Sunday, January 8, 2017

Essential Oil : Anugerah istimewa Tuhan buat insan

Rose Oil ini datang dari bunga ros yang bukan saja cantik dan wangi namun punya khasiat yang rare, lagi hebat membantu insan secara emosi dan fizikal


Alhamdulillah pada petang 12 DISEMBER 2016 yang lepas, saya berkesempatan menghadiri Essential Oil for Family Wellness sharing yang dikendalikan oleh jiran saya Kak Imah dan tuan rumah, Nani. Saya semangat nak datang sebab suka berkumpul dengan jiran dan sebab ada special guest iaitu Teacher Watie (Norhidawati Abdul Aziz).. Saya dah lama follow teacher watie untuk mengenali essential oil (EO),mengikuti cerita beliau yang sampai ke ladang lavender dan ladang Young Living di USA sana.. saya juga berniat untuk menjadi pengguna tetap dan jadi ahli Young Living satu hari nanti insyaALLAH!

Apakah essential oil itu...?

Bahasa mudah yang saya faham, EO adalah cecair terbaik dari satu tumbuhan, pelindung untuk sesuatu tumbuhan dalam masa yang sama - ada khasiat tersendiri untuk penyembuhan fizikal, mental dan emosi manusia. dan Young Living adalah syarikat yang mengeluarkan EO dengan gred terapi yang paling baik. Saya syukur dan gembira mendengar sharing teacher Watie yang banyak input dan dapat merasa minyak-minyak yang banyak berkualiti dalam bagasi teacher watie (dan sangat mahal itu). :D

Semasa akhir majlis itu, teacher watie bagi kami titisan ros yang amat berharga dilarutkan dengan sebotol air bertapis. Untuk 15 ml botol kecil itu harganya lebih RM seribu . Saya malu pula sebab awalnya saya nak try sikit saja akhirnya teacher watie bagi banyak titisan untuk kami semua yang hadir... moga ALLAH merahmati mu teacher watie..!

Satu hari saya rasa down, sedih dan hati gundah gulana- saya memujuk hati bangun solat dan ketika mahu mandi, saya terfikir nak guna rose water yang dapat dari teacher watie. saya sangat bersyukur bila basuh rambut dan wajah dengan rose oil yang asli ini, rasa nikmat segar dan harum yang luar biasa. Rasa pergi semua energi negatif saya.. Subhanallah Amazing..! Syukur alhamdulillah ALLAH izinkan molekul molekul halus minyak ini menyegarkan tubuh dan perasaan saya selepas menggunakannya.. tak ada perkataan untuk menggambarkan..

saya sebelum ini skeptikal juga dengan mandi bunga dan bahan bahan sebegini tapi kini saya dah mula research pasal mandi bunga, pasal bahan bahan spa dan kehebatan jenis jenis bunga ALLAH jadikan sebab impak semangkuk ros yang saya guna hihi.. baru saya faham orang-orang  tua dulu suruh mandi bunga 7 jenis, mandi limau etc etc memang ia amalan berasas sebab memang pada bunga dan buah asli itu ada bahan yang berkhasiat sangat untuk tubuh.. (cuma boleh jadi khurafat kalau tak meletakkan ALLAH sebagai Penyembuh. Hanya ALLAH Pemberi Kesihatan dan ketenangan... EO dan bunga etc hanya wasilah penyembuhan)

sayangggg sangat nak guna rose water dari Teacher watie , tapi kena gunalah kan baru bermanfaat dan berbaloi untuk harga yang dibayar..

saya akan jadi ahli Young Living bila ada bajet, sebab saya nak gunakannya sepanjang masa seumur hidup..! doakan saya ..nanti saya share lagi kebaikan EO dengan kalian yang baru nak kenal EO macam saya...! :)


Teacher Watie titis berhati hati...kena sukat betul betul titisan berharga ini..!


Perkongsian yang sangat bagus mengajak kami menggunakan bahan tanpa chemicals untuk rutin penjagaan harian, rumah dan tubuh badan!

Thank you teacher watie..!



Thank you nani dan kak imah sebagai host...!







Monday, January 2, 2017

Poligami: Proses Peneguhan Jiwa



Poligami : Proses meneguhkan hati <3 span="">

Saya membaca sebentar tadi perkongsian seorang teman bahawa Hamka menyebut tentang poligami itu memerlukan jiwa yang besar dan hati yang kuat..

Memang benar..! 

Saya sangka, bila saya melangkah masuk ke alam poligami sebagai isteri kedua - saya sudah kuat jiwa. Namun rupanya, poligami itu sendiri lah proses yang Allah anugerahkan untuk saya meneguhkan jiwa.

Menerima suami dan isteri pertama, jiwa isteri kedua perlu faham Bahawa suami ada tanggungjawab besar pada isteri dan anak anak sedia ada. Kalau jiwa saya kecil, saya akan bermasam muka dan menjeruk rasa tak selesa dengan kehadiran madu. Alhamdulillah Allah banyak mendidik hati ini dengan jalan poligami.

Bila saya membenarkan suami berkahwin lagi dengan isteri ketiga, rupanya itu juga wasilah atau cara menguatkan hati.

Saya ingat diri saya ini seorang yang bertenang saja dan tak cemburu, tapi bila terdengar suami cakap lembut lembut dan baik baik dengan madu, hati tercuit cemburu ^_^

Aik..apa yang saya nak cemburu..? Tanya hati sendiri. Baguslah suami cakap baik baik dengan madu..madu saya itukan saudara perempuan seagama saya, yang juga berhak dapat kebaikan suami. Suami lagi pun cakap lembut dan baik dengan saya juga..

Kalau hati tercuit cemburu dengan masa, perhatian dan material yang suami berikan kepada madu - kalau benar hati saya sangat baik - saya akan gembira madu saya dapat kebaikan sama macam suami bagi pada saya..

Kalau saya rasa sedih, merajuk atau panas hati dengan kebaikan yang madu dapat - itu petanda banyak lagi saya nak baiki dan cantikkan hati saya. Saya akan terus kuatkan hati dan berjiwa besar agar suami tidak kalah dalam mengurus emosi isteri isteri.

Saya, madu saya dan kita semua kan sama sama perempuan, boleh ke kita berkongsi kehidupan rumahtangga ini dengan saling memahami saling mendoakan..?

Poligami membunuh kemakmuran..? Itu kenyataan pedih yang saya juga baca.

Jadi apakah peranan saya agar poligami itu membawa kesejahteraan..?

Poligami yang Allah letakkan di dalam agama ini pastinya punya kebaikan untuk lelaki, wanita dan seluruh ummah.

Saya sebagai isteri perlu bantu suami bertanggungjawab dan adil pada semua madu saya. Saya perlu urus emosi sendiri supaya saya tak bebankan suami agar suami boleh memimpin keluarga poligami kami ini dengan tenang. Supaya anak anak harmoni membesar di dalamnya sekalipun hidup di alam poligami.

Saya serta kalian suami dan isteri isteri di alam poligami juga perlu tambah ilmu, kuatkan iman dan mujahadah untuk menjadi yang terbaik dalam keluarga, insyaAllah poligami yang memberi kekuatan pada agama akan terbina.

Yang suka perhati dan suka komen juga, pastikan komen kalian itu membangun serta menasihati keluarga poligami dengan baik bukan menghasut lagi meruntuhkan... :)

Poligami yang menyumbang kepada kemakmuran juga hasil usaha positif dan doa kalian sebagai orang orang sekeliling <3 span="">

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...