Alhamdulillah diri ini telah menginjak satu tangga lagi di dalam kehidupan… Menjadi seorang ibu. Pastinya bukan amanah yang calang-calang, kerana bayi comel ini insyaALLAH bakal membesar menjadi penolong agama ALLAH seterusnya.
Diriku, ibunya, Umm Abdullah, adalah madrasah pertama anak ini. Jika ingin budaya islam melingkari hidup anak ini, maka Islam harus tertegak terlebih dahulu dalam jiwa ini.
Jika ingin anak ini merintis jalan dakwah yang memimpin ke taman syurga, diri ini terlebih dahulu harus memasakkan syaksiah muslimah wa daieyah. Harus BERSUNGGUH menjadikan syurga destinasi yang ingin dituju. Menjadi anak, isteri, ibu dan hambaNya yang beriman dan beramal soleh.
Di lembaran kali ini, ku kongsikan petikan ayat-ayat yang mentazkirah diri ini untuk menjadi lebih kuat dan sabar. Untuk istiqamah dan bersedia berkorban.
* * *
Semakin jauh kita berada di jalan dakwah dan pentarbiyyahan, semakin menuntut kualiti ruhiyyah yang tinggi kepada ALLAH. Kerana ujian dan kesulitannya semakin hebat, medannya sangat mencabar keikhlasan, jalannya sangat panjang, berliku dan melelahkan..
Kita memegang amanah yang besar, iaitu untuk membentuk kesolehan peribadi sendiri dan orang lain. Dituntut pengorbanan mengurangi waktu tidur untuk menghidupkan hati dengan tilawah dan tadabbur, mengurangkan waktu istirehat untuk menambah khazanah keilmuan, mengurangkan perbelanjaan keperluan peribadi untuk keperluan dakwah..
Berusaha meluangkan waktu untuk sama-sama berjuang menapaki pentarbiyyahan dengan segala kemampuan yang kita miliki. InsyaALLAH pengorbanan penuh keikhlasan dan perancangan akan menyebarkan keberkahan dakwah pada ummah yang dicintai, insyaALLAH.
KARAKTERISTIK DAKWAH ISLAMIYAH [untuk ulangkaji saya..]
Dakwah Islam mempunyai karakteristik sebagaimana Dien Islam itu sendiri. Di bawah ini adalah beberapa karakteristik da’wah Islam:
1. Robbaniyyah ( Allah - oriented)
2. Islamiyah Qobla Jam’iyah (kehidupan yang serba Islami sebelum bergabung kepada Jama’ah)
3. Syamilah Ghairu Juz’iyyah ( Menyeluruh, tidak sebahagian-sebahagian )
4. Mu’ashirah Ghairu Taqlidiyah ( seiring dengan perkembangan zaman, bukan ikut-ikutan )
5. Mahaliyah Wa ‘Alamiyah ( Lokal dan Internasional)
6. Ilmiyah ( keilmuan)
7. Basyirah Islamiyah
8. Mana’ah Islamiyah (kekebalan Islami)
9. Inqilabiyah Ghairu Tarqi’iyah ( Perubahan fundamental bukan tambal sulam)
10. Marhaliyah ( bertahap-tahap)
Selamat memperbaharui komitmen di jalan dakwah dan tarbiyyah...
No comments:
Post a Comment