Sunday, February 7, 2010

Selamat hari Lahir...!



Bismillahirrahmanirrahim

Assalammualaikum wa rahmatullah,

Buat ukhti yang dikasihi...yang DIA pertemukan denganku di jalan tarbiyyah....

Selamat Hari Lahir!

Sehari lagi bertambah usiamu…Kematian menghampiri…kehidupan minta diisi...

Merenung ke belakang, kak melihat dirimu yang telah semakin dewasa dan matang, yanie bukan insan biasa-biasa yang hanyut dengan dunia tapi seorang yang lembut hati sentiasa berusaha mencari makna kehidupan yang hakiki, sentiasa berusaha memperbaiki diri...

Yanie adikku yang dikasihi…kita telah sama-sama berada di jalan tarbiyyah…jalan murni yang mendidik hati dan diri kita. Jalan yang menyedarkan diri kita untuk turut mengajak orang lain memperbaiki diri, mudah-mudahan semua ini - telah, akan dan selama-lamanya kita ikhlaskan kerana ALLAH, dalam perjalanan kita pulang menemui pencipta..

Yanie ..jika diizin ALLAH, perjalanan hidup ini masih panjang..semoga yanie dan kaknurul serta sahabat-sahabat mampu istiqomah beriman dan bertaqwa melalui liku-liku perjalanan, menghadapi misteri hari esok yang kita tak pernah tahu.
Kita tekadkan untuk bertemu rasulullah di rumah asal kita bernama syurga dengan kita memilih ditarbiyyah dan mentarbiyyah, meneruskan misi Rasulullah menyebarkan dan mengagungkan islam dan syariatNYA…malu rasanya mengungkap syurga kerana kita tahu amal dan iman kita banyak cacat celanya, namun adakah kita MAHU pilihan lain sebagai tempat kembali???

Jika ALLAH menetapkan ajal kita tiba sebentar lagi, moga kita menghadap ALLAH dengan iman dan amal kita yang paling baik serta hati yang paling bersih..

Yanie…hidup ini tak menjanjikan kesenangan dan kemudahan selalu, kerana kebahagiaan yang hakiki hanya ada di taman kekal abadi bernama syurga…ada ketika-ketikanya kita berasa bosan, berasa sedih dan serabut, berasa tertekan dan gelisah, ada ketikanya merasa diri lemah dan terlalu kerdil…di sana kita ada ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Cukuplah hanya ALLAH tempat kita mengadu segala-galanya...kita memohon kekuatan dariNYA agar diperbaiki segala urusan hidup dan diberi ketentuan menerima segala ketetapanNYA. Teruslah bina kedekatan hati kita dengan ALLAH melalui mutaba’ah/perancangan ibadah yang telus dan konsisten. Sungguh, segala kekuatan dan kebaikan HANYA dari ALLAH...

Dan peliharalah ukhuwah...kerana manisnya ukhuwwah antara teman-teman yang memahami dan sama-sama menempuh jalan tarbiyyah ini sesungguhnya menjadi bekal utama kita untuk terus bangun selepas jatuh dan lemah…ukhuwah dan iman bukanlah perkara yang terpisah, kerana sesungguhnya kita amat perlukan kasih sayang dan semangat dari sahabat-sahabat, walau sekadar bertatap muka. Dan kita sendiri perlu banyakkan memberi kasih sayang dan kekuatan pada insan-insan lain sebelum kita mengharapkan perkara yang sama...

Akhir kata, teruslah berusaha menjadi hamba yang ALLAH redha dan cintai... dalam kesibukan studi, rancanglah hari-hari yang dilalui agar memberi makna pada diri dan mampu memberi manfaat pada insan lain, semoga yani terus tabah dan thabat( kekal) di jalan dakwah dan tarbiyyah serta mendapat peliharaan ALLAH dari godaan syaitan dan hawa nafsu yang menipudaya….

Nurul ‘Adni ‘Adnan

No comments:

Poligami: Sebelum Bercerai

#tipspoligami Poligami sangat berat untuk isteri hingga tidak sedikit yang melihat perceraian sebagai jalan keluar dari segala sakit h...