Sunday, April 17, 2011

Mak...saya nak nikah...


Beberapa tahun sebelum bernikah, saya mencari-cari kelebihan berkahwin awal supaya saya termotivasi untuk bernikah awal. Dan ditemui antara kelebihan berkahwin adalah ia menjaga kesucian diri dan hati. Memelihara pandangan dan kehormatan.

Ya, saya pun kemudiaannya berada di fasa yang sama dengan teman-teman, terdorong untuk bernikah untuk menjaga hati...(walaupun belum ada calonnya lagi).

Tapi saat ini, saya tidak memandang lagi semua itu sebagai KELEBIHAN berkahwin awal, tapi KEWAJIPAN dan KEUTAMAAN berkahwin awal.

“Susah sangat ke nak jaga hati…??”

“Kenapa tak sabar tunggu hingga habis belajar…??”

“ Tak payahlah selalu contact dengan lelaki tu kalau hati tak tenang..!??”

“Kan selalu ikut program agama, takkan boleh terjerumus maksiat….!??”

“Orang lain bercinta juga, tak lah sampai nak berzina…!??”

“Janganlah ikut sangat perasaan…”

Mungkin ini adalah antara dialog luahan-luahan mak ayah kita bila saatnya kita menyuarakan keinginan untuk bernikah di usia awal 20an.

Lantas kita merasakan ibu bapa tak memahami ‘situasi getir’ yang kita hadapi dalam era moden dunia tanpa sempadan.



Ya, memang ibu bapa kita kebanyakkannya tak faham..kerana kita juga tak berusaha untuk faham apa yang mereka faham.

Yang mak ayah kita faham, kita masuk universiti untuk belajar. Dan belajar. Dan belajar. Hingga dapat segulung ijazah. Kemudian dapat perkerjaan yang menjamin masa depan.

Kemudian berkongsi sedikit kesenangan dengan adik-adik dan famili. Kemudian, silakanlah merancang untuk pernikahan. Waktu itu, tenangnya hati mak ayah kerana kita telah ada pendapatan bulanan. Mungkin ada juga sedikit wang simpanan.

Mak ayah kita punya harapan dan perancangan sebegitu kepada anak-anak kerana MUNGKIN mereka membandingkan zaman pergaulan kita dengan situasi muda mudi zaman 70an dan 80an.

Sedangkan kita di ‘era depan’ 2010, 2011, 2012…

Kita tidak lagi di zaman public phone, perlu ada syiling yang cukup untuk meluah perasaan mencambah perasaan dengan ‘teman tapi mesra’ itu.

Kita tidak lagi di zaman mengutus surat menyatakan rindu sayang, jika bersurat, rasa rindu dan sayang hanya sampai kepada si dia setelah jiwa bergelora kita menjadi reda.

Komunikasi yang terbatas waktu dulu tidak memungkinkan perkenalan sebulan dua membawa kepada keinginan yang dasyat untuk berzina…!

Kita bukan di zaman perlu menunggu dan menaiki bas untuk keluar dating…

Kita bukan di zaman mengintai dari jauh buah hati yang sering diingat-ingatkan..

Namun, kita berada di zaman yang amat sukar kita tewaskan segala dugaan dan godaan, dengan lemahnya jiwa dan perasaan.



Mak ayah nampak macam kita menjaga pergaulan lelaki dan perempuan, namun hakikatnya saban waktu kita berdekatan lelaki dan perempuan, dengan terciptanya handphone, laptop etc di samping berkembang majunya cara berkomunikasi dan laman sosial.

Mula dengan saling berkenalan di alam kampus atau luar kampus, di alam maya atau alam nyata.

Ada handphone, boleh call dan sms berjam-jam melayan suka dan cinta yang mekar tumbuh di jiwa. Bila semakin rapat, boleh bermesra hingga menimbulkan keghairahan hanya melalui telefon..

"Abang.."

"Sayang.."

"Darling.."

"Muah muahss.."

Dari text "...dah makan, buat apa tu"  kepada..  "....sayang tidur pakai apa.."

"nanti call kejutkan bangun tahajud ya.. abang nak dengar suara sayang.."

Perasaan orang muda bertali arus dengan gelora cinta, wahai ibu ayah, kami tidak ada kekuatan menepis semua ini...

Kalau smartphone, lebih canggih dugaannya untuk menjaga kesucian hati dari segala kemudahan bercinta terhidang depan mata, hanya di telapak tangan.

Dulu ada komputer hanya untuk menyiapkan tugasan dan kerja-kerja sebaiknya.

Kini ada laptop atau komputer peribadi dilengkapi internet yang menjadi wasilah penting untuk mempertaut hati.

Pilih saja broadband yang bagus atau streamyx.. YM, facebook, twitter dan segala jenis social network ini melajukan curahan perasaan hingga tak mampu dikawal.

Curahan perasaan lambat laun membawa kepada bertukar-tukar gambar sendiri tanpa pakaian atau minima sekali… Gambar-gambar kaku kemudiannya dipanjangkan pada video sebenar…

Mak ayah mungkin tak faham dengan kewujudan video calls yang membolehkan bercinta bukan dengan hanya dengan pujuk rayu mesra, malah ada kebebasan untuk mempamerkan keindahan fizikal.

Dengan web cam yang jelas gambar dan cantik skrinnya, sendirian di bilik rumah sewa dan asrama masing-masing, siapa yang melarang untuk tidak membuka tubuh pada kekasih seperti malam pertama suami isteri..?

Tidak perlu menunggu bas untuk dating, si dia yang punya kereta bersedia mengambil dan menghantar… Di jalan-jalan sunyi, siapa yang kuat untuk tidak ringan-ringan sewaktu cinta kasih meluap-luap memenuhi perasaan…?

Jika di taman-taman dan kawasan peranginan jua jeram tak ada privasi bercumbu-cumbuan, siapa yang melarang untuk check-in di budget hotel RM9.90 semalam yang makin banyak di sekeliling tempat belajar dan tempat kerja kalian..

Mak dan ayah, kalaupun kami tak berpacaran, di jalanan banyak perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang hingga jiwa kami menjadi resah gelisah.. (ya, ia kesalahan kami tidak merendahkan pandangan)..

Mak dan ayah, kami tidak mahu terlibat dengan pacaran, namun teman-teman sekeliling banyaknya yang dah 'berdua', kami teringin juga sepertinya..

Mak dan ayah, inilah zaman yang kami berada di dalamnya. Tidaklah kami sekadar menyalahkan zaman, namun kami mencari alternatif menguatkan jiwa dan perasaan.

Kami ingin bernikah, bantulah kami menjaga sekeping iman dan akhlak yang makin hilang dengan segala kecanggihan hidup yang datang…



Kami ingin bernikah, bantulah kami berumahtangga agar pengajian berjaya diteruskan dan rumahtangga dipelihara dengan matang.

ALLAH berfirman, “…jangan dekati zina…” namun ke manapun kami berpusing, kami seolah-olah terlalu dekat dengan zina..

Kami akui kelemahan kami, kami akui kesilapan kami, bantulah kami mencari kehidupan yang suci dan tenang.. Bantulah kami untuk terus di atas jalan kebaikan.





18 comments:

izzah said...

mudah2an Allah permudahkan jalan untuk 1 ikatan perkahwinan yang barakah..Rabbi yassir wala tu 'assir.thanks kak nurul,1 lagi artikel yg sgt bermotivasi.

Sophie said...

mashaAllah... kita sependapat. niat hnya 1, memelihara hati. pjelasan yg bagus...

Anonymous said...

saya amat2 bersetuju dgn pendapat ini

ena meina said...

saya setuju ngn pndpt ini
tp bkn mudh nk nikah
sb sblm nikah mcm2 kita perlu bersedia cth mcm duit dan tggjwb.
skrng sume bnde perlukn duit t'msuk lh nk kawen..huhu.

bersama kak Es said...

kak Es setuju sangat2..

nak zuriat yang elok dan baik..bukan bermula dari perut bahkan dari mula bibit perhubungan.

flash kuning said...

Subhanallah, sgt setuju dgn Kak Es berkaitan zuriat tu. absolutely true!

Secerah Pawana said...

nikah sering kali dilihat sebagai jalan keluar fitnah akhir zaman. tapi sedih sekali bila ramai yang tak betul-betul menghayati amanat dan tanggungjawab yang tergalas sejurus selepas akad. takut zina, nak nikah. takut zina, nak nikah. puasalah dulu? tak menjadi? perbetulkanlah puasa. tak jadi jugak? maka nikahlah.

Nurul Adni Adnan said...

Terima kasih semua atas pandangan dan perkongsian, saya sangat hargai :)

sama-sama kita fikirkan dan saling mengingatkan, bagaimana seharusnya kita memelihara hubungan lelaki perempuan dari terus tercemar~

hairuha said...

As salam,

Saya baru terbaca entry ni. Zaman saya jadi student dah hampir 10 thn berlalu. Mmg apa yg saudari katakan benar belaka. Saya takut hidup membuat dosa dan berkhawin pada umur 22 thn. Suami pula waktu itu berumur 27thn. Banyak onak dan duri kami lalui bersama.... alhamdulillah kini kami bahagia :)

Anonymous said...

mohon share

Nurul Adni Adnan said...

Ayuh saling menjaga akhlak dan keimanan..

Pada yang telah berkahwin, kita hargai perkahwinan ini, usahakan kebahagiaan.. sesungguhnya kebahagiaan rumahtangga tidak datang dengan mudah...

Pada yang belum berkahwin, nikmati alam bujang utk jadi lebih baik, dan teguhkan akhlak..

cahaya mata said...

ermm sejak umur 20 lagi saya nekad nak kawen awal... tapi sehingga skrg masih belum bertemu jodoh...sebenarnya saya yakin Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buatb hambaNya.. kehadiran jodoh/perkahwinan itu suatu ujian...lambatnye jodoh itu juga satu ujian...

Nurul Adni Adnan said...

buat cute 1986, bersabar dan berusaha ya..

1- sabar menanti jodoh

2- berusaha menjadi dan mencari jodoh yg baik..

:)

Mohd Hasimi Mahmud said...

Subhanallah..posting yang cukup bagus..

Anonymous said...

mohon share..terima kasih..:)

FARA said...

benar sebenar benarnya..:)

Si Pari-Pari said...

Akak, boleh terangkan ini pada mak ayah saya? mereka tak tahu.

miss bOoLat_cUmeL said...

Assalamualaikum..saya juga ingin menyatakan hal ini kepada ibu saya dan kakak saya tapi saya takut akan kesannya.. Saya ingin mengelak dari tersasar..tapi saya bingung..mungkin situasi saya tidak sama dengan orang lain. Saya berhajat ingin berbicara dengan akak untuk meminta pandangan..

Poligami: Sebelum Bercerai

#tipspoligami Poligami sangat berat untuk isteri hingga tidak sedikit yang melihat perceraian sebagai jalan keluar dari segala sakit h...