Thursday, July 23, 2015

Jodoh: Bersediakah Menghadapi Kekurangannya...?



Seorang gadis berkongsi, dia meninggalkan/ditinggalkan teman lelakinya kerana ANTARA sebabnya, lelaki itu masih tidak mempunyai perkerjaan tetap walaupun mereka telah merancang untuk berkahwin. Tempoh setahun lebih baginya sudah cukup lama untuk memberi peluang lelaki itu berusaha membina kerjaya. Jadi mereka putus di samping cabaran yang lain menghalang meneruskan ke alam pernikahan.

Kini gadis itu telah menemui pengganti, dan diuji pula dengan cabaran lain dengan calon suami yang baru.

Saya katakan kepadanya, '..itulah realiti. Dia ada kelebihan kat sini, kurang kat tempat lain.. Ukhti sekarang dah jumpa lelaki yang ada kerjaya dan sangat komited dengan kerjanya..tapi masalah lain pun ada hingga mencabar untuk bernikah.. berapa lama nak tunggu? Setahun? dua tahun?.."'

Dunia ini bukanlah semudah yang kita mahu. Saya menceritakan bahawa di luar sana, ada sebahagian wanita yang suami berkerja tetap namun lain pula ujian kesakitan yang dilalui. 

Contohnya- suami bekerja, tetapi sibuk sangat selalu tak ada masa bersama isteri. Isteri sedih memendam rasa. Suami berkerja tapi isteri yang banyak keluar duit untuk perbelanjaan rumahtangga. Isteri kecewa tak bahagia. Suami kerja ok, tak ada masalah kewangan tetapi adalah masalah orang ketiga, masalah berkonflik dengan mertua ipar duai dan sebagainya..,isteri bermuram durja juga. Suami tak romantik pun jadi masalah besar untuk sebahagian isteri.., walaupun kerjaya suami bagus dipandang berwibawa.

Kita akan sentiasa diuji selagi hidup, walau siapapun calon suami atau suami yang berada di sisi. 

Tak, saya tak bermaksud suruh memilih calon suami yang tidak berkerja, tetapi saya mengingatkan dirinya bahawa pasangan kita akan sentiada ada kekurangan di sebalik kebaikan. (Sepertimana kita isteri punya banyak kekurangan yang suami bersabar)

Saya berpesan bahawa suami punya kerjaya tetap, bukan jaminan untuk rumahtangga tak goyah kerana kita isteri akan nampak dan tak puas hati isu lain pula..

Sebelum 'lari' dan meninggalkan hubungan dan berharap bertemu orang yang lebih baik, apakah kita telah menjadi wanita yang membantu dan mendorong suami untuk berubah dan apakah kita sendiri telah mengubah diri kita untuk menjadi kuat saat dihadapkan dengan insan yang menguji perasaan..?

Kebahagiaan kita sebagai wanita, sungguh adalah pada kekuatan hati dan perilaku yang berlandas ilmu. Yang dengannya kita mampu membantu diri sendiri dan suami untuk menjadi lebih baik dan lebih baik di sisi Tuhan.

Berusahalah semampu nya memperbaiki keadaan, menjauhi perpisahan hingga ketetapan Tuhan mengatasi perancangan insan.





Friday, July 3, 2015

Pengalaman Menginap di Swiss- Garden Beach Resort Kuantan 2015

Review saya di tripAdvisor:

"Nice clean sandy beach. With little crabs..my kids love looking at them.
Room is clean and comfortable with balcony and bath tub.
Family friendly - has average kids pool and playground. Ample free parking in the hotel. Kind and efficient staff. Delicious Ramadhan buka puasa buffet. A Peaceful place for us."

Pada Rabu 27 Jun 2015, Saya ada tugasan di Kuantan,maka saya mencari hotel atau penginapan yang saya rasa paling berbaloi dengan duit saya.

Saya google, paling murah saya jumpa bilik berharga RM90 satu malam untuk saya empat beranak. Sesuai dengan plan travel bajet saya. Tapi Kemudian saya terjumpa Ramadhan promotion Swiss Garden, saya suka sebab ada swimming pool dan ia tepi laut,  walking distance ke Pantai Balok yang cantik. Ia penting untuk kegembiraan anak anak selama di Kuantan.

Saya memilih kerana Ramadhan promotion itu menarik - bilik termasuk Buka puasa Buffet dan sahur/breakfast buffet for 2 person, dengan harga total RM 338 termasuk tax dan gst. Dan memang tidak ada extra charge.

Harga asing untuk buffet buka puasa adalah RM 70 untuk seorang dewasa dan breakfast RM 40 ke atas , kalau tak silap saya.

Bila saya email bahagian reservation untuk tanya pasal bayaran buffet untuk anak, untuk dua anak saya bawah 5 tahun adalah FREE. Dan email saya di reply cepat juga bagi saya, dalam hari yang sama. Saya suka dengan cara yang efisyen itu.

Pukul 3 petang adalah waktu check in, namun boleh check in awal jika bilik dah ready. Menempuh  perjalanan hampir 3 jam dari KL, penat dan lapar musafir, saya sangat menghargai layanan baik Ms Aida di kaunter check in. Terima kasih atas senyuman dan penjelasan yang jelas. Saya first time datang sendiri duduk di hotel 4 star , (sebelum ni dengan suami yang uruskan check in etc ) jadi bila 1st impression Ms Aida bagi senyuman, kita rasa senang nak berurusan dengannya.

Saya book bilik yang paling murah, tapi saya berpuas hati sangat sebab bilik cantik dan bersih. Saya suka balkoni yang nampak laut, dan anak anak melompat kegirangan nampak bath tub dalam bathroom.

Dalam setengah jam selepas masuk bilik, Swiss Care call tanya,  semua ok ke kat bilik..? Wah.. itu pun saya suka dan rasa di care menginap di situ. Rasa dihargai dan diambil berat.

Lepas kemas barang, saya terus tukar baju anak anak..pakai swimsuit. Mereka tak sabar nak masuk outdoor pool. Walau pukul 3 petang tu saya rasa nak tidur saja, saya gagahkan diri turun ke pool bawa mereka. Dan bersyukur waktu terik panas itu, kids pool agak redup kerana ada pokok pokok di sekeliling. Ini pun markah lagi untuk hotel ini.

Puas bermain di pool, saya ajak anak anak ke tepi pantai. Main pasir. Mereka sangat seronok walau saya berdebar juga tengok air laut dan ombak Pantai Balok kuat dari Pantai Port Dickson yang saya biasa pergi.. namun tempat ini indah dan nyaman, ada kerusi dan hut untuk bersantai.. pasir pun halus.. angin nyaman sampai anak saya terlena di tepi laut.

Masuk waktu maghrib, berbuka puasa kami dihidangkan makanan yang sangat sangat enak. Alhamdulillah..macam biasa memang tak mampu makan semua walau nafsu teringin. Secara peribadi saya rasa berbaloi untuk harga RM 70 seorang dewasa ..apapun please jangan membazir :)

Malam itu kami tidur  lena kepenatan musafir. Aircond bagus. Saya call housekeeping minta extra selimut , cepat je sampai..

Esoknya kami tak puasa.. jadi kami join breakfast. Alhamdulillah ada banyak pilihan makanan , jadi anak anak saya suka ada cereal dan satu dua makanan fevret mereka. Saya makan nasi lemak.

Lepas breakfast, kami terus ke pool dan ke pantai. Tenang sekali. Tak ada orang langsung waktu itu awal pagi itu.. rasa hotel kami yang punya hee

Sampai waktu terpaksa tinggalkan hotel.. kami packing dengan berat hati. Adik saya yang datang bersama juga sedih tak puas berehat di hotel..

Proses check out cepat dan lancar. Ms Liss pun layan kami dengan baik dengan senyuman.

Wan, bellman pun sangat helpful membantu kami ..cepat dia tolong angkat beg beg besar kami masa kami check in dan check out.

Bab wifi, dalam pakej bilik saya dapat wifi free..tapi pool dan pantai hotel ini buatkan saya tak perlu pun sangat wifi tu. Saya tak tahu wifi laju atau slow..

Keseluruhannya, saya dan anak anak sangat suka hotel ini dan pasti akan stay sini lagi kalau ada promotion lagi waktu saya travel ke Kuantan :D







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...