Saturday, May 19, 2012

Persediaan Menuju Poligami




Pada yang bertanya tentang persediaan poligami, persediaan pertama untuk suami dan isteri yang akan terlibat adalah bacalah Al Quran. Setiap hari. Saban minggu.


Fahami terjemahannya. Bacalah kandungannya. Kaji intinya. Ia akan memberi petunjuk yang lurus. Ia membawa cara fikir berdasarkan Islam as A way of Life. Ia membentuk peribadi baik kita sebagai suami dan isteri. InsyaALLAH. Al Quran yang dekat di mulut, di hati, di fikiran - akan membimbing perasaan dan akal kita menempuh alam poligami dan kehidupan seluruhnya. 

SIS datang dengan kajian impak poligami ke atas penduduk Malaysia. Terima kasih atas kajian. Sebenarnya, hasil negatif yang dibentangkan itu bukan kerana buruknya poligami. Tapi kerana saya dan kita rakyat Muslim Malaysia masih tidak hebat dalam interaksi dengan Al Quran.

Impak meninggalkan Al Quran adalah buruk ke atas rumahtangga biasa sekalipun, apatah lagi ke atas rumahtangga poligami yang lebih berat struktur rumahtangganya.

Jom kita baca Quran hari ini, esok, lusa dan selama-lamanya.... ! Kemudian kita ajarkan pada adik beradik dan anak-anak ya. Itu manual sempurna dan utama untuk kebahagiaan diri sendiri, poligami dan seluruh generasi :)


Persediaan seterusnya untuk berpoligami adalah, terus belajar dan menghayati sunnah Rasulullah SAW dalam segenap kehidupan harian. Baginda datang mengenalkan kita kepada keesaan Pencipta, menunjukkan jalan yang lurus untuk fitrah insan, memberi minhajul hayah (panduan kehidupan), serta menunjukkan cara beribadah yang benar kepada Allah.


Maka perkahwinan poligami yang harmoni terbina insyaAllah atas kefahaman dan kesungguhan kita mengikut petunjuk rasul melebihi keinginan perasaan. Kita yang bernama suami isteri harus sering bermuhasabah, "Adakah sikap dan perilaku diri ku seiring dengan bimbingan Allah dan Rasul SAW?"

Saling bergaul dengan baik. Menunaikan hak dengan sewajarnya. Saling berpesan dan menasihati ke arah kebaikan dan kebenaran. Menghormati. Bersabar dengan kelemahan. Bersyukur dengan kebaikan. 

Jom sahabat-sahabat, belajar sunnah ! Dalami ilmu akhlak mulia dan jalan lurus menuju kebahagiaan. Tidak ada kebahagiaan tanpa mengikuti petunjuk Allah dan Rasul ... Ia tidak mudah namun hasilnya indah ♥


Selain dari itu, membina keluarga poligami yang harmonis sama seperti monogami - mempersiapkan diri MENJADI jodoh yang baik DAN MENCARI jodoh yang baik. 


BAIK itu terlalu luas maknanya, maka baik yang dianjurkan ialah agamanya baik. Risik-risiklah seadanya semampunya tentang calon suami/isteri. Perhatikan pergaulannya dengan ibu bapa, famili dan teman-teman. Meminta pandangan orang yang berilmu dan amanah. Bangunkan komunikasi, kongsikan harapan dan kekurangan diri.

Namun ingatlah, menjadi suami atau isteri yang baik bukan proses satu malam. Ia memakan bulan, memakan tahun - bertahap tahap. Melangkah saja ke gerbang rumahtangga, bermulalah kita masing-masing belajar dan melakukan kesilapan di sebalik hak yang berusaha ditunaikan.

Semakin tinggi tahap kesabaran, semakin lapang hati menerima kelemahan, semakin banyak kesyukuran dengan kebaikan pasangan - maka semakin cepat terbina peribadi suami isteri yang baik insyaALLAH :)

Teruskan kita memperbaiki diri, jangan putus asa menjadi suami dan isteri...! ALLAH pasti akan bantu orang yang berusaha mencari keredhaanNYA - yang ingin memelihara keluarga dari api neraka - yang ingin sama meraih syurga ♥


Sekian perkongsian buat kali ini, moga bermanfaat :)







Poligami: Sebelum Bercerai

#tipspoligami Poligami sangat berat untuk isteri hingga tidak sedikit yang melihat perceraian sebagai jalan keluar dari segala sakit h...