Monday, December 17, 2018

Minimalis. Declutter baju.




Misi declutter kain baju diteruskan. dah ada 5 plastic besar baju dikumpulkan dari rumah sendiri, jiran tetangga dan ahli keluarga.

Saya tak pandai kemas dan lipat baju so bila declutter keadaan rumah jadi terkawal ..hurm..perlu selalu ingatkan diri bahawa - rumah bukan store. rumah untuk berehat, mencari ilmu, berkasih sayang, beribadah dan berbahagia sebelum kembali rumah abadi.

bukan asyik stress nak kemas lipat baju, nak susun barang, nak beli almari atau bekas lagi untuk simpan barang,,,tidakkkkk.. semua ni takkan terjadi kalau limitkan shopping or kutip barang free sedangkan tak perlu.

kuatkan azamku ya tuhan- agar tetap bersederhana dan tak terpengaruh sale.... diskaun 100% actually bila tak shopping :D

insyaALLAH,


satu bahagian akan dihantar ke free market. moga ALLAH bagi kekuatan nak masuk keluar barang dari kereta. boleh rujuk fb page #freemarket untuk lokasi dan Tarikh free market terdekat!

satu bahagian lagi akan dihantar ke H&M untuk recycle campaign, disana akan ada proses rewear, reuse dan recycle. syabas h& M!! urus baju kitorang yang menggunung! korang hantar seplastik baju terpakai akan dapat kupon diskaun!

satu bahagian lagi buat kain buruk! projek bersihkan rumah! lap abuk, lantai, bookshelf etc !

minimalis membahagiakan. diri tak perlu banyak baju. perlu banyak ruang. dan banyak masa berkualiti untuk perubahan dan perbaikan. perlu banyak kesabaran dan kerajinan. pergi jauh jauh nafsu shopping baju tudung jubah kasut dan kumpul barang…….

No comments:

Poligami: Sebelum Bercerai

#tipspoligami Poligami sangat berat untuk isteri hingga tidak sedikit yang melihat perceraian sebagai jalan keluar dari segala sakit h...