Tuesday, October 29, 2013

Mujahadah Ke Hujung Nyawa



Dulu waktu saya bujang, saya rasa 'penat' dengan ujian perasaan dan keimanan. Satu ketika, saya mesej naqibah usrah saya, "Kak..sampai bila kita kena mujahadah?"

Dia balas,"Setiap hari..sampai bila- bila."

??

Ingatkan bila dah bernikah, kuranglah sikit nak mujahadah, rupa rupanya lagi hebat kena mujahadah.. kan? Dah punya anak, lagi dasyat mujahadah nya ..terima kasih semua ibu yang memahami situasi serupa kita :))

Beruntunglah suami dan anak anak yang punya isteri dan ibu yang tinggi mujahadahnya saya belum termasuk

Mujahadah beerti, berjuang meluruskan perasaan dan tindakan pada meraih keredhaan Allah dan rasul saw.

Antara doa yang sering diungkap Rasulullah saw ialah, "Wahai tuhan yang membolakbalikkan hati, tetapkan hati ku di atas agamaMu"

Doa inilah yang harus kita juga luahkan SELALU pada Allah..kerana turun naiknya perasaan dan iman ini - dalam hidup yang membentangkan ujian susah senang, suka dan duka. Mohon hati kita lurus mentaati Allah.

Moga kita tenang dalam mujahadah. Moga suami dan anak anak kita tenang juga pada kita. Moga kita semua mampu saling menenangkan. .kerana Allah.



:)

1 comment:

Anonymous said...

Saya suka membaca artikel ini..terima kasih Nurul. Benar..cabaran yg plg besar adalah selepas kita hidup bersama seorg insan yg sungguh berbeza kejadiannya dgn diri kita..iaitulah selepas bernikah. Pernikahan bukan penyelesaian segalanya..hanya separuh dari agama selesai..tapi tanggungjawab bertambah banyak. Kita masih belum mengenali pasangan hidup kita dgn sebenar2nya walaupun telah hidup berpuluh2 tahun sekalipun. Bagi saya itulah sebahagiaan dugaan hidup yg perlu para isteri perlu lalui. Betullah jika diibaratkan 'man is from Mars and woman is from Venus'. Dlm banyak hal para isteri perlu bertolak ansur dan tidak cepat melatah..tidak cepat merajuk..yalah dlm banyak hal para lelaki budiman ni banyak menggunakan kuasa vetonya..bukan hasil perbincangan. Kalau nak rajuk juga..mengadulah kita kepada Allah..baru hati tenang :-) Apa2 pun kita sandarkan hati kepada Allah..semoga Allah menjaga hati2 kita kekal dalam keimanan kepadaNya..itulah penyelesaian dalam segala urusan kita. Dari Dia kita dtg dan kepadaNya kita akan kembali..segala panduan hidup dariNya kita amalkan agar tidak tersalah jalan. Muhasabah dirilah selalu..ini cara merawat hati dan bermujahadahlah utk mendapat keredhaanNya.

Poligami: Sebelum Bercerai

#tipspoligami Poligami sangat berat untuk isteri hingga tidak sedikit yang melihat perceraian sebagai jalan keluar dari segala sakit h...