Wednesday, May 18, 2011

Kenduri kahwin... Di mana ruang berjimat?



Jika ditanya persediaan untuk kenduri perkahwinan saya, tidak ada apa-apa yang ‘menarik’ untuk dikongsi. Namun sempena musim pernikahan di cuti sekolah akan datang, saya coretkan juga sedikit pengalaman sendiri tentang kenduri kahwin lebih dua tahun yang lalu.

Saya tidak ada ‘majlis perkahwinan impian’, dengan konsep sebegitu atau sebegini, saya tidak ada lakaran baju pengantin seperti rata-rata bakal pengantin yang membelek-belek majalah melihat design baju pengantin yang diminati.

Saya hanya ada rumahtangga impian, maka saya tidak window shopping ke sana ke mari untuk memilih perhiasan dan keperluan majlis perkahwinan, sebaliknya saya ke sana ke mari bertemu insan-insan berilmu yang sudah berumahtangga, memohon nasihat dan pandangan untuk saya membina syurga rumahtangga kelak.. [dan kini setelah dua tahun bernikah, rupanya proses mencipta syurga rumahtangga ini sangat-sangat mencabar,  berterusan ke akhir perjalanan kehidupan].

Setelah menyerahkan wang hantaran dari pihak lelaki kepada ayah saya, mak dan abah membuat persiapan untuk kenduri anak perempuannya yang pertama ini. Saya tidak mahu menyusahkan mereka, namun mak dan abah bersungguh-sungguh, seperti mana ibu bapa yang lain penat lelah membantu mengatur majlis perkahwinan anak mereka.

Beberapa kali saya pesan pada mak abah, “Mak ngan abah buat yang mana mudah je ya…”

Terima kasih sangat-sangat pada mak abah dan adik beradik yang bertungkus lumus melancarkan urusan walimah ini. Kakak ipar saya, abang-abang saya, adik-adik saya, anak-anak buah saya… saya hargai penat lelah mereka berkemas :D

Bila hari kenduri makin dekat, memandangkan mak bertanya tentang pakaian yang akan saya pakai untuk majilis walimah itu, saya pun mula berfikir-fikir tentangnya.

Haa.. saya teringat baju nikah yang makcik saya pakai sejam dua sewaktu majlis pernikahannya. Alhamdulillah setelah menghubungi makcik saya yang baik itu, saya dapat meminjam baju nikahnya itu untuk saya pakai sewaktu kenduri kahwin saya.

“Ohh pinjam je…?” orang bertanya.

“Tak apa… saya tak kisah.. Saya gembira saya dah nikah, dan saya raikan saja kenduri kahwin ni sebagai wasilah nak umumkan pada orang kampung bahawa kita dah bernikah…” ini hanya jawapan dalam hati. Wajah tersenyum yang menjawabnya.

Tudung macam mana?…Perhiasan-perhiasan lainnnya..? Ok, satu hari saya jalan-jalan di Plaza Shah Alam, saya terjumpa dan beli tudung berharga lebih kurang RM10 , warna yang sepadan dengan baju nikah yang saya pinjam.

Di pekan Kuala Pilah, Negeri Sembilan saya membeli sehelai selendang jarang warna silver berkilat-kilat untuk disesuaikan dengan tudung… ( saya rasa tak perlu pun selendang tu, tapi saya raikanlah keinginan mereka yang nak pengantin nampak lain sikit..ok, takpe, selendang tu RM8 je)

Baju, tudung, selendang dah ada…Kasut? Alhamdulillah di Ole-Ole Shah Alam, Seksyen 18, saya jumpa sepasang kasut yang bagi saya nampak lah cantik sikit macam kasut pengantin, tapi saya tahu ia hanya akan dipakai beberapa jam sahaja sewaktu kenduri kahwin nanti, maka saya lapang hati mengeluarkan RM19.90 untuk membeli kasut itu.

Semakin menghampiri tarikh walimah, seperti biasa, orang-orang suka bertanya tentang pelamin, hiasan bilik pengantin, mak andam..

Pakej Perkahwinan Istana Impian RM3500++

Pakej Perkahwinan Mahligai Cinta RM2900++

Pakej Serambi Kasih RM1700++

Hmm inilah antara harga pakej perkahwinan tahun 2011 kan..?

Mungkin ada yang faham bagaimana tak seronoknya bila kita diminta buat dan beli begitu begini sedangkan kita ingin meminimakan bajet dan yang lebih penting, supaya majlis itu sederhana tanpa pembaziran. […dan mungkin juga ada yang tak faham, kenapa tak nak buat ‘elok-elok’ ..hee…]

Saya menggaru kepala bila makcik-makcik bersungguh mencadangkan untuk tempah semua itu dan saya terpaksa bagi jawapan standard..

“hai…suami pilot...takpelah kuar duit lebih sikit…” ujar orang itu.

“hmm takpelah.. kami tak nak..” ( dengan nada yang paling baik dan wajah yang cuba disenyumkan…hee..).

Kalau saya jawab, “saya yang tak nak”, nanti mereka mengangkat keluar hujah-hujah yang tak mampu saya jawab :P



Majlis walimah saya dilangsungkan setelah lebih kurang tiga bulan saya bernikah. Jadi dengan adanya suami, adakalanya saya terpaksa gunakan nama suami, ‘kuasa veto’ suami untuk menghentikan keinginan orang lain yang nak kita habiskan duit untuk kenduri kahwin sehari…

Dan 15 Mac 2009, berlangsunglah majlis perkahwinan saya di rumah ibu bapa saya, nun di pinggir hutan di sebuah kampung di Kuala Pilah. Minta maaf ya sahabat handai yang sesat untuk ke kampung permai saya..

Alhamdulillah saya berpuas hati tidak terlalu banyak duit yang kami habiskan semata-mata untuk majlis perkahwinan, saya gembira saya tidak berperasaan untuk segala bentuk pelamin, andaman, hiasan yang dengannya saya juga tidak menyusahkan perasaan suami yang menyediakan semua sumber kewangan.

Saya meminjam beberapa perhiasan perkahwinan dari ibu saudara, tapi ada juga yang saya beli..dan kemudiaannya saya pinjamkan pula pada orang lain.

Dengan gaji suami saya seorang pemandu, boleh saja bermewah-mewah untuk majlis perkahwinan puluhan ribu, tapi tergamakkan hati menghabiskan duit untuk keinginan dan impian peribadi sewaktu ada insan-insan yang daif sukar mendapat sesuap nasi…?

Mungkin sedikit pengajaran yang boleh dikongsikan ialah:

Berjimatlah agar tidak terlalu banyak duit dileburkan untuk majlis perkahwinan kita..

Jangan kerana kenduri sehari, berbulan-bulan sebelum itu kita dah stress dengan duit yang tak cukup-cukup, dan malah bertahun-tahun selepas itu, kita stress dengan puluhan ribu yang kita dah habiskan untuk sehari kenduri kahwin, sedangkan kita sangat perlukan duit itu untuk memulakan kehidupan baru bersama pasangan dan anak-anak yang bakal dikurniakan.

“Kahwin hanya sekali, apa salahnya berhabis sikit” ..slogan ini tidak benar, tiada siapa menjamin yang kita tidak akan berkahwin lagi. Dan seandainya hanya itulah perkahwinan kita, maka sebab itulah kita buat yang terbaik, berusaha menepati majlis perkahwinan yang sesuai dengan syariat islam yang penuh kesederhanaan.

Yang paling penting, jangan kerana majlis perkahwinan, kita dah bergaduh dengan pasangan kerana keinginan kita seorang perempuan untuk lapan pasang baju untuk sesi bergambar, untuk pelamin dan hiasan bilik pengantin yang canggih menelan belanja yang banyak, untuk juruandam yang berkualiti, untuk album gambar kahwin – yang pakej-pakej ini menambahkan ribuan jumlah hutang kita dan pasangan. Kesian bakal suami…tapi hanya dipendamkan, nanti pengantin perempuan merajuk panjang.

Setelah selesai majlis perkahwinan, kita tergolek kepenatan, duit juga telah habis dalam simpanan, dan selepas itu kita meneruskan hidup dengan keserabutan untuk membayar hutang dan untuk ‘cover’ balik segala perbelanjaan pernikahan dan perkahwinan...

Apakah kita ingin kebahagiaan rumahtangga yang kita harapkan itu dimulakan dengan hutang dan tekanan menyelesaikan hutang…?

Ya, dengan segala kos barangan yang makin naik, mungkin kita dah terlanjur mengadakan majlis perkahwinan yang gilang gemilang (baca:mahal) dengan berhutang dan kita tidak mahu perkara yang sama berlaku pada adik-adik kita, anak-anak kita … jadi apa cadangan untuk merendahkan kos perkahwinan..?

Sama-sama kita fikirkan cara yang praktikal …insyaALLAH nanti kita sambung bincangkan tentang ini..

Penting juga untuk kita bincangkan baik-baik dengan mak ayah sebelum mendekati tarikh majlis perkahwinan, bahawa kita tak mahu spend duit yang banyak, sebab kita sangat memerlukan duit itu untuk keperluan rumahtangga kelak. Elakkan suasana gaduh, sebaliknya bersabar dan bertenang bertahan dalam menjelaskan.. Ini tidak mudah, kerana rata-rata ibu bapa dan adik beradik mahukan kita ‘buat kenduri macam orang lain’.

Komunikasikan dengan tuhan setulusnya sewaktu manusia tidak menyokong untuk kita ‘memurahkan kenduri kahwin’ dan tabahkan hati dengan kata-kata dan sindiran yang sememangnya kita tidak ada kuasa menghentikan, melainkan orang-orang itu sendiri yang akan berhenti bercakap bila penat.

Alangkah bagusnya nanti selepas bernikah, bila si isteri ingin membeli keperluan-keperluan baru untuk rumah yang telah didiami bersama suami tercinta, si isteri punya duit simpanan untuk membeli sendiri tanpa meminta-minta dari suami..

“Abang.. alhamdulillah dulu tak ambil pakej fotografi yang seribu lebih. Dan kita buat kenduri di kampung yang murah dengan gotong royong masak.. Kalau catering, banyak juga duit yang kita perlu keluarkan.. Sekarang duit tu kita dapat beli tumble dryer, senang nak uruskan pakaian kan.. kita ada banyak masa untuk spend berdua”

Cerita elok-elok pada mak, duit ribu-ribu yang kita kumpulkan dengan tekanan dan penat lelah, adalah supaya kita mulakan hidup dengan agak selesa dan baik.. Peti sejuk, mesin basuh, oven dan lain-lain peralatan yang memudahkan kita yang sememangnya sibuk dengan dunia kerjaya..

Lepas kahwin, kita perlu banyak duit untuk berziarah atau berkenalan dengan saudara mara, atau bercuti ke pulau impian menikmati cinta halal..

Hati tenang memulakan cinta di alam pernikahan, bila duit itu kita salurkan pada tempat yang lebih prioriti. Suami tenang jika isteri mengerti betapa besarnya tanggungjawab suami menyediakan kewangan untuk keluarga yang baru dibina..

Pada diri yang mampu dan senang, silakan berkenduri mengikut impian peribadi, namun jangan berlebihan. Bersyukurlah dengan kesenangan yang dimiliki oleh anda dan famili…

Pada hati yang sedang tak tenang dan kegusaran tentang majlis pernikahan yang mendatang, ayuh renungkan ayat Allah..

“…Mohonlah ampun (istighfar) kepada Robbmu. Sesungguhnya dia adalah Maha Pengampun. Nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untuknya kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai." (QS. Nuh:10-12)

Beristighfarlah, kenali dan akui kesalahan diri kita insan yang lemah ini di hadapan ALLAH..

Moga dengan hati kita yang selalu istighfar, kusyuk mengharap ampunan Allah, Allah akan menambah harta dan melimpahkan rezeki lainnya..

Hingga akhirnya kita tenang mencipta syurga rumahtangga..

“Di antara tanda-tanda kekuasaanNya adalah Dia menciptakan untukmu pasangan dari jenismu sendiri, sehingga kamu merasa tenteram (sakinah) dengannya, dan dijadikanNya diantara kalian rasa cinta dan kasih sayang (mawaddah wa rahmah). Dan di dalam itu semua terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”.

(Ar-Ruum:21).







23 comments:

sitinoramira said...

perkongsian yg bagus.. terima kasih kak :)

hamba Ilahi said...

pertama kali menjejakkan kaki ke blog akak ^^
sangat-sangat terkesan dengan post ni, walau masih belajar dan tidak akan kahwin dalam masa terdekat, post akak yang ini telah membuatkan saya sedar betapa pentingnya meminimakan dan budget untuk majlis perkahwinan, alhamdulillah.
terima kasih
mengubah perspektif saya.
alhamdulillah
teruskan menulis ^^

Nurul Adni Adnan said...

safia amira & hamba Ilahi :

alhamdulillah :)

syukur pada ALLAh yang mengizinkan kita saling berkongsi, moga ALLAH membantu urusan agama kalian~

Anonymous said...

jazaakillah khayr ukhti..
mudah2an pernikahan yang bakal berlangsung ini mendapat barokah dan rahmat Allah...

Ya Allah, hindarilah kami dari fitnah dunia, redhailah ibadah yang akan kami laksanakan ini, amin!

^^

Anonymous said...

alhamdulillah, seronok baca kisah akak..insyaAllah hujung tahun ni sy akan bernikah..pandangan kita hampir sama, tidak perlu terlalu menyenangkan dan mengembirakan orang lain dgn perkara yg berlebihan..semoga akak terus mendapat rahmat Allah dan hidup berbahagia..insyaAllah :)

nurul :)

Anonymous said...

hai... setuju sgt dgn pandangan awak sy pun majlis bakal berlangsung ujung thn ni. plan wat simple2 je x perlu membazir.

deeya nadiah said...

Alhamdulillah..Insya Allah akn berumah tangga dalam masa terdekat nie..ape yang akk kongsi kan semua nye memang terlintas dalam fikiran sy..kehidupan selepas berkahwin lebih penting..& memerlukan banyak kewangan..

ape yg boleh dibuat sendiri cube buat..barangan hantaran 2 xperlu la..rsenye barangan hantaran pn dah mahal skrg..

sekadar perkongsian..

Nurul Adni Adnan said...

terima kasih banyak banyak atas perkongsian semua :)

pada yang akan bernikah, saya doakan berlangsungnya majlis yang penuh keberkatan, dan moga ALLAH membantu kita menjadi isteri yang dicintai...

Anonymous said...

Assalammualaikum sis. Harap tak kisah kalau saya bertanya. Ada tak sis bertukar2 hantaran dan menyediakan hadiah seperti bunga telur dsb?? Saya tengok banyak juga duit yang boleh habis dalam bab ni. Terima kasih.

deeya nadiah said...

Wa'alaikumsalam..Insya Allah kak ikut perancangan asal memang xde wat hantaran..

Nurul Adni Adnan said...

Hantaran dan bunga telur ada, tapi usahakan yang paling minima. dan utk hantaran, letaklah perkara yg memang kita nak guna atau dah ada.
antaranya, saya letak quran, dan hingga hari ni guna quran tu. saya letak juga tafsir quran 2 buah yg dah ada kat rumah. letak kasut yg saya masih pakai hingga sekarang.

jadi tak membazir.. :)

bunga telur ada, sebab mak beria-ria nak..kan dah jadi adat.. jadi kita raikan lah keinginan ibu ayah - mana yg kita mampu.

Nurul Adni Adnan said...

deeya.. alhamdulillah berusaha permudahkan.. :)

deeya nadiah said...

kak adni..Insya Allah kak..kalau boleh xnk wat sampai timbul pembaziran..orang cakap kawen hanya sekali..tp bagi saya kte belum conform akn kawen sekali & xbercerai..

Ummi Adam said...

Alhamdulillah, kisah kita hampir sama. Berbeza dengan kapten yang serba ada, kami pula serba kekurangan. Kami sama2 telah tiada ayah.

Dengan kewangan yang terbatas, dengan budget sebulan gaji, cukup untuk perkahwinan kami. Sama seperti Adni, saya pun meminjam baju kahwin sepupu saya. Kelengkapan yang lain semuanya di buat sendiri dan paling minima.

Alhamdulillah, kini telah lebih 10 tahun kami berkahwin, dan kami cukup bahagia, semoga berkekalan hingga ke akhir hayat hendaknya.

Ummu Hana said...

Saya suka baca coretan akak. Tahniah sebab tidak ramai pengantin perempuan macam akak. Alhamdulillah, saya baru berkahwin tahun lepas. Keluarga kami masing-masing menginginkan majlis yang sederhana tapi menepati syarak. Alhamdulillah, berjaya dilaksanakan. Salah satu cara hendak mengurangkan perbelanjaan, kebanyakan persiapan saya buat sendiri (handmade) - hantaran dan baju pengantin yang boleh dipakai semula semasa di alam rumahtangga kelak, kad jemputan dan segala yang berkaitan. Kebetulan saya masih belajar, jadi dapat curi-curi masa. Ternyata, saya dapat berjimat dengan banyak. Banyak simpanan lebih tertumpu kepada kehidupan selepas berumahtangga.

Sebenarnya, ada banyak perkara yang boleh dijimatkan. Adat yang menyusahkan walhal Islam itu memudahkan.

Wallahu'alam

Nurul Adni Adnan said...

Ummu Hana & Ummi Adam, terima kasih atas perkongsian :)

Anonymous said...

nice entri....how i wish i can turn back the clock...he he...dah follow dan linkkan ...tq...

Nurul Adni Adnan said...

boleh share, tak perlu minta izin :)


takpe yg dah lepas, kita boleh ubah untuk generasi kita seterusnya insyaALLAH.. :)

~An-Nur~ said...

allah hu akbar...

nice....

syukran jazilan..

barakallah...

Anonymous said...

Salam,
Perkongsian yang menarik...

Ya tak nafikan ada kalanya kita ingin mengurangkan pembaziran.... bagi saya biarlah majlis itu 'simple' ,'simple' pada kita tapi 'cincai' pada ibu-ibu.......

limaumaniss said...

saya mengimpikan walimah yg amaat sederhana seperti puan...tp kadang2 parent kita sendiri yang insist nak buat itu ini secara berlebihan..sedih hati memikirkan..walaupun belum tiba saat itu lagi, dah pikir macam2...

Anonymous said...

Clear, easү to use, including in tantric massage. Beraber nefes
al n, nefesinizi tutun, sonra beraber nefеs ѵerin. Allеrgan, who alѕo created Miss Piggy and Bert, was knowո for his devogion
to the divine thrοuygh visualization annd meditatіon.
The ultimate siddhi іs the grace anugraha whereby the seeker
dives into a dеep let-go.

Alѕo ѵiѕit my website: sensual massɑge (therapeutic-massage.org)

Anjung Serai said...

TUMPANG IKLAN

~~KAMBING BBQ GOLEK 3 EKOR HANYA RM1000 SAHAJA~~

MENU UTAMA
Nasi Beriani / Nasi Arab (BERAS PUSA)
Daging Dendeng ASC / Daging Rendang Serai
Ayam Masak Merah / Ayam Palembang
Sambal Sotong Kering
Masak Lemak Nenas Ikan Masin
Dalca Sayur
Acar Buah
Buah Tembikai Merah / Oren Sunkist
Air Kordial Oren Sunquick
Air Minuman

TIT BITS CORNER - 400pax
Air Teh Tarik
Cendol (Siap Bancuh)
Bubur (Kacang Hijau / Pulut Hitam)
Kuih Manis / Kuih Pedas

HIDANGAN ISTIMEWA MAKAN BERADAP
Siakap Sweet Sour
Ayam Golek Madu
Butter Prawn
Puding Karamel
Buah-Buahan
Jus Buah
Air Minuman

PELENGKAP MAJLIS
1 Set Meja Makan Beradap Beserta Dekorasi
1 Pasang Kerusi Pengantin
8 Unit Kerusi Banquet Bersarung & Riben
4 Set Dome VIP Beserta Peralatan
30 Unit Meja Bulat Beserta Alas & Runner
300 Unit Kerusi Plastik (Sarung & Riben)
Centre Peace Setiap Meja Tetamu
2 Buffet Station Beserta Dekorasi
Peralatan Buffet Golden Bell
1 Unit Meja Hadiah
1 Unit Meja Door Gift
1 Unit Meja Tit Bits
PA System & Deejay
12 Orang Pramusaji
1 Orang Ketua Pramusaji

KELENGKAPAN PELAMIN / BUSANA
Pelamin Dewan, Kerusi Pengantin,
Bekas Merenjis,, Walk Way 6 Unit,
Pintu Gerbang, Karpet Merah 80 Kaki,
Sepasang Persalinan Sanding L&P,
Mekap, Hand Bouquet.

KEK PENGANTIN
Kek Fondant / Fresh Cream - 3 Tingkat
Meja Kek Beserta Dekorasi

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Iza (012-4110390) - WhatsApp pon boleh =)

Poligami: Sebelum Bercerai

#tipspoligami Poligami sangat berat untuk isteri hingga tidak sedikit yang melihat perceraian sebagai jalan keluar dari segala sakit h...