*Khusus buat isteri dan bakal isteri DAN penggemar 'wahai bakal imamku..'*
----
kerana kita isteri, juga adalah pemimpin rumahtangga
----
Suatu ketika dulu saya juga pernah terbuai dengan madah ‘bakal imamku..’ dan wahai pemilik tulang rusukku..’
'Wahai bakal imamku, bilakah kita akan bertemu..'
'Wahai pemilik tulang rusukku..aku akan mencintaimu kerana ALLAH'
Demikianlah antara luahan dan harapan seorang gadis biasa tatkala hati mula terdetik untuk memiliki pasangan hidup. Bukan pasangan biasa biasa yang diimpi, namun hampir semua kita berharap seorang isteri atau suami yang mampu memberi kebahagiaan, ketenangan dan tempat untuk perasaan saling berteduh.
Kini saya dah jumpa pak imam ;D
Pak imam saya dan pak imam kalian sesungguhnya adalah insan biasa yang kalian beri madah—madah hebat seolah perwira sempurna hingga akhirnya rasa kecewa bila kelemahan mereka tertonjol.
Kita harus jadi realistik saudari muslimahku..!
Buka mata pada banyaknya kebaikan imam dan berlapang dada serta berhikmah menyikapi satu dua kelemahannya, kerana begitulah juga kita mahu kelemahan kita dilayani.
Tika imam itu memilihmu dulu, dia juga merasa ALLAH telah memberinya bidadari nan penyejuk mata.
Kaulah segala-galanya.
Tetapi bila ujian dan keperitan dunia menghambat, dia juga lelah dan tertekan dengan rengek manjamu yang tak kesudahan. Dia penat dengan rajuk marahmu. Dia bukan hidup hanya untuk memujuk dan menghiburkan dirimu. Dia juga mahu dipujuk dan dihiburkan.
Dia mahu bidadarinya yang mampu tampil kuat, berseri, tenang dan sabar dalam menongkah arus hidup yang tidak tahu bila berakhir. Dia mahu bidadari yang kuat membangun diri kerana bidadari itu diharap untuk membangun 'jemaah' yang menyumbang pada ummah.
Dan baru saya mengerti bahawa kita wanita juga adalah imam..pemangku IMAM BESAR.
Mungkin kalau imam sempat bermadah, inilah coretannya buat kita bakal pemangku imam:
___
Wahai gadis bakal pemangku imam,
Diriku seorang imam, yang merasa beratnya memikul tanggungjawab imam. Sudikah dikau membantuku kala diperlukan, menenangkan jiwa ku kala kepayahan, menghiburkan hatiku yang kadang kegundahan, menjadi insan dewasa dan matang ketika diriku harus keluar meninggalkan dirimu bersama jemaah? Meninggalkan sikap keanak-anakan dan mengada-ngada?
Wahai bakal pemangku imam, kuatkanlah iman mu dan pergantunganmu dengan Tuhan.
Hanya ALLAH pemberi segala. Hanya ALLAH yang memberi bahagia. Hanya ALLAH yang boleh menghilang sepi dan sedihmu. Jika ALLAH menjadikan diriku wasilah yang membuatmu terhibur, bahagia dan hilang sepi..sama-samalah kita bersyukur kepada ALLAH...
Benarkah ingin mencintaiku kerana ALLAH..? Baguslah..jika mencintaiku kerana nafsumu, kau akan hilang bahagia kalau aku tiada, dan derita kalau aku mahu mencari pemangku imam yang lain...
Moga cinta tulus kita membawa ke syurga..bukan sekadar nampak bahagia di facebook atau di gambar jalan-jalan kita..!
Ohh sampai sini saja sebab imam tak pandai bermadah dan imam banyak kerja .. :D
****
'...Isteri adalah pemimpin dalam rumahtangga suaminya dan dia akan ditanya mengenai tanggungjawab kepimpinannya....' (Hadis Bukhari Muslim)
Isteri yang baik ialah...
“Wanita yang membahagiakan (suaminya) jika dipandang, mentaatinya jika diperintahkan dan tidak menyelisihi berkenaan dirinya dan hartanya dengan apa yang tidak disukai (oleh suami).” (Shahih Sunan al-Nasa’e)
:)