Skip to main content

Membentuk keperibadian Islami



Masa berlalu pantas, kini telah beberapa tahun berlalu sejak kita mengikuti pembelajaran di universiti tarbiyyah ini. Tujuan jangka panjang tarbiyyah adalah untuk membina ummah, wah, besar sekali bunyinya..!

Di manakah tahap kita sekarang ini....? ayuh kita menilainya...!

Ya, projek tarbiyyah adalah projek mega yang memakan ‘belanja besar’- ia bukan saja mengorbankan duitmu, tetapi juga masa mu, rehatmu, tidurmu, fikiran dan perasaanmu bahkan mungkin nanti nyawamu.

Masa-masamu itu, bukan sekadar membentuk diri sendiri dan mengajak manusia menjadi baik secara individu, namun kalian ingin membentuk lapisan demi lapisan penggerak yang akan meneruskan projek mega tarbiyyah.

Kalian membimbing hati sendiri dan manusia lain mempasak kalimah keimanan di dalam hati. Kalian juga berjuang untuk merealisasikan makna kalimah itu – mentauhidkan ALLAH dan menjadikan Rasul SAW sebagai ikutan.

Keperibadian islami hanya akan lahir apabila benih-benih iman itu mula bercambah dan menyubur.



Kemudian, apakah hasil keimananan yang kita inginkan pada diri kita dan insan-insan yang dibina juga ditarbiyyah?

# Iman Yang Dinamik – bergerak mentaati ALLAH, terlihat pada perbuatan, fikrah dan perasaan. Keimanan yang terzahir dari ilmu dan keikhlasan ini akan mempengaruhi insan lain untuk turut mengabdi diri kepada Allah.

#Yakin kepada ALLAH dan Rasul dengan serius dan bersungguh-sungguh beramal.

#Menyerah – pada aturan dan nilai Islam yang diwahyukan ALLAH dan ditunjukkan Rasul SAW.

#Mendengar dan Taat sepenuh hati pada sistem dan nilai hidup yang diatur Sang Pencipta.

#Mengikuti Pedoman Al Quran dan As Sunnah.

#Tidak merasa berat meninggalkan sistem lain yang banyak cacat cela, bulat hati mengikut Islam, jalan hidup yang terbaik.

#Tidak ada pilihan lain, hanya Islam yang menjadi pilihan untuk diterapkan di segenap ruang kehidupan.

Keimanan yang mendalam akhirnya menumbuhkan taqwa yang sebenar-benarnya – lalu beroleh mulia dan bahagia… dunia dan akhirat.

Untuk apa taqwa ini sebenarnya…?

Taqwa menjadi landasan hidup, yang akan membawa ke destinasi hakiki bernama syurga.

Taqwa, Bekal Yang Tidak Habis. Kita perlu bekal untuk melalui kehidupan dunia yang sulit dan penuh cabaran. Bekal taqwa ini memberi jalan keluar kepada setiap dan segala permasalahan. Ya, taqwa ada penyelesaian yang diharap dan dinantikan sewaktu jiwa-jiwa manusia seolah putus harapan.

Taqwa Sebaik-baik Pakaian, dengan pakaian taqwa, manusia jadi terpandang. Insan bertaqwa bukan mulia kerana harta dan keturunan, bukan kerana kecantikan dan jawatan yang disandang, tapi menjadi mulia kerana waspada dan selalu memerhatikan bagaimanakah dirinya kelak di hadapan tuhan.



Dari keimanan dan ketaqwaan, terbinalah peribadi yang lurus mengikuti jalan agama ini. Peribadi-peribadi yang islami ini kelak membina keluarga hingga akhirnya lapisan-lapisan ummah yang kuat juga terbina.

Akhirnya seluruh kehidupan mampu diislamisasi, dari wujudnya keperibadian Islami.InsyaAllah.




Diolah dari artikel: Buku Keperibadian Daie





Comments

Popular posts from this blog

Menjadi isteri kedua

Ketika suami menikah lagi...

Suami Isteri: Berbaloikah Perhubungan Jarak Jauh?

Poligami: Bersedia Hadapi Ombak Perasaan

Pengalaman Sebagai Pembantu Di Klinik