Friday, March 28, 2014

Kahwin, tak cukup seks...?

 
Kahwin, tak cukup seks?

Kali pertama orang bertanya soalan sensitif ini pada saya beberapa tahun dulu, waktu saya sedang ziarah raya ke rumahnya..

Tanya seorang muslimah ketika itu..."Kawan kak tanya, Macam mana nak bagi suami kahwin lagi...
kalau kita isteri pun rasa tak cukup seks..??" Mestilah muka saya berubah dengar soalan sensitif itu...

.. dan selepas-selepas itu, ada beberapa persoalan yang dikongsi oleh teman muslimah berkaitan hubungan intim dan kemesraan rumahtangga(dengan kapasiti saya menulis banyak entri pernikahan dan poligami di blog.)

Pada yang bertanya itu, walaupun dikait dengan poligami, sebenarnya amat penting juga untuk yang belum terlibat poligami. Malah untuk semua yang bakal dan telah lama berkahwin. Agar alam pernikahan tidak terfitnah, sedangkan ia anugerah Allah.

Samaada poligami atau tidak, dari awal perkahwinan lagi harus diluruskan isu seks/kemesraan suami isteri.

Dari ilmu yang dikutip dari kursus dan seminar perkahwinan yang saya ikuti, saya kongsikan beberapa aspek yang mungkin penting untuk membantu kemesraan suami isteri.

1. Plan: kalau agenda harian lain boleh plan- kerja, meeting, halaqah, main futsal etc boleh plan, waktu untuk bermanja bermesra suami isteri pun kena masukkan dalam jadual..kalau awal awal kahwin tak berapa sibuk, mungkin takde masalah nak berkepit dan berasmara spontan, tapi bila alam realiti menjengah, sibuk kerja, sibuk urus rumah urus anak, nak senyum kat suami/isteri pun rasa payah.. sex appointment sangat banyak membantu untuk suami isteri connect to each other. Tak semestinya seks pun, kadang kadang isteri nak duduk dalam pelukan suami sambil sembang sembang, peluk cium seadanya..gunakan masa yang kita allocate untuk just give attention to each other..

2. Komunikasi: Kena belajar respon dan suarakan pada suami tentang kualiti dan kuantiti yang isteri harap..pilihlah bahasa, nada, perkataan dan ayat yang baik untuk isu sesensitif ini..dan kompromi. Suami tak tahu apa yang kita fikir dan rasa..

3. Doa: Seks atau apa jua kenikmatan dan kebaikan yang kita miliki dalam hidup ini adalah dari Allah. Berdoa dan mintalah pada Allah. Minta Allah bantu kita supaya suami terhibur dengan kita. Minta Allah bantu suami kita agar dapat puaskan jiwa dan fizikal isteri yang umumnya complicated.. Minta Allah jaga anak anak kita waktu kita nak bermesra..mintalah apa saja dariNya, termasuk kenikmatan suami isteri, kemesraan dan keharmonian rumahtangga, monogami atau poligami..
 
 
:)
 
 

Saturday, March 22, 2014

Poligami dan Penerimaan Ibu Bapa

 
Poligami dan Penerimaan Ibu Bapa:

Semalam saya berpeluang bersembang dengan dua orang lagi sahabat yang suami mereka dalam perancangan bernikah lagi insyaAllah. Saya terharu atas kesediaan mereka sebagai isteri...sebab saya tahu ujian poli...
gami tidak mudah ditempuh. Moga Allah merahmati mereka dan suami mereka, dan keluarga baru yang bakal dibina.

Pernikahan biasa atau poligami tidak dapat lari dari ujian kesulitan sebelum, selepas atau semasa. Hanya kepada Allah lah kita memohon pertolongan.

Kali ini saya ingin berkongsi sedikit tentang isu ibu bapa dan poligami.

Saya sendiri awalnya menghadapi ujian mendapat izin dan restu wali (ayah saya) untuk dijadikan isteri kedua. Yang mana kita maklum bahawa hampir semua ibu bapa berat melepaskan anak perempuan mereka untuk menjadi isteri kedua dan isteri seterusnya.

Namun poligami atau pernikahan biasa, pada saya tak boleh tinggal istikharah dan musyawarah. Iaitu mohon pada Allah, dan mohon pandangan insan-insan amanah dan berilmu.

Bakal suami ketika itu berterus terang melamar saya depan ayah dan memohon agar ayah saya merestui dan meredhai rumahtangga yang ingin dibina.

Saya menulis surat panjang lebar kepada ayah saya kenapa saya mahu mempertimbangkan lamaran menjadi isteri kedua, dan saya juga menyebut pada ayah yang saya sangat perlu pada restu dan redha beliau kerana kelak selepas berkahwin saya perlu doa dan nasihatnya dalam melayari alam rumahtangga.

Bakal suami juga menyebut yang pernikahan tak akan diteruskan kalau parents saya sangat berat untuk menerima.

Proses berbincang dan mendapat restu dan izin wali ini berlaku lebih kurang 3 bulan.. tidak lari ada sedikit miscommunication dan misunderstanding namun bila bakal suami mengkomunikasikan dengan baik pada bakal mertua nya, ia sangat membantu.

Dalam pada itu saya mendapat pelbagai respon dari sahabat sahabat rapat yang saya mohon pandangan, dan juga pandangan ustaz Ustazah yang saya hormati. Saya menghargai dan meneliti pandangan semuanya dengan rasa yang bercampur baur.

Akhirnya selamat menikah, saya bersyukur selepas bernikah - parents saya menerima kehidupan poligami kami seadanya. Saya percaya mak abah yang sangat saya kasihi selalu mendoakan yang terbaik untuk keluarga poligami kami.

Dan bila suami saya mahu bernikah lagi (dengan isteri ketiga), suami saya turut memaklumkan kepada mak abah saya..saya sangat hargai ketelusan suami tidak membelakang kan parents dalam proses untuk berkahwin dengan saya dan madu saya.

Setiap kita punya cabaran berbeza bila berdepan isu ibu bapa dan poligami. InsyaAllah bila semua pihak memainkan peranan dan bersungguh, ada hasil yang positif. Kadang ambil masa untuk parents positif menerima, teruslah berdoa dan berusaha semampunya.
 
 
 

Wednesday, March 5, 2014

Buku Terbaru Poligami : Sebarkan KebenaranMU



Assalammualaikum wa rahmatullah sahabat sahabat yang dikasihi,
 
Dapatkan buku terbaru ini untuk diri sendiri atau untuk dihadiahkan kepada orang lain - moga bermanfaat menambah ilmu menukar persepsi kepada yang lebih baik insyaALLAH.
 
📌Pembelian Buku Poligami Terbaru Secara Online

-------

✅ Tajuk:
...

"Sebarkan KebenaranMu: Catatan Ke Atas Novel Sebarkan Cinta Mu "📕 oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah. (500 muka surat.)

✅ Harga RM 39. Selepas diskaun = RM 33.

✅ Postage RM 9 Semenanjung.
RM 12 Sabah/Sarawak (Sebuah buku). Penghantaran setiap hari Selasa & Khamis.

✅ Cara pembelian:

1. Bayar ( Bank in) ke akaun CIMB Nurul Adni Adnan No akaun: 1277 - 0002188 - 20 - 8.

2. Mesej kepada 013-3776878 (Puan Nurul) atau PM fb Nurul Adni Adnan - nama penuh, alamat, no telefon, bilangan buku dan resit bayaran.

✅ Sebarang pertanyaan hubungi 013-3776878
 
Antara isi kandungan: 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
:)
 
 
 

Poligami: Sebelum Bercerai

#tipspoligami Poligami sangat berat untuk isteri hingga tidak sedikit yang melihat perceraian sebagai jalan keluar dari segala sakit h...