“...Jadilah kalian hamba-hamba ALLAH yang bersaudara." (Hadis Riwayat Muslim)
Friday, November 15, 2013
Menanti filem kita ditayangkan...
Thursday, November 14, 2013
Syahadah bukan sekadar ujian PAFA.
Hinggakan bila nak bernikah, calon suami hanya disuruh tok kadi MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH... Yang budak 3 tahun pun boleh ucap..........
Yang beri kita bahagia adalah ALLAH. Yang memberi kita rasa sakit kecewa juga adalah ALLAH.
Jadi saya terfikir tentang syahadah, bahawa hidup kita tidak fokus pada ALLAH Yang Esa. Kita hidup husband-oriented. Bukan ALLAH oriented.
Dan kita wanita, isteri, ibu - tak bersikap dan tak berperilaku seperti apa yang Rasulullah saw ajar..maka tunggang langgang lah hidup kita.. terseksa, jadi mangsa, dizalimi pasangan malah ramai juga antara kita menzalimi suami dan anak-anak kerana kita jahil syahadah. Kita tak kenal ALLAh. Apatah lagi mencintai ALLAH.
*bersambung*
It is so much deeper.
It is about the Oneness of purpose, of fear, of worship, of ultimate love for God. It is the oneness of vision and focus. It is to direct one’s sight on one singular point, allowing everything else to fall into place....
One of the most beautiful traditions of the Prophet ﷺ captures this concept perfectly.
He ﷺ said: “Whoever makes the Hereafter his preoccupation, then Allah places freedom from want in his heart, gathers his affairs, and Dunya (worldly life) comes to him despite being reluctant to do so. And whoever makes Dunya his preoccupation, then Allah places his poverty in front of his eyes, make his affairs scattered, and nothing of the Dunya comes to him except that which has been decreed for him.” [At-Tirmidhi]
...for the ones who focus on Allah, the dunya comes to them, and Allah puts contentment in their hearts. Even if they have less, they feel rich, and are more willing to give from that wealth."
Monday, November 11, 2013
Nak jadi cantik & hensem?
Seorang muslimah berkongsi rasa rendah diri nak isi borang baitul muslim, sebab rasa diri dia tak cantik. Tak sanggup melalui fasa rejection. Apatah lagi bila melihat beberapa muslimat lain yang dah bertemu jodoh melalui unit baitul muslim ini kebanyakannya comel, dan putih gebu : O
(Untuk yang tidak tahu, borang baitul muslim adalah borang untuk...
Jadi semalam bila menghabiskan masa dengan 4 orang gadis Kelantan dan Negeri Sembilan, saya seperti biasa memberi kursus kahwin percuma, dan tazkeerah untuk diri sendiri juga heee..
'Memanglah bila nak kahwin kita rasa nak suami hensem atau isteri cantik seksi jelita.. tapi bila dah kahwin....'
Sambung Syafina Adnan:
Ya, saya setuju. Kalau lelaki nak nampak hensem, pertama dengan akhlak baik.
Perempuan, untuk nampak cantik juga adalah dengan akhlak.
"Samalah juga dengan isteri..memanglah suami suka isteri jaga kecantikan muka dan badan..tapi suami lebih bahagia kalau isteri jaga hati suami.. dengar kata, cakap lemah lembut, boleh masak yang simple dan sedap, pandai jaga diri dan rumah, selalu berwajah manis, memahami..pandai menenangkan suami ..."
"Kalau muka cantik pun, tapi asyik tunjuk muka masam, menjeling jeling marah kat suami, menjerit jerit, berleter, tak pandai urus rumah dan anak...jatuh terus nilai cantik.."
Seperti my honey cakap, rupa yang tak cantik boleh dicantikkan dengan peribadi yang baik..
Dan rupa yang cantik boleh nampak bertukar sebaliknya dengan akhlak buruk..
Jadi pada lelaki dan perempuan yang rasa kurang cantik..jangan sedih sedih ok.. ramai kat luar sana mencari akhlak dan peribadi baik untuk dijadikan suami dan isteri.. jom kita fokus baiki akhlak dan peribadi ..!
Friday, November 8, 2013
Belajar. Dan terus belajar.
Setiap hari, kita semua perlu belajar. Atau belajar semula. BELAJAR DAN BELAJAR SEMULA.
“The capacity to learn is a gift; the ability to learn is a skill; the willingness to learn is a choice.”
__________
BELAJAR bermaksud kita mencari ilmu tentang apa yang kita tak tahu. BELAJAR SEMULA bermaksud, kita mencari ilmu baru tentang sesuatu yag kita faham suatu ketika dulu, dan mungkin kita ada kesilapan.
Apapun, ini hanya tafsiran sendiri (nanti saya explain lagi), tidak diluluskan oleh mana-mana kamus Dewan ok :D
Belajar dan belajar semula ini, seperti tazkirah yang dikongsi Aisyah madu saya hari tu, sangat-sangat perlu sebagai salah satu cara untuk merawat stress dan depression.
Bila kita stress atau tertekan dengan sesuatu perkara, selain kita berdoa dan bersabar - kita perlu belajar memperbaiki keadaan. Kita tidak boleh duduk diam saja melayan perasaan sedih, kecewa serta duka lara - dan mengharap masalah berlalu begitu saja. Tidak, kita perlu berbuat sesuatu :)
Mungkin saya boleh bagi contoh yang saya sendiri alami.. contoh stress saya :D
Contohnya gaduh dengan anak waktu makan, mandi dan tidur. Dulu saya stress asyik gaduh dan marah-marah bila Si Abdullah anak bujang saya 3 tahun itu tak nak makan walau badan kurus kering. Mama yang asyik makan dan habiskan makanan dia. Manalah saya tahu yang sebenarnya budak-budak sebahagiannya memang susah nak makan..bukan semua kanak-kanak. Beruntunglah kalian yang anak-anak makan berselera, mesti mama dia masak sedap dan pandai masak hee alhamdulillah :D (ni pun saya stress sebab tak pandai masak )
Ok jadi saya pun belajar lah macam mana nak bagi anak makan tanpa berperang..banyaklah tips saya baca kat google. Yang paling berkesan ialah............................. dia akan makan bila dia saaaaaaangat lapar..!!!! tak payah gaduh...!!! Simpan je makanan untuk dia, nanti dia lapar, dia minta makanan dan makan sungguh-sungguh... tapi antara tips lain ialah, mama kena kreatif mengenal dan menyediakan makanan yang anak-anak suka.. ni pun mama kena belajar :p
Waktu mandi atau apa-apa agenda untuk anak-anak, perlu komunikasikan dengan mereka. Saya belajar - kena ada rutin, sebelah pagi dan petang lepas asar misalnya. Kena komunikasi kan dengan anak-anak yang lepas sarapan -perlu mandi dan gosok gigi sebelum tengok kartun/main/mewarna etc. Waktu mandi jangan paksa anak-anak, sebaliknya ajak anak mandi elok-elok, pujuk atau buat macam mandi is fun. Tak adalah lagi gaduh-gaduh..saya bagi dia bawa toys yang sesuai ke bilik air asalkan dapat mandi wangi-wangi dan bersih tanpa adegan jerit-jerit huhu
Nak tidur pun kena set atmosphere yang sesuai, peluk-peluk, sembang baik -baik..etc kena bagitahu anak jangka masa nak tidur supaya minda dan tubuh aktif dia dapat bertukar. Dan kita boleh minta bantuan suami pujuk anak untuk tidur juga.. Saya belajar yang anak-anak seusia ini sangat banyak energy terpendam sebab tu boleh berlari, melompat, menjerit tak ingat dunia..kita kena belajar macam mana nak tackle. Belajar dan belajar.
Semua kebanyakannya saya belajar di google, yang penting B.E.L.A.J.A. R.
Benda remeh kot pasal makan, mandi, tidur anak. Tapi kalau tak tahu macam saya, pergilah belajar dari google, parenting class atau tanya mak ayah lain yang berpengalaman :D jangan gaduh-gaduh, stress dan marah-marah..
semua orang ada ilmu, kelebihan dan kekurangan masing-masing kan ..? ;)
___________
Bab menjadi isteri, laaaaaaagi banyak saya kena belajar. perlu belajar untuk sabar dan bahagia di alam pernikahan. perlu belajar untuk harmoni di alam poligami. Teori sangat tak sama dengan realiti. Contohnya, antara teori isteri solehah kita tahu- sentiasa berwajah manis dengan suami. Fuh.. sangat susah rupanya.. kalau emosi dan fikiran kita terganggu berkaitan relationship dengan suami atau anak-anak, mana boleh nak senyum. Habis tu, takkan nak masam muka pula,...?
Jadi, belajar lah untuk share perasaan dan fikiran kita dengan suami. dan suami bukan macam kawan perempuan kita yang boleh sembang dengan kita non-stop 3-4 jam... ;D Maka untuk isteri rasa lega, happy dan bersemangat semula - perlu belajar untuk meluah perasaan pada suami, seorang lelaki, dengan bahasa, nada, ayat, intonasi yang tepat dalam tempoh paling lama 15 minit, pada masa yang sesuai dan bertenang, supaya kita isteri boleh senyum dan ceria semula menghadap suami.... :D :D :D
Haaa???
-----------------
Macam tu juga untuk hidup tenang tanpa stress dalam kehidupan sehari-hari, dalam interaksi di tempat kerja atau di rumah , boleh baca dan belajar e.g what the happiest people do at work, belajar psikologi orang tua dan orang muda, belajar cara connect dengan anak-anak, belajar masak, belajar kemas rumah etc..
Perlu belajar untuk kehidupan lebih tenang dan bahagia :) Belajar ke hujung nyawa..!!
“Indeed, Allah will not change the condition of a people until they change what is in themselves.”
"Man has free will in the things he has knowledge about, but is pushed forward by other forces in the things he has no knowledge about. In other words, his freedom increases whenever his knowledge increases."
Monday, November 4, 2013
Tolong jaga mulut, mata dan telinga
Tolong jaga mulut, mata dan telinga..!
Tolong...!
Nasihat ini terutamanya untuk saya..!!!
Saya suka bercakap..boleh tak saya dan kita bercakap hal yang baik-baik dan positif saja?
Jangan mengumpat, jangan bergosip, jangan bercerita hal buruk dan aib orang lain, jangan sampaikan semua benda yang kita dengar - melainkan ada nilai tambah untuk iman kita dan orang lain. Well, selalunya tak ada :O
Jangan buat intro, "aku sebenarnya bukan nak mengumpat.." dan lepas tu bermulalah sesi mengumpat kita sejam dua...
Jangan lupakan, kita ada malaikat mencatat setiap butir kata di sisi...
___
Jaga mata.. ohh ini pun susah.. kadang kita bising bila suami kita asyik menjeling dan melihat perempuan lain. Tapi kita tak sedar kalau kita sendiri tak jaga mata..tak berkedip tengok hero drama kat tv, tak berkedip memuji suami orang lain, " hensem gila laki dia..!", kadang kita tak sedar merenung kekacakan ustaz di kaca tv tu... astagfirullah..
apatah lagi kita berada di zaman lambakan media sosial, di mana gambar dan movie lucah atau 'separa lucah' dah tak di kira apa-apa... bahan-bahan haram ditonton semudahnnya, tersebar sebanyaknya - hanya iman yang mampu menahan kita dari semua ini..
____
Wahai telinga..jauhkan dari mendengar sembang-sembang negatif dan berdosa. Saya ingin mendidik telinga ini agar cinta mendengar ayat quran atau majlis ilmu di youtube dan di mana mana. Agar telinga ini cinta mendengar nasihat orang lain.
Temanku yang disayangi, untuk jaga telinga, mulut dan mata - kita perlu lingkungan kawan-kawan yag baik..Boleh tak kita persiapkan diri kita untuk mejadi rakan yang baik itu?
Contohnya untuk jaga mulut, Selain berdoa, kreatiflah mengubah majlis mengumpat kita jadi majlis menasihati sesama diri sendiri,
"Eh,,apa perangai buruk aku yang kau nak tegur ya?"
" Aku ni ada banyak kelemahan sebagai isteri,,boleh bagi tips tak untuk aku improve..?"
" Aku dah lama tak feel solat..solat terkejar-kejar..akhir waktu pulak tu..kusyuk memang dah lama tak rasa...macam mana ya..?"
"Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang selalu hadir.."
(Surah Qaf:18)
:) Jom...kita mampu mengubahnya..!!
Saturday, November 2, 2013
Hidup untuk akhirat
Bismillah.
Bila saya membaca dan mendengar kisah suka duka teman-teman di sekeliling, saya suka mengingatkan diri saya agar tidak terpaut hati pada dunia ini dan pada isinya. Tidak terpaut dan tidak terikat pada isi dunia, pada anak anak, pada harta dan pada momen suka duka. Hati perlu dilepaskan dari dunia agar ujian yang menimpa tidak terasa sakitnya.
Sakit. Sakit sangat bila kita kehilangan insan yang kita sayang. Sakit bila harta yang kita ada, hilang. Bila anak anak diuji sakit/meninggal dunia. Bila suami atau isteri dibawa pergi dengan perceraian hidup atau bercerai mati. Bila orang sakitkan hati kita, kita rasa sakit sebab kita fokus pada orang, bukan pada Allah.
Bukan bermaksud mengabaikan semua itu (harta, anak anak, suami isteri), sebaliknya saya perlu bersungguh fokus pada hakikat sebenar adanya anak anak dan harta, pada adanya suami.
Agar saya tak hilang arah kalau Allah menguji saya kehilangan semua itu. Nauzubillah.
Kalau suami, anak-anak, ibubapa dan harta benda saya diambil Allah - apakah dan di manakah nilai diri saya?
Dengan adanya semua nikmat dunia itu atau tanpa adanya semua itu, apakah nilai hidup yang saya pilih? Apa yang saya ada untuk teruskan kehidupan untuk Allah, kerana Allah?
Sungguh, saya akan serabut dan hilang arah jika fikiran, perasaan dan keperibadian saya hanya berkisar hal di dunia.
Syukurlah yang sebanyaknya, Allah berikan nikmat islam dan iman.. dan iman kita(saya) itu rapuh dan turun naik. Yang dengan islam dan iman itu, kita ada agama as a way of life. Dan lebih dari itu, kita ada perfect vision of life, kita mahu kehidupan abadi. Kita akan tenang, bahagia dan yakin melalui kehidupan ini di atas petunjuk agama, dalam merasa petunjuk serta kasih sayang Allah dan Rasulullah saw...berharap syurga dan redhaNya.
Duhai diriku dan semua wanita yang dikasihi...carilah nilai diri di sisi Allah dan Rasulullah saw. ALLAH muliakan wanita dengan islam yang mengangkat harga diri wanita setingginya. Maka harus kita cari ilmu dan petunjuk Allah.Agar kita tak hanyut dengan dunia.
Bila wanita jahil atau lalai dengan TUJUAN DAN TUHAN kehidupan, wanita akan selalu berduka, sedih dan sengsara. Dunia terasa sempit dan tidak adil. Akan rasa rendah diri dan terjebak dalam kemaksiatan dan kehinaan.
Tanpa ilmu islam dan tanpa memperbaharui iman, wanita merasa lemah kerana harga dirinya seolah ditentukan oleh kisah cintanya dengan lelaki dan suami, atau merasa rendah diri kerana beg tangan, pakaian yang disarung atau rupa paras yang tidak menawan.
Sedangkan kebahagiaan itu milik wanita yanh berilmu dan beriman. Izzah atau harga dirinya ditentukan oleh hubungannya dengan Allah , bukan pada lelaki/suami yang didampingnya, bukan pada kemampuan melahirkan anak, bukan pada kepetahan bercakap atau pada harta banyak yang dimiliki.
Sesungguhnya hidup ini adalah jambatan yang akan membawa kita bertemu Allah di syurga atau neraka. Di dunia ini kita berusaha dan bekerja menjadi insan terbaik di sebalik ketidaksempurnaan kita.
Dengan petunjuk Allah dan Rasulullah saw, kita akan selamat dan berjaya..insyaAllah.
Friday, November 1, 2013
Bahagiakan pasanganmu.
Bahagiakan pasanganmu sepertimana engkau ingin dibahagiakan :)
Poligami: Sebelum Bercerai
#tipspoligami Poligami sangat berat untuk isteri hingga tidak sedikit yang melihat perceraian sebagai jalan keluar dari segala sakit h...






