Tuesday, January 6, 2015

Poligami Dan Minta Cerai


Antara isu yang ditimbulkan dalam grup poligami baru baru ini ialah,

Kenapa isteri pertama akan minta cerai kalau suaminya berkahwin lagi tetapi, di kemudian hari mereka bersedia pula menjadi isteri kedua pada lelaki lain...? (Memang ada beberapa kes begitu)

Saya berkongsi pandangan bahawa sebenarnya normal kalau isteri pertama itu bila diceraikan, dia kemudian sanggup menjadi isteri kedua. 

Pada pandangan dan pengalaman saya- Isteri kedua berada di posisi menerima, menjadi isteri kedua kurang atau tiada dugaan perasaan dari segi rasa kehilangan dan tak melalui fasa hakikat nak share kebaikan, perhatian, tubuh badan dan kemesraan suami selama ini - akan turut dinikmati perempuan lain isteri kedua .

Bila dilamar sebagai isteri kedua , isteri kedua(termasuklah isteri yang pernah bercerai sebab tak nak bermadu) secara psikologinya akan rasa diperlukan, rasa dihargai, rasa diberi perhatian, rasa dicintai... rasa positif dan memperoleh motivasi dan kekuatan untuk melangkah ke alam pernikahan.

Berada di posisi isteri pertama pula, rasa sebaliknya. Rasa suami tak perlu lagi dia, rasa suami dah tak sayang dia, merasa bahawa perhatian suami akan beralih pada isteri baru..etc rasa negatif yang buat jiwa sedih dan sakit.

Maka kalau isteri pertama kurang bersedia dari segi ilmu dan kekuatan emosi, juga tak ada support sahabat-sahabat beriman yang empati - memang isteri pertama cenderung minta cerai hampir setiap hari sebelum dan selepas suami bernikah lagi.

Isteri pertama sudah sekian lama berseorangan menikmati kebaikan dan kemesraan suami , jadi pastinya rasa sangat perit dan berat perasaan menerima hakikat suami akan menyayangi dan memesrai perempuan lain bernama isteri juga.

Sekali lagi, Kerana gelojak perasaan yang hebat itu lah mendorong isteri minta cerai ..syaitan durjana menyimbah minyak pada jiwa berapi padahal waktu isteri tenang fikirannya, Tak sanggup nak bercerai, hakikatnya nak cakap yang , 

,"abang . .Please bagi perhatian dan tubuh badan kat sayang sorang je .." atau waktu bertenang, isteri pertama nampak kebaikan poligami dan mahu berkongsi kebaikan suami seadanya.

Dan banyak lagi persoalan meletup-letup timbul di pemikiran isteri pertama yang boleh ditenangkan dengan ilmu, iman dan munajat tulus pada tuhan.

Isteri kedua pun, kalau suami akan nak kahwin yang ketiga , sangat berpotensi akan rasa down, marah, sedih dan berpotensi minta cerai . Sebab rasa tak nak suami mencintai dan memesrai isteri ketiga.. Tak nak memberi lagi, tak nak berkongsi lagi..cukuplah ada madu isteri pertama saja.

Faktor syaitan juga memainkan peranan besar untuk gagalkan niat baik berpoligami... syaitan mengerumuni isteri pertama/isteri kedua agar minta cerai atau berakhlak buruk pada suami dan madu. Kerana seandainya poligami itu berlangsung harmoni, poligami sebenarnya sangat bermanfaat pada lelaki, wanita dan ummah ini seluruhnya.

Syaitan akan pecah belahkan kasih sayang dalam rumahtangga supaya poligami tidak terjadi atau tidak bertahan lama..

Namun orang-orang mukmin yang meyerahkan seluruh hati dan kehidupannya pada ALLAH akan menang atas syaitan insyaALLAH..

Berada di posisi memberi, samaada sebagai isteri pertama, kedua atau ketiga- sangat sangat berat , menjadi suami di alam poligami juga sangat perlu bantuan Allah.. hanya iman pada Allah dan mengharap syurgaNya menjadi pemujuk dan kekuatan hati . ..


Poligami: Mengharap Kesempurnaan Suami...?

::  Sesungguhnya rezeki masa, duit, seks, kasih sayang dan kemesraan seorang suami kepada isteri telah diatur ALLAH dengan cukup dan sempurna - ia bukan bertambah atau berkurang dengan hadirnya madu - hanya saja, bagaimana kita berusaha meraihnya...? Moga ALLAH selalu menunjuki kita semua  ::


"Bukan saya tak bagi suami kahwin lagi, tapi..."

- 'Kewangan tak cukup.. saya yang banyak tolong suami dalam bab duit..'

- 'Hubungan seks hambar atau dah lama dingin..atau saya tak pernah puas dengan suami..kenapa nak kahwin lagi kalau tak mampu cukupkan keperluan  saya?'

- 'Suami tak ada masa banyak untuk isteri dan anak anak.. ada masa pula untuk isteri baru...??+×@#$&^%'

- 'Suami tak selalu tolong pun isteri di rumah, nak kahwin lagi sebab nak tolong ibu tunggal tu...? ?&^#*'

Sesungguhnya kalau kita mencari suami sempurna macam yang kita nak, memang sampai bila pun kita tak jumpa..sebab tak ada manusia sempurna.  

Dan pertanyaan lain untuk saya dan kita bernama isteri, kalau suami sempurna pun - adakah kita akan mudahkan suami berkahwin lagi? 

"..abang, saya cukup semuanya dari abang, cukup duit, cukup perhatian, cukup seks, cukup segalanya..abang baik dan bertanggunngjawab... silalah abang berkahwin lagi.."

...akan begitukah? ...Tak juga.. ..kan? 

Pada pandangan saya, isu kewangan, kualiti masa dalam rumahtangga, isu suami bantu kerja rumah, kemesraan dan hubungan intim dan aspek aspek lain rumahtangga adalah sangat bergantung pada komunikasi berkesan dengan Allah dan komunikasi telus dengan pasangan. 

Dan ia adalah isu yang perlu diuruskan, dibincang, dicari penyelesaian secara berkala, secara bulanan atau mingguan dan dari awal perkahwinan lagi - kerana alam rumahtangga ini bukan statik tak bergerak. Rumahtangga adalah work in progress. Perlu dipantau, dibaja dan disuburkan.

Akan ada masa bahagia dan tenang , ada masa diuji dengan kesulitan, kesakitan, kekurangan dan apa saja yang mengganggu jiwa suami dan isteri..akan terganggu  kelancaran dan keharmonian rumahtangga.

Kalau dari awal kahwin tak pernah berkomunikasi dengan baik isu-isu yang disebut, poligami akan dikambinghitamkan oleh suami dan isteri. 

Suami ada masalah dengan isteri, hanya nampak cari isteri baru dapat selesai masalah, dapat lebih tenang..? Hakikatnya isteri baru itu akan ada pakej masalah dan cabaran dia tersendiri- sama macam isteri pertama yang dilihat banyak kekurangan.

Isteri pula bila suami dah nak kahwin lagi, akan bentangkan semua kelemahan suami ..? Sedangkan sepatutnya  dari awal kahwin sama sama telus memuhasabah kebaikan dan kelemhan, dan memperbaiki kelemahan..

Isteri kedua perlu bersedia, sebaik melangkah masuk perkahwinan akan hadapi cabaran dari pihak suami, dari pihak madu dan cabaran dari diri sendiri juga yang tak ada pengalaman  - nanti kalau serabut dengan rumahtangga jangan terus buat kesimpulan bahawa diri rasa tak bahagia sebab poligami.

Saya dan kita semua perlu jujur mencermin diri sendiri- ambil senarai 20 ciri suami/ isteri yang membahagiakan (boleh tengok buku atau google) - check berapa ciri yang kita ada. Fokus kelemahan diri sendiri, baiki sungguh sungguh. 

Fokus kebaikan pasangan, syukuri dan berusaha membalas kebaikan pasangan kerana Allah.

Suami kita memamg tak sempurna, sama macam diri kita yang banyak cacat cela. 

Tak kiralah di alam poligami atau monogami- sungguh beruntunglah insan yang selalu nampak kelemahan  diri, berusaha perbaiki diri kemudian sama sama menjadi teladan baik pada pasangan dan anak anak untuk menjadi lebih baik sebagai hamba Tuhan.

Kesimpulannya, poin saya untuk perkongsian kali ini ialah, kalau kita nak tunggu suami bagus semua dan sempurna semua aspek, memang poligami takkan terjadi - sebab suami banyak kekurangan. Tetapi Allah benarkan poligami pada lelaki dengan syarat berlaku adil ( disebalik kelemhan-kelemahan yang dimiliki.) Jadi kelemahan suami bukan alasan untuk menghalang suami menikah lagi.

(Dan perkongsian tambahan juga, hikmah kenapa poligami tak perlu izin isteri ialah, sampai ke akhir hayat memang susah isteri nak izin dan restu. Kalau wajib dengan izin isteri, memang poligami takkan terjadi..

Tetapi suami yang baik dan bertanggungjawab akan memberitahu isteri untuk bernikah lagi, dan membantu isteri untuk belajar redha dan menerima.. isteri juga perlu belajar bagaimana untuk bersikap baik atas ujian yang tidak digemari ini kerana adalah pasti ujian dan syariat yang diizin Allah ini satu hati nanti dirasai juga kemanisannya.)





Thursday, December 25, 2014

Jalan Jalan Bajet Kuala Lumpur



Alhamdulillah hari ni 25hb Disember Allah rezekikan ke Planetarium  Negara dan Taman Tasik Perdana dengan anak-anak dan abang kakak ku bersama anak anak mereka juga. Mak , Muhammad dan Najwa pun ikut sama.

Jalan jalan bajet bagi kami kerana tiket dewasa RM6 dan kanak kanak bawah 12 tahun RM4 untuk masuk Planetarium dan taman tasik percuma tentunya..!! ..Murahlah bagi kami, harapnya murah bagi kalian yang mencari idea jalan jalan bajet juga.. :D

Dan berdekatan planetarium  itu ada Taman Tasik Perdana yang ada taman rusa juga..masyaAllah Alhamdulillah  anak anak saya Abdullah abdurrahman dan sepupu sepupunya itu semua gembira dapat tengok rusa kemudian berlari riang tepi tasik. Ada playground besar juga..!

Kami park kereta di laman Memorial Tun Razak , di situ ada cafe juga. Kami lunch di cafe itu bila survey harga masakan panas dan nasi campurnya antara 5 ke 6 ringgit sepinggan. Ok cukup bajet bagi kami seramai 5 dewasa dan 6 kanak kanak ..total lunch makan minum RM 46.. :D

InsyaAllah nanti pasti datang lagi ke area Jalan Perdana ni sebab ada taman taman lain juga..segar dan lapang dan cantik alhamdulillah..dan bajet okay . .lebih penting, anak anak gembira bermain dan explore dunia..!!
Taman Tasik Perdana yang indah masyaALLAH :D








Menara Tinjau Planetarium


Planetarium Negara


Taman Rusa :)

Thursday, December 11, 2014

Tips Bisnes Online Irfan Khairi



Tips Bisnes Online dari Jutawan Irfan Khairi (yang saya dengar pagi ini di TV1 dan dapat pelajaran - olahan sendiri):

1- Penting untuk membina jenama dan kredibiliti dalam bisnes - tapi kurangkan promosi produk di laman sosial seperti facebook. Sebaliknya bagi informasi yang banyak, sebab orang sekarang suka mencari informasi/maklumat online yang membantu mereka. Disebutkan juga, bahawa dalam Sehari purata dua ribu iklan kita nampak dan dengar, orang dah penat nak tengok iklan promosi barang di fb..

2 - Kegagalan memang akan lebih banyak dari kejayaan. Orang yang berjaya akan banyak gagal. Dari gagal itu manusia akan belajar, kerja keras dan perbaiki diri. Logiknya juga, perniaagaan yang betul perlukan usaha keras dan banyak pengorbanan. Tak boleh nak jalan mudah atau cepat seperti Skim Cepat Kaya.

Pengalaman Irfan Khairi sendiri, Setahun pertama bisnes online, hanya ada 3 pelanggan saja. Tapi tetap teruskan bisnes sebab minat. Akhirnya perlahan lahan berjaya. Ia tidak semudah yang orang sangka, tegas beliau.

3 - Orang selalu tanya, Apa bisnes untuk cepat kaya? Jawapnya, Buat bisnes yang kita suka supaya tak putus asa. Tak ada jalan pintas untuk kaya.

Buat research apa permintaan pelanggan. Tampung ruang kosong yang ada dalam bisnes. Contohnya, kalau ramai orang jual tudung/shawl, kita jual produk muslimah lain seperti seluar etc.

4- Ilmu adalah asas segala-galanya. Perniaagaan perlu ilmu agar kita boleh kuat dan konsisten.

Jika bisnes online seorang diri di rumah, akan cenderung lemah semangat - jadi join grup bisnes atau seminar seumpama nya, untuk tambah ilmu dan kekalkan semangat.

5- Jangan salah sasaran produk. Kalau sasaran kita adalah wanita bergelar ibu, jual produk ibu dan anak anak , bukan jual produk orang lelaki.

6- Konsisten. Laburkan wang dan masa untuk rajin update barang di blog.

7 - Kajian menunjukkan; Buku berada di tempat teratas barangan paling laris dijual online. Kedua; pakaian, kasut dan aksesori wanita. Ketiga, Barangan elektrik.Keempat, Tiket kapal terbang. Seterusnya, tak sempat catit.

Catatan tambahan lain: Irfan khairi memberi markah 9/10 untuk dirinya dalam bab disiplin. So saya boleh muhasabah diri kalau bisnes tak maju maju ..heee 

Dan Irfan Khairi alhamdulillah dikurnia isteri yang sangat mendokongnya dalam bisnes online. Menjadi pembantu peribadi yang mengurus dirinya dan anak anak. Moga Allah merahmati keluarga mereka atas ilmu bisnes yang banyak dicurahkan 

Moga bermanfaat perkongsian ini 





:: Moga produk bisnes saya ini membantu diri sendiri dan bermanfaat untuk ummah ::





Diskusi Poligami : Kehendak atau Keperluan



Dalam  jemaah  dan  ngo  yang  mengumpul  data dan info  latar belakang ahli -  pasti  dapat  melihat peratusan  famili  poligami  yang  bertambah  secara senyap  atau  terbuka ; secara  terpandu  atau  sebaliknya.

Saya  sebagai  salah seorang 'orang  kuat'  poligami  pastinya  sangat  menghargai dan menggalakkan program  sebegini, atas  sebab ia MEMBANTU dan MENYEDIAKAN RUANG untuk :

1) Mempersiapkan  suami dari segi ilmu  kepimpinan  dan  pengurusan  keluarga poligami di  samping  misi  dan  visi mereka untuk  menyumbang  kepada  masyarakat

2) Support  isteri pertama yang  melalui  cabaran  emosi  dan psikologi  yang  hebat sebelum dan selepas poligami seterusnya  mengekalkan keharmonian  yang terbina sebelumnya

3) Membimbing  isteri  kedua agar  membangun  potensi  diri sebaiknya  agar dapat menyokong suami  dan isteri/  isteri-isteri sedia  ada

4) Memberi  ilmu dan kesedaran  kepada  masyarakat  umum supaya  respon  mereka  kepada  ahli  keluarga  terdekat yang  berpoligami  membantu  keharmonian  bukan  makin  memburukkan.

Moga ilmu dan perkongsian di dalam program ini dirahmati dan Agar  poligami yang dibina  dengan  niat dan cara yang baik memberi  'nilai  tambah'  yang  benar  benar  bernilai kepada  masyarakat dan  ummah  ini ...



Thursday, December 4, 2014

Mengingat Kematian. Memberi erti pada hidup ini.



Kadang kadang kita rasa semangat makin menurun. .dan susah nak push diri. Tapi kena juga push diri untuk Memanfaatkan sisa masa dipinjamkan Allah ini.. ingatilah mati. Esok belum tentu milik kita.

--

Dulu setiap hari raya kami sekeluarga ke kubur, tapi bila saya dah share dengan abah dan mak saya tentang 'tak elok' nya ke kubur pada hari raya - abah mak pun faham dan tak adalah ajak kami adik beradik ke kubur lagi.. jadi bila raya, kita ikut sunnah Rasulullah saw beraya ya.. Bukan pergi tahlil di kubur .

(Mungkin sesetengah orang sukar nak terima isu macam ni, sama juga macam saya..Apatah lagi dari kecil kita membesar dengan nya..tahlil kematian, tahlil di kubur, tahlil dan yasin malam jumaat..Jom kita ubah dengan ilmu, ubah kepada yang Rasulullah saw cinta, bukan biasakan diri dengan amalan semata kerana ikut saja dari kecil. )

---

Tapi selain hari raya, sangat elok pergi kubur, supaya fokus hidup dapat kita luruskan, dan supaya hati perempuan saya ni tak beremosi hanyut lama lama .. (pergi kubur BUKAN waktu raya elok kan?kalau salah, betulkan statement saya ni)

Ini sedikit perkongsian tentang ziarah kubur:

Adab-Adab Ziarah Kubur

[1] Membetulkan Tujuan Ziarah Kubur.

Tujuan ziarah kubur ialah supaya ia memberi manfaat kepada penziarah dan bukan yang diziarah. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

Dahulu aku telah melarang kalian dari menziarahi kubur, sekarang berziarahlah kerana sesungguhnya ia dapat melembutkan hati, menitiskan air mata dan mengingatkan kepada Hari Akhirat. Akan tetapi janganlah kalian berkata-kata dengan perkataan yang keji dan batil.(Hadis hasan)

Oleh kerana itulah kita turut dibolehkan menziarahi kubur orang bukan Islam kerana yang dikehendaki ialah manfaat bagi penziarah dan bukan yang diziarah.

Abu Hurairah radhiallahu ‘anh menerangkan:

Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pernah ziarah ke kubur ibunya lalu baginda menangis dan orang-orang di sekeliling baginda turut menangis. Maka baginda bersabda: “Aku pernah meminta izin Tuhanku untuk meminta ampun kepadanya namun aku tidak diizinkan. Aku pernah meminta izin kepada-Nya untuk ziarah kuburnya dan aku diizinkan. Maka ziarahlah kubur kerana sesungguhnya ia mengingatkan kalian kepada kematian.”(Hadis sahih)

Berdasarkan hadis di atas dapat kita pelajari bahawa:

Dibolehkan ziarah kubur orang bukan Islam.

Dilarang berdoa kepada ahli kubur orang bukan Islam.

Tujuan ziarah ialah mengingatkan penziarah kepada kematian. Sekali lagi, tujuan ziarah ialah supaya memberi manfaat kepada penziarah dan bukan yang diziarah.

Jika seseorang itu ingin memberi manfaat kepada ahli kubur yang muslim seperti berdoa dan menghadiahkan pahala, dia boleh melakukannya di mana jua. Ini kerana yang akan mengabulkan doa dan memberikan pahala ialah Allah Subhanahu wa Ta'ala dan Allah boleh melakukan semua itu tanpa mengira di mana lokasi jenazah.






Akhlak Baik. Petanda Insan Berilmu.



Pesanan ini sangat penting. Untuk diri saya. Dan sahabat semua.


Dalam suasana elok, tenang, dan lancar - semua kita mampu tampil sabar, berlemah lembut, senyum dan bercakap/menulis sopan santun. Mampu kah kita tetap menjaga akhlak sewaktu orang lain memprovok api kemarahan di hati ini atau kita turut mencela orang lain sewaktu mereka mencela kita..

Muhasabah diri ♡♡♡

"Dan mereka (al-firqoh an-najiah ahlus sunnah wal jama'ah) menyeru kepada (penerapan) akhlaq yang mulia dan amal-amal yang baik. Mereka meyakini kandungan sabda Nabi saw "yang paling sempuna imannya dari kaum mukminin adalah yang paling baik akhlaqnya di antara mereka". 

Dan mereka mengajakmu untuk menyambung silaturahmi dengan orang yang memutuskan silaturahmi denganmu, dan agar engkau memberi kepada orang yang tidak memberi kepadamu, engkau memaafkan orang yang berbuat zaalim kepadamu, dan ahlus sunnah wal jama'ah memerintahkan untuk berbakti kepada kedua orang tua, menyambung silaturahmi, bertetangga dengan baik, berbuat baik kepada anak-anak yatim, fakir miskin, dan para musafir, serta bersikap lembut kepada para budak. 

Mereka (Ahlus sunnah wal jama'ah) melarang sikap sombong dan keangkuhan, serta merlarang perbuatan zalim dan permusuhan terhadap orang lain baik dengan sebab ataupun tanpa sebab yang benar. Mereka memerintahkan untuk berakhlaq yang tinggi (mulia) dan melarang dari akhlaq yang rendah dan buruk"

Poligami: Sebelum Bercerai

#tipspoligami Poligami sangat berat untuk isteri hingga tidak sedikit yang melihat perceraian sebagai jalan keluar dari segala sakit h...