Tuesday, May 24, 2011

Bernikah: Banyaknya nak kena studi...



"Kahwin ni bukan senang, banyak benda kena tahu..kena belajar.."

"Ya ke??"

Ya, untuk berkahwin, banyak perkara yang kita perlu pelajari.

"Nak belajar apa…?"

 Kahwinlah, bila dah mengemudi bahtera rumahtangga, baru kita tahu ilmu apa yang kita tak lulus, pelajaran apa yang kita masih lemah, aspek apa yang kita perlu dalami.

Untuk berkahwin, kita kena matang. Maka, bernikahlah, kita tak ada pilihan lain, melainkan terpaksa menjadi matang bila sudah bersuami dan beristeri.

Kalau kita ikutkan perangai dan keinginan budak-budak kita, maka pintu keruntuhan rumahtangga terbuka luas di hadapan. Boleh saja bergaduh dengan suami, bergaduh dengan mertua, bergaduh dengan anak-anak..tapi ‘bergaduh dengan matang’, supaya kasih sayang tak hilang walau dah banyak kali gaduh.

Untuk berkahwin, kita kena belajar dari pengalaman orang. Maka berkahwinlah, kita akan faham apa yang orang lain cerita, dan kita tahu nasihat mana yang boleh diguna pakai sekarang, nasihat mana yang boleh digunakan di kemudian hari. Dan nasihat mana yang tak usah dipakai..

Untuk berkahwin, kena buat persediaan. Maka berkahwinlah, kalau tak, bagaimana mungkin kita tahu persediaan kita cukup atau tak.. Kalau lepas kahwin ternyata tak cukup persediaan kahwin, ayuh kita berkerjasama dengan pasangan untuk saling topup kekurangan kita.

Persediaan kewangan tak cukup, lemas kahwin kita bekerjasama menjana ekonomi rumahtangga, dari habiskan kredit keluar dating atau untuk sms dan call berjam-jam sewaktu berpacaran..

Untuk berkahwin, ilmu agama kena kuat. Maka bernikahlah, saat itu kita akan jelas tinggi rendahnya ilmu kita. Adakah ilmu agama kita selama ini hanya slogan…? Atau hanya ilmu yang berkisar di bibir, mudah diucap…? Atau ilmu agama itu telah meresap ke hati, menjadi peribadi yang menenangkan hati suami dan isteri kita…

Untuk berkahwin, kena belajar effective communication skill. Maka bernikahlah, dan setelah bernikah barulah kita saling membuat kesilapan bercakap sesama suami isteri. Setelah kita saling menyakitkan hati pasangan, baru kita belajar - apa dan bagaimana cara berkomunikasi yang sepatutnya.

Maka sebab itulah, kita perlu berkahwin.

Supaya kita berada di dunia yang sebenar untuk belajar menjadi suami dan isteri.

Selepas berkahwin, mulakan belajar dengan serius, bagaimana seharusnya menjadi isteri.

Belajar meluahkan perasaan dengan hikmah dan jelas.

Belajar memberi pandangan yang bernas.

Belajar untuk taat dan tidak membangkang.

Belajar bermanis muka dan tidak merajuk.

Belajar memandang dengan tenang, bukan dengan muka masam.

Belajar berterima kasih, memberi penghargaan dan pujian.

Belajar menggoda dan melayan nafsu suami.

Belajar menyesuaikan diri dengan kehidupan suami.

Belajar menyimpan aib suami, menjadikan ALLAH curahan perasaan, menjadikan insan amanah berilmu tempat memohon pandangan.

Belajar memotivasikan suami.

Wah...banyaknya isteri kena belajar...??



Apa pula yang suami perlu belajar..??

Saaaaaaaaaaaaaaaangat banyak, tapi dipendekkan, buat bakal suami dan yang telah selamat menjadi suami, belajarlah menjadi suami dan pemimpin yang dicintai ALLAH dan Rasul. Jika tidak mahu belajar dan berubah, jangan pelik kenapa rumahtangga tak tenang, isteri pula selalu menyerabutkan fikiran..

Kesimpulannya, studi elok-elok ya.. Resultnya, kalian akan jadi suami dan isteri yang sangat dicintai lagi dihormati. Tempoh pengajiannya, seumur hidup.. Dont give up!

Selamat bernikah semua, selamat datang ke alam rumahtangga yang menarik dengan sesi bergaduh dan bermanja :p


p/s: Sila baca coretan ini dengan merujuk coretan saya yang lain juga, jika tidak, anda salah faham yang saya suruh anda 'terjun hidup-hidup' ke lautan dalam bernama perkahwinan...



2 comments:

izwah said...

assalamualaikum wbt..

apa khabar kak? dah lama jadi silent reader blog akak.. setiap post yang akak tulis sangat bermanfaat..terima kasih. teruskan menulis.

semoga Allah kurniakan keberkatan dlm kehidupan akak sekeluarga. aminn

NOOR AFIQAH said...

Assalamualaikum Sis.

Mohon share ya buat saya dan sahabat.

Tq.

Poligami: Sebelum Bercerai

#tipspoligami Poligami sangat berat untuk isteri hingga tidak sedikit yang melihat perceraian sebagai jalan keluar dari segala sakit h...