sehingga secara sedar atau tidak, jatuh bangunnya
rumahtangga kita hari ini banyak bergantung kepada jenis-jenis media
ini...
Dan lebih tepat, kita tertipu dengan gambar hidup dan
mati yang berputar-putar di depan mata kita setiap hari..yang menjadi
mangsa adalah suami isteri...terutama wanita..!
Kita masuk ke alam pernikahan dengan mind set bahawa hubungan suami
isteri yang romantik yang kita idam-idamkan harus begitu dan begini
seperti mana aksi-aksi romantik dan intim filem Korea kesukaan, atau
Hollywood atau Bollywood atau Malaywood...
Menontonnya hati
wanita jadi berbunga-bunga - Kita macam tak sedar bahawa babak romantis
itu mereka hanya melakonkannya, dengan beberapa kali "action...!
cut..!", dengan taktik kamera, dengan background music, dengan berlatih
merenung mata, dengan membuang malu untuk memesrai tubuh pasangan
hero/heroin... tiba-tiba isteri-isteri yang baru dan lama di alam
rumahtangga realiti berasa kesedihan dan kesunyian kenapa hero mereka
(baca: suami) tidak seperti aksi hero dalam drama dan filem yang mereka
syahdu menontonnya itu..!
Sedangkan sebenarnya, suami dan
isteri di alam rumahtangga sebenar yang ALLAH halalkan itu ada ruang
kemesraan, keintiman dan ketenangan yang jauh lebih besar dari cerita
palsu di kaca tv..! Pastinya ia hadir dengan kesungguhan 'berlakon',
belajar, membuat silap, komunikasi dan kompromi..!
Romantika
rumahtangga tidak jatuh dari langit melainkan kalian perlu belajar dari
mula 'aku terima nikahnya ' - belajar merenung mata pasangan hingga
selesa, perlu belajar memuji dan mengungkap kata-kata baik dan manis,
perlu belajar meninggalkan malu di luar pagar rumah/bilik untuk memesrai
dan dimesrai, perlu belajar mengenal hati dan tubuh pasangan, ...berapa
lama untuk dapat hasil yang sweet macam kalian tengok di kaca tv...???
Bergantung pada kesediaan dari sebelum kahwin, keterbukaan hati untuk
belajar, tidak putus asa, bersedia muhasabah kelemahan diri dengan
pasangan...!..insyaALLAH kalian akan jadi pasangan yang romantik lagi
menghiburkan dan membahagiakan...!
Perlu belajar ekspresi
diri, belajar kesukaan dan kebencian pasangan - barulah rasa bahagia
tidur sekatil, makan semeja, jalan sekereta - kalau tak, timbul isu'
macamana nak romantik, bila cakap je, bergaduh..!) bila jumpa je,
panjang muncung atau muka ketat :O
Sebab itulah, benar sekali
apa yang Prof Muhaya sebut di K Fiqh lepas, semakin lama kahwin,
sepatutnya semakin terasa bahagia dan indah kerana kita dah banyak kali
praktis dan berlakon jadi pasangan suami isteri yang baik...!
Itu belum bab suami isteri bergaduh sebab cara bercakap.... contohnya
bila isteri meluah kepada suami kesedihan hati dan kerunsingan perasaan
tentang sesuatu - suami realiti tentulah merespon dengan logik dan rasa
tanggungjawab yang dimiliki - tapi isteri rupanya rasa lagi stress dan
sedih dengan respon jawapan suami...!
Yang isteri harapkan
ialah suami bagi jawapan dengan suara macho syahdu penuh pengertian,
dengan skrip yang isteri bayangkan seperti dilafazkan sang hero dalam
novel atau filem cinta...! Sedangkan hero movie kacak dan nampak
understanding itu ikut skrip...!! Jadi mungkin pesanan untuk suami,
jangan tengok bola je - pergi tengok movie cinta dan baca novel-novel
cinta yang melambak di pasaran supaya boleh jadi hero sejati pada isteri
:O (abaikan nasihat untuk suami ini kalau ia berbaur songsang )
Bab romantik seterusnya yang menjadi isu, 'kalau poligami, tak ada lah
romantik-romantik ni sebab semuanya perlu berjadual dan ada
giliran...romantik tu kan surprise and anytime...! Tak boleh nak call
bermanja kacau suami bila suami kat rumah isteri lain bla..bla.."
Wahai isteri yang disayangi, apakah kita menyangka kalau tak poligami -
kita tak perlu berjadual dalam merancang kehidupan suami isteri???
Salah satu sebab besar gagalnya hubungan suami isteri ialah tak
menjadualkan dan tak memberi prioriti kepada maintainance cinta suami
isteri. Jumpa klien ada jadual, uruskan sekolah anak ada jadual, jumpa
kawan ada jadual, program agama, program kemasyarakatan ada jadual -
tiba-tiba tak ada jadual untuk privasi suami isteri..? Dengan izin
ALLAH, Memanglah pasti makin lama suami isteri makin jauh..!
Tak poligami sekalipun, Kalau isteri asyik nak call atau sms suami tanpa
berjadual atau ikut prioriti - suami jadi rimas dan bosan :D
Dalam poligami atau pernikahan biasa (monogami), karakter
pasangan yang bahagia ialah mereka saling menjadualkan masa untuk
pasangan dalam kesibukan harian..!
Bila masa nak date, nak
exercise sama, nak sembang dan saling meluah, nak bermanja-manja dalam
bilik atau di luar bilik, nak share tazkeerah, nak raikan tarikh-tarikh
penting, nak belanja bagi hadiah - most of the time perlu dirancang dan
dijadualkan...kalau tak, masa berjalan begitu saja, cinta dan ikatan
hati semakin tiada.. (dengan nota: bukanlah jadual jadi macam robot:
mestilah ia fleksibel dan sesuai dengan fitrah suami isteri, dan
kadang-kadang ia spontan - kenali pasangan dan nature rumahtangga
masing-masing - buat jadual masing-masing - hingga akhirnya agenda cinta
suami isteri menjadi rutin yang meneguhkan rumahtangga)
___________________________
Sekian perkongsian kali ini, moga bermanfaat :)