“...Jadilah kalian hamba-hamba ALLAH yang bersaudara." (Hadis Riwayat Muslim)
Monday, December 17, 2018
Dah makin dekat
sedih baca berita malam ni. Adib si abam bomba akhirnya pergi tak kembali. moga dia dapat syurga. mati tika bertugas. dan sedang niat nak kahwin pula sepatutnya lagi beberapa hari :( tuhan, kuatkan hati iibu ayah dan ahli keluarga serta tunangnya.
si pelumba motor juga mati kemalangan semalam. dia berniat nak bawa ibu ayah tunai umrah,. Anak yang baik. moga Allah rahmati dan beri syurga yang mulia.
ada ibu mengandung juga mati kemalangan. ada polis juga mati terjatuh .
masa makin singkat. Mungkin diriku next dipanggil menghadap.
moga diriku ingat Allah. bertaubat. bayar hutang selalu. bersihkan hati tak dengki tak marah siapa siapa. Aku hanya mahu dekat denganMU ya ALLAH. dan redhaMu.
Minimalis. Declutter baju.
Misi declutter kain baju diteruskan. dah ada 5 plastic besar baju dikumpulkan dari rumah sendiri, jiran tetangga dan ahli keluarga.
Saya tak pandai kemas dan lipat baju so bila declutter keadaan rumah jadi terkawal ..hurm..perlu selalu ingatkan diri bahawa - rumah bukan store. rumah untuk berehat, mencari ilmu, berkasih sayang, beribadah dan berbahagia sebelum kembali rumah abadi.
bukan asyik stress nak kemas lipat baju, nak susun barang, nak beli almari atau bekas lagi untuk simpan barang,,,tidakkkkk.. semua ni takkan terjadi kalau limitkan shopping or kutip barang free sedangkan tak perlu.
kuatkan azamku ya tuhan- agar tetap bersederhana dan tak terpengaruh sale.... diskaun 100% actually bila tak shopping :D
insyaALLAH,
satu bahagian akan dihantar ke free market. moga ALLAH bagi kekuatan nak masuk keluar barang dari kereta. boleh rujuk fb page #freemarket untuk lokasi dan Tarikh free market terdekat!
satu bahagian lagi akan dihantar ke H&M untuk recycle campaign, disana akan ada proses rewear, reuse dan recycle. syabas h& M!! urus baju kitorang yang menggunung! korang hantar seplastik baju terpakai akan dapat kupon diskaun!
satu bahagian lagi buat kain buruk! projek bersihkan rumah! lap abuk, lantai, bookshelf etc !
minimalis membahagiakan. diri tak perlu banyak baju. perlu banyak ruang. dan banyak masa berkualiti untuk perubahan dan perbaikan. perlu banyak kesabaran dan kerajinan. pergi jauh jauh nafsu shopping baju tudung jubah kasut dan kumpul barang…….
Muslim di Xinjiang dianiaya
sumber: farwestchina |
Sangat indah rupanya bumi Xinjiang, China. Namun Apa yang berlaku di tahun -tahun kebelakangan ini sangat menyedihkan.
Gambar dari satelit dan report dari journalist antarabangsa sangat menyayat hati. Ahli keluarga dipisah-pisah dipenjara ditahan tanpa bicara..
Muslim Uyghyur di jajahan itu ratusan ribu orang (jutaan?) dizalimi hanya kerana mereka mengamalkan cara hidup islam. Mereka diseksa kerana mereka beriman.
Pelajaran buatku:
Tiada siapa menyeksaku kerana menutup aurat dan solat
Tiada yang melarangku berpuasa
Tiada yang menegahku menyebut nama ALLAH
Tiada yang memaksaku memakan daging babi & minum arak
.dll kezaliman semata diri muslim.
mereka di sana melalui semuanya :(
Berikanlah mereka syurga Ya ALLAH.. aku harus lebih taat dan dekat denganMu atas nikmat dan ujian kesenangan.
bukan semua rakyat China yang jahat tapi sekelompok manusia berhati keji dan sesat yang menangkap mendera muslim sesuka hati. moga ALLAH melaknat kalian.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Poligami: Sebelum Bercerai
#tipspoligami Poligami sangat berat untuk isteri hingga tidak sedikit yang melihat perceraian sebagai jalan keluar dari segala sakit h...