Wednesday, April 17, 2013

Poligami, Politik, Pembahagian Tuhan



Politik Tempat Kerja

Saya baru membaca artikel tentang kisah politik tempat kerja, tentang situasi gosip dan umpatan yang menjadi santapan harian, tentang fitnah dan surat layang yang memanaskan keadaan.

Kerana saling berebut jawatan yang lebih tinggi, kerana dengki dan iri hati.

Kalau kita merasa dah berusaha yang terbaik, kenapa perlu dengki dengan rezeki dan kurnia Allah pada rakan sekerja..? Allah sesungguhnya memberi rezeki dengan tepat dan bijaksana... jika mereka mendapat jawatan rebutan itu dengan cara kotor sekalipun, mereka tidak akan kekal lama di situ, yang pasti azab ALLAh menanti mereka yang tidak amanah dengan jawatan.

Sesungguhnya jawatan itu adalah sesuatu yang berat, akan diminta pertanggungjawaban di hadapan Allah..maka kita doakan sahabat yang diberi jawatan itu melaksanakan tanggungjawabnya dengan ihsan dan ikhlas.

Poligami 
 
Hal itu juga mengingatkan saya kepada luahan dan pertanyaan beberapa isteri, bahawa kalau suami mereka berkahwin lagi - tidak adil lah isteri yang baru/ isteri kedua itu dapat kesenangan suami dengan mudah, sedangkan mereka isteri pertama bergelut dengan zaman suami tak cukup duit masa ekonomi tak stabil.. tup tap suami nak kahwin lagi bila dah senang..

*jadi macam mana*

Boleh tak kita fikir macam ni, bahawa sesungguhnya kesenangan yang isteri kedua itu perolehi adalah rezekinya yang ditentukan Allah. Suami kita hanya wasilah untuk kita dan madu madu kita mendapat kurnia dan rezeki Allah yang luas...

Jadi insyaAllah kita mampu memadamkan bisikan hati yang mempertikai rezeki dari Ilahi, jua moga mampu menghindar rasa dengki dan iri..

Dan seterusnya, bukankah ia juga sangat mulia jika kita meletakkan di minda dan hati, bahawa kita juga mencintai untuk saudara kita , apa yang kita cintai untuk diri kita sendiri...? Jika kita suka diberi kesenangan dan kemudahan, kita suka juga madu kita diberi kesenangan..boleh...?

Demikianlah tazkeerah untuk saya dan kita semua ♥

(Waktu suami kita ekonomi meleset, tak stabil, memang amat sukar untuk terima hakikat suami berhajat menikah lagi. Bila suami dah senang dan stabil, ada juga ujian hati untuk kita kan... sesungguhnya kehidupan adalah ujian - melihatnya dari neraca tuhan - hati kan lapang dan tenang insyaAllah.)

Pembahagian Tuhan

 Surah Az Zukhruf ayat 32: “Apakah mereka yang membahagikan RAHMAT TUHANMU? Kamilah yang menentukan penghidupan mereka dalam kehidupan dunia, dan kami telah MENINGGIKAN sebahagian mereka atas sebahagian yang lain beberapa darjat, agar sebahagian mereka dapat memanfaatkan sebahagian yang lain. Dan RAHMAT TUHANMU lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan."

Sesungguhnya pemberian dan pembahagian Tuhan yang paling besar adalah nikmat islam dan iman. Ayuh kita suburkan pohon iman di hati, agar kehadiran kita di dunia ini mampu memberi teduhan iman kepada kehidupan orang lain.

Ayuh saya dan kita bersemangat memperbaiki ekonomi, moga kita dapat menyumbang dan bermanfaat dari segi ekonomi kepada insan-insan lain yang teruji.


Love,
Nurul





No comments:

Poligami: Sebelum Bercerai

#tipspoligami Poligami sangat berat untuk isteri hingga tidak sedikit yang melihat perceraian sebagai jalan keluar dari segala sakit h...