Baru-baru ini, setelah melompat dari satu blog ke satu blog, saya temukan sebuah blog dengan entri pernikahan. Ya, ukhti dan akhi ini telah bernikah. Saya tidak mengenalinya namun saya sering membaca penulisan blognya yang dekat di hati ini.. tentang kehidupan yang berusaha diluruskan pada jalan ALLAH, di jalan dakwah.
Saya tidak pernah bertemu ukhti itu, namun saya percaya kerana destinasi cinta kami yang sama - Menuju Ilahi- saya merasa terpanggil untuk berkongsi tazkirah tentang alam pernikahan. Lalu saya mencatat sedikit komentar di ruangan komen blog itu seperti di bawah:
Assalammu’alaikum wa rahmatullah
Moga ALLAH mengumpulkan kalian, Aisyah & Roslan dalam keberkatan
Walau usia pernikahan saya baru setahun jagung, saya suka nak berkongsi nasihat, insyaALLAh kerana ‘Ad-din An-Nasihah”… [agama itu nasihat..]
Saya mengenali ukhti di lembaran maya ini kerana dakwah, saya membaca tulisan perkongsian ukhti yang sarat teladan dakwah.
Sungguh saya turut merasa bahagia dan manisnya rumahtangga yang kalian bina kerana ALLAH..
Menjadi doktor - bertahun pengajian. Menjadi daie - bertahun pengalaman manis dan kesakitan. Menjadi isteri.. ?
Sama -sama kita teruskan pengajian dengan belajar dari pengalaman rumahtangga insan lain. Telaahlah buku tentang cara lelaki dan perempuan bersikap dan berfikir, supaya kita tak gaduh kerana kita berbeza, tapi kita makin bahagia kerana saling memahami perbezaan kita…
Menjadi doktor - bertahun pengajian. Menjadi daie - bertahun pengalaman manis dan kesakitan. Menjadi isteri.. ?
Sama -sama kita teruskan pengajian dengan belajar dari pengalaman rumahtangga insan lain. Telaahlah buku tentang cara lelaki dan perempuan bersikap dan berfikir, supaya kita tak gaduh kerana kita berbeza, tapi kita makin bahagia kerana saling memahami perbezaan kita…
Hmm manis dan pahit pasti mendatangi rumahtangga, jadi jangan lupa belajar bergaduh/berkonflik dengan cara yang selamat, supaya makin banyak berkonflik dgn suami, makin kita sayang padanya dan makin teguh rumahtangga yang dibina…
Sekian, selamat bercinta di jalan ALLAH..
Sekarang saya sering membaca buku-buku atau artikel tentang pernikahan, kerana secara langsung dan tidak langsung saya dihadapkan dengan konflik-konflik alam rumahtangga. Adalah biasa jika konflik-konflik itu sekadar membuat pasangan merajuk sehari dua, namun jika konflik itu membawa mereka pasangan suami isteri memutuskan ikatan pernikahan yang dimaterai bersaksi ALLAH [baca: bercerai], saya jua turut dirundung duka dan kesal.
Sejak bergelar isteri, pelbagai juga kisah rumahtangga yang saya dengar, dan rasa bergetarnya hati banyak sekali kisah itu adalah kisah sedih. Sebelum berumahtangga, pandangan saya seolah tertutup dari melihat banyaknya rumahtangga yang bergoyang ditiup taufan ujian. Saya tahu ada rumahtangga yang tak bahagia, tapi sekarang nampaknya makin ketara.
Hari ni rumahtangga kalian diuji, kelak mungkin rumahtangga kita pula yang dilanda badai, nauzubillah..
Hari ni rumahtangga kalian diuji, kelak mungkin rumahtangga kita pula yang dilanda badai, nauzubillah..
Kata orang, awal-awal perkahwinan itu indah belaka. Setahun dua perkahwinan adalah manis dan cantik teratur, begitu kata-kata dalam buku self-help tentang love and relationship. Tapi kata-kata itu nyata bertentangan dengan beberapa kisah rumahtangga muda-mudi yang berlaku kini.
Ada sepasang suami isteri, perkahwinan mencecah 4 5 bulan, sudah dibawa berbincang untuk perceraian. Padahal dulu berjuang untuk sebuah perkahwinan melalui orang tengah yang berusaha memujuk ibu bapa. Ada isteri yang telah merasa asing dan jauh dari suami belum pun mencecah setahun usia perkahwinan, sedangkan dulu sebelum kahwin was a very loving couple kononnya.
Wahai suami dan isteri, tak mungkin perkahwinan menjadi sumber kebahagiaan jika buku-buku tentang kehidupan berumahtangga dibaca hanya sebulan dua sebelum bernikah dan selepas itu, berhenti mengkaji bagaimana perjalanan sebuah rumahtangga yang benar barokah dan berjaya.
Tidak mungkin perkahwinan yang dibina terus unggul jika bekal ilmu dan kemahirannya hanya sekadar yang diperolehi dari kursus perkahwinan anjuran Jabatan Agama selama dua hari. Selepas itu, suami isteri sibuk mencari duit, sibuk menikmati hasil duit hingga tidak memandang peri pentingnya menyediakan duit untuk mencari ilmu, membeli bahan bacaan atau menghadiri kursus-kursus untuk memantapkan perkahwinan.
Tak mungkin perkahwinan mampu bertahan jika memasuki alam pernikahan hanya kerana didorong untuk mempunyai teman, hanya untuk menyalurkan fitrah nafsu perasaan, tanpa wawasan yang besar bahawa pernikahan itu antara lain adalah supaya suami dan isteri menjadi orang yang lebih baik dengan bernikah. Untuk menjadi lebih baik pastinya dengan ilmu. Untuk dua makhluk ALLAH lelaki perempuan yang berbeza hidup bahagia dan bekerjasama, pastinya perlu ilmu.
Tidak keterlaluan jika dikatakan bahwa suami dan isteri terus bergaduh dan bergaduh kerana kita tak pernah belajar cara bergaduh yang selamat dan constructive. Kita bergaduh seperti mana dalam drama-drama atau mungkin ibu bapa sendiri yang bergaduh dengan kata-kata kesat menikam perasaan hingga itulah yang menjadi ikutan kita.
Perasaan suami dan isteri saling disakitkan kerana kita tak faham bahawa lelaki dan perempuan melayan perasaan dengan cara yang berbeza. Kita serabut dengan isteri yang selalu merajuk dan 'buat muka', kita juga sedih serabut dengan suami yang macam buat tak kisah atau tak reti memujuk.
Antara suami isteri, bila ada perkara yang kita tak setuju, kita diam dan mengomel dalam hati, memendam perasaan. Atau kita bercakap-cakap di belakang pengetahuan suami dan isteri. Atau kita menyerang mengkritik suami atas perkara yang kita tak setuju, tanpa ada pengetahuan atau kekuatan untuk kita menyatakan ketidaksetujuan dengan hikmah. Hingga akhirnya kita akan mengungkapkan...
"AHHH LELAKI SEMUANYA SAMAAAA....!!?"
Wahai suami dan isteri, belajarlah dan teruslah belajar. Pandanglah pasangan itu dengan mata hati, bahawa dia insan biasa yang ingin dinasihati dan dikasihi. Kalam ALLLAH di dalam Al Quran, Sesungguhnya lelaki adalah penolong wanita, wanita adalah penolong lelaki. Apakah pertolongan terbaik? Saling menasihati ke arah kebaikan, dengan kesabaran dan kasih sayang.
Bagi yang sedang berkonflik suami isteri, yang nampak perceraian depan mata, yang serabut dengan gelagatt pasangan, malah bagi yang rasa belum berkonflik teruk pun - saya suka mencadangkan membaca beberapa kitab. Kita baca, fahami dan cuba praktikkan ilmu dan relationship skills yang dikongsi agar kita semua bahagia dan sentiasa muda untuk bercinta. Saya ingin kita semua bahagia, dan bercinta hingga ke syurga.. [Semua buku/kitab di bawah boleh di dapatkan di MPH Bokkstore.]
Dengan ilmu, kita mampu membantu pasangan kita untuk saling memperbaiki diri. Dengan ilmu, cinta dan rumahtangga kita kan terus manis dan segar. Anak-anak kita kan bahagia memiliki ibu ayah berilmu yang tulus mencintai. Ibu bapa kita dan ibu mertua kan lapang dada dan tenang hati melihatan keharmonian rumahtangga kita.
Beruntunglah kalian yang memiliki ilmu yang baik tentang pernikahan. Kalian mungkin memiliki ibu bapa yang menjadi teladan, hingga kalian memasuki rumahtangga dengan kematangan dan ketinggian pekerti. Atau kalian sejak dulu belajar dan mencari ilmu untuk mendirikan rumahtangga, hingga kalian mempunyai wawasan dan akhlak yang teguh untuk melalui alam rumahtangga.
Mungkin kalian telah terlanjur berumahtangga, perasaan cinta dan nafsu melebihi kematangan hingga kalian kini merasa pedih dengan pasangan dan perjalanan rumahtangga. Kita masih punya peluang untuk belajar, memperbaiki diri sebagai suami dan isteri, bercakap dari hati ke hati dengan pasangan, yang penting jangan terlupa belajar, membaca dan mengkaji satu kitab yang paling penting. Hingga kalian mampu mengamalkan ilmunya di segenap kehidupan.
Dengan kitab ini, kalian akan bahagia, di luar atau di dalam pernikahan. Kalian akan bahagia, di dunia dan di syurga. Jika hati-hati merasa sempit dan kosong, bertanyalah pada diri.. di mana AL QURAN di hatiku..? Kehidupan kita yang bernama manusia akan terperosok ke jurang masalah dan keserabutan yang dalam andai manual kehidupan bernama al Quran ini tidak kita fahami kandungannya.
Model Handphone yang mahal lagi canggih punya manual, apatah lagi kita manusia yang komplikated. ALLAH bekalkan kita AL Quran untuk kita berfungsi memanfaatkan seluruh potensi, kelebihan dan bersabar dengan kekurangan.
Setelah kita berusaha belajar, membaca , mentelaah ilmu, berusaha mempraktikkan ciri-ciri pasangan yang baik lagi soleh solehah, namun tetap perceraian mendatangi, apalah daya kita manusia. Kita hidup dalam ketentuan Ilahi. Kita berusaha terlebih dahulu sebaiknya...
Saya telah melihat dan merasai pernikahan sebagai salah satu wasilah pengabdian diri yang tinggi pada Pencipta. Saya bahagia dengan pernikahan ini bila saya selalu membawa ALLAH dan syariatNya di hati. Namun bila saya lalai oleh kesibukan sendiri, menjauh dari ALLAH dan amal-amal yang dicintaiNYA, jiwa saya merasa hambar pada rumahtangga dan pasangan.
Bagi yang bernikah dan bercinta di arena dakwah, slogan ‘Aku bernikah di jalan dakwah’ bukan sekadar slogan yang diungkap pasangan dakwah yang bersemangat memulakan alam rumahtangga, namun bagaimana melestarikan ia merentasi tahun-tahun mendatang alam perkahwinan. Bagaimana permulaan pernikahan kalian yang baik, kita suburkan terus dengan ilmu-ilmu melayar bahtera rumahtangga...
Sekian tazkirah untuk diri dan kalian yang ingin saling menyayangi, setulus hati...
Sekian tazkirah untuk diri dan kalian yang ingin saling menyayangi, setulus hati...
1 comment:
ya Allah kak nurul..patut la bile saya baca komen tu, saya rasa sangat tu komen dari akak!!huhu...rupenye mmg betul..
Post a Comment