Wahai diriku, dan semua insan yang diciptakan tuhan, ayuh kita duduk sejenak menghitung kurniaan tuhan yang datang dalam kehidupan seharian… Agar kita merasa syukur dan terus bersyukur. Agar kita menyedari Maha Pemurah ALLAH pada kita hambaNya, sedangkan kita seringkali melupakanNYA.
Walaupun sesungguhnya, tidak sesekali kita mampu menghitung setiap nikmat kurniaNya..
Pagi ini, Alhamdulillah saya masih dibangunkan ALLAH dari tidur. Alhamdulillah punya keluarga di sisi. Selepas bersarapan, ALLAH memudahkan urusan kami ke pasaraya Giant untuk membeli beberapa barang keperluan. ALLAH mentakdirkan kami mudah parking kereta, dan kami senang hati memilih barang-barang di dalam Giant kerana orang tak ramai.
Alhamdulillah ALLAH izin semua itu setelah kami berusaha sebaiknya merancang perjalanan di hujung minggu ini, iaitu keluar di awal pagi. Dan tak perlu pun beratur bila nak bayar di kaunter. Dan kerana kami dah penat berjalan di dalam Giant yang luas itu, saya tak larat nak masak, maka kami singgah makan tengahari di luar.
Alhamdulillah ALLAH memberi peluang kami makan di restoran baru di kawasan kami, walau telah berapa bulan kami bercadang mencuba makan di situ tapi tak kesampaian kerana waktu lunch dan dinner, restoran itu penuh sesak. Kami tidak mahu bersesak-sesak.
Tapi hari ini sebelum pukul 12 tengahari kami dah sampai, makanan dan minuman yang diorder cepat dapat. Alhamdulillah atas jus kedondong asam boi yang sedap dan nasi putih dengan ayam lemon, butter prawn dan sayur kailan. Jemputlah datang mencuba :)
:: Inilah restoran yang menjadi rezeki kami untuk lunch hari ini, Restoran Makanan Cina Muslim - Mohammad Chan Abdullah. Info lanjut tentang restoran ini, klik sini :: |
Alhamdulillah di petang hari dapat menghabiskan masa dengan baby Abdullah, kami sama-sama duduk di beranda tepi rumah memandang sejuk dingin hujan yang menitis sederhana lebat. Abdullah yang sedang belajar tentang dunia ini teruja dengan alam ciptaan Tuhan yang dilihatnya..
Alhamdulillah anakku, ALLAH mengurniakan penglihatan kepada kita.. Dan ALLAH menggerakkan sistem pernafasan kita menghembus dan menarik nafas menghirup udara segar ini.
Berteman rahmat ALLAH yang mencurah, bersama Abdullah di pangkuan, saya mengulangkaji membaca buku kisah isteri-isteri Rasulullah. Alhamdulillah sangat baik karya itu untuk mentazkirah saya..dan betapa cemburunya saya pada mereka isteri baginda, Khadijah dan Hafsah, betapa mulianya mereka sabagai isteri.. inilah dua kisah sebaik-baik isteri yang sempat saya baca.
Malam tadi saya tidur lebih kurang pukul 2 pagi, berjaga menemani Abdullah. Petang ini terasa sangat ingin melelap mata, namun kasihan pada Abdullah yang bulat matanya seolah mengajak saya ‘berlibur’ dengannya.
Alhamdulillah syukur Ya ALLAH atas keprihatinan papa Abdullah.. Selepas asar, dia pula mengambil ‘turn’ menjaga Abdullah, bagi mama rehat pula, katanya. Terima kasih abang. Saya pun sedar-sedar dah terlelap hampir 45 minit, bangun dengan kepala terlebih pusing kerana tidur selepas asar..(tak elok, kata orang-orang tua.)
Untuk makan malam hari ini, saya buat kueh tiau goreng. Alhamdulillah atas semua bahan-bahan masakan yang mampu disediakan, dengan dapur dan peralatannya.. Syukur ALLAH kurniakan nana (makcik saya) untuk membantu saya memasak – potong-potong bawang…[walau sepatutnya saya tidak membebankan dirinya di usia lanjut, namun dia bertegas ingin membantu]..
Terima kasih Ya ALLAH. Saat ini, saya seakan lelah menikmati nikmat ALLAH yang terlalu banyak, dan lelah dengan diri sendiri yang tak menunjukkan syukur dengan perbuatan.
Ya ALLAH..bantu lah kami untuk mensyukuri nikmatMu..
Dengan segala nikmatMu, tambahkanlah kecenderungan dan keterpautan hati kami kepadaMu..
No comments:
Post a Comment