Bismillah.
Alhamdulillah pagi ini, Isnin 6 Januari 2014 pukul 8.15 saya menghantar Abdullah si anak sulung 4 tahun ke Tadika Little Caliph Aman Perdana atau nama lain, Tadika Kembara Khalifah.
Alhamdulillah sangat syukur kepada ALLAH segalanya berjalan lancar dari Abdullah bangun tidur pukul 7.15 itu. Saya risau juga maklumlah mujahid manja mama ini tidak pernah/sangat jarang berpisah dengan mama :D
Sesungguhnya ALLAH lah yang mempermudahkan segala urusan kita.
Bangun pagi, Abdullah gosok gigi mandi nangis-nangis sikit sebab sejuk. Lepas pakai baju tu, mama bagi dia tengok kartun sementara mama prepare breakfast. Minum air milo dan baked pasta extra cheese :O yang pasta ni memang ada dalam fridge, pagi ni mama buat cekodok pisang dia tak mahu makan.
Mama happy dia makan banyak, yelah sebab kita nak anak cergas dan aktif di school. Alhamdulillah Abdullah happy breakfast dengan mama papa dan baby Abdurrahman. Tak ingat bila kali terakhir Abdullah breakfast dengan papa sebab selalunya Abdullah bangun pukul 10 :D
Lepas melambai papa, kami pun ke tadika. Mama ok papa tak ikut sebab tak nak Abdullah rasa mama papa tinggalkan dia, nanti Abdullah ingat mama papa nak pergi jalan tinggalkan dia. Dalam kereta, Abdullah happy asyik tunjuk awan, suruh mama tengok awan ..Mama pun layan je, mama cakap, "Subhanallah cantiknyaaaaa awan..." pastu "Gigi siapa putih macam awan..???" Hee Abdullah senyap ,,sebab takde gigi depan dah..
Sampai di tadika saya bawa Abdullah masuk dan letak beg di almari, lepas tu saya salam dan cium Abdullah, Saya cakap," ok pukul 12 mama datang jemput Abdullah ya,..insyaALLAH" Mula ingat nak sembang dan berkenalan dengan parents lain, tapi parents yang tinggal situ semua macam sibuk dengan anak-anak, jadi saya terus balik rumah. Alhamdulillah saya surirumah tak perlu bergegas ke ofis meredah trafik jam pagi hari..moga ibu bekerja di luar semua tabah meredah jalanraya..
Poin saya nak share ialah, hari pertama anak ke tadika tidak mudah bagi saya, jadi saya google dan membaca tips mempersiapkan diri anak untuk ke tadika apatah lagi untuk Abdullah yang tak pernah keseorangan ke playgroup atau taska. Sebelum ini ,mesti ditemani saya.
Jadi saya perlu belajar agar pergi tadika itu jadi perkara yang positif dan baik untuk dia, dan mama dia :D
Saya sangat hargai tips yang saya dapat, antaranya;
1. Susun waktu tidur.
Ini sangat mencabar sebab sebelum ini saya bagi dia tidur purata pukul 12 malam dan bangun 10 pagi. Jadi lebih kurang seminggu/10 hari sebelum ke tadika, saya dengan konsistennya mengatur semula waktu tidur/biological clock Abdullah. Anak usia 4 tahun perlu dapat tidur dalam 10/11 jam, jadi saya ubah perlahan-lahan untuk dia bangun pukul 7. Dari pukul 12 malam, saya susun agar dia tidur pukul 11. Hari berikutnya pukul 10 malam. Selang dua hari pukul 9 malam. Selepas itu pukul 8 malam. Dan alhamdulillah selepas beberapa hari tidur awal, Abdullah berjaya bangun antara pukul 7-8 pagi. Dan sebaik-baiknya jadual ini dibuat dua tiga minggu sebelum anak ke sekolah.
Tapi memang selepas tutup lampu, sejam kemudian baru Abdullah tidur. Jadi memang dinner awal dan selepas solat maghrib, saya terus ajak Abdullah masuk bilik.
Bila anak cukup tidur, insyaALLAH mood dia jadi baik dan lebih mudah bekerjasama dengan kita, jadi kurang gaduh ibu anak apatah lagi di pagi hari yang agak kalut :D
2. Persiapkan minda anak dengan bagitahu what to expect.
Menjadi seorang ibu ini, saya rasa memang kena banyak cakap tapi apa yang penting, cakap dengan efektif kan. Kalau kita cakap panjang berjela, tapi anak tak faham - kita penat je kannn :D
Dengan anak kecil, memang perlu cakap berulang kali untuk terpahat dimindanya. Kita yang dewasa pun sama kan . Jadi seminggu sebelum ke tadika ini, setiap hari pagi petang antara perkara saya bagitahu:
" Abdullah, insyaALLAH lagi 8 hari Abdullah nak gi school. Nanti Abdullah main dengan teacher dengan kawan-kawan ya..mama hantar Abdullah pukul 8 pagi, tengahari pukul 12 mama jemput." walau Abdullah tak faham konsep jam dan waktu, tak apa.. cakap je,dia cuba belajar dan faham innsyaAllah. :)
"Sekarang setiap malam kita kena tidur pukul 8 sebab Abdullah nak bangun awal gi school.." ok baiklah kat dia lepas ni saya cerita bangun awal sebab solat subuh :P
Bye :))