Wednesday, February 4, 2015

Poligami, Anak dan Kurnia Pernikahan



MasyaAllah...Subhanallah..indahnya perasaan memiliki anak kan..saya bahagia dengan hadirnya mereka dalam hidup saya.

Dan saya sangat bersyukur, anak anak ini lahir di alam poligami - yang sangat membuka mata saya tentang dunia poligami yang disebut dalam wahyu Allah. Sedang dulu di zaman bujang, saya pun seperti kebanyakan wanita, saya mahu mencintai dan dicintai dengan 'setia' oleh seorang suami. 

Namun Allah memberi yang lebih baik untuk saya, poligami, suami saya setia mencintai tiga isterinya :)

Benar, poligami tidak mudah. Menuntut pengorbanan perasaan yang besar. Alhamdulillah..dengan bimbingan dan kekuatan dari Allah, yang sukar menjadi mudah. Yang mencabar,turut datang banyak kebaikan bersamanya.

Saya sangat menyayangi seluruh ahli keluarga poligami kami atas cabaran dan kebaikan yang kami kongsi. Doakan kami diberi kebaikan dunia & akhirat.

Beberapa akhwat ada menyatakan kesediaan 'merelakan' suami berkahwin lagi, atas kesedaran melihat teman akhawat yang masih bujang sangat ramai.

Kalian tidak pernah salah atas niat suci itu. Bila kalian memberi peluang akhawat lain meraikan fitrah mereka bercinta atas nama pernikahan, dan berpeluang mempunyai zuriat, tidakkah itu satu hal yang sangat mulia dan membahagiakan saudaramu..?

Moga Allah memberi kalian syurga atas kesabaran perasaan melalui fasa suami bernikah lagi.

Mencintai untuk saudaramu, apa yang dicintai untuk dirimu.., dari tuhan segala kekuatan untuk beramal soleh.

Moga Allah membantu suamiku, madu maduku , serta pasangan lain yang mencari redha allah dengan jalan pernikahan ♥♥♥







Mujahadah: Sampai bila-bila..

Allah sedang menguji saya dengan perasaan kurang enak kerana berkonflik dengan insan yang rapat.. kadang  terbit rasa marah dan upset. Kadang sedih mengalir air mata tiba tiba.. :'(

.. penatnya mengurus perasaan kan :D

... Dulu waktu saya bujang, saya rasa 'penat' dengan ujian perasaan dan keimanan. Satu ketika, saya mesej naqibah usrah saya, "Kak..sampai bila kita kena mujahadah?"

Dia balas,"Setiap hari..sampai bila- bila."

Haaa..??

Ingatkan bila dah bernikah,  kuranglah sikit nak mujahadah,  rupa rupanya lagi hebat kena mujahadah.. kan? Dah punya anak, lagi dasyat mujahadah nya ..terima kasih semua ibu yang memahami situasi serupa kita :))

Beruntunglah suami dan anak anak yang punya isteri dan ibu yang tinggi mujahadahnya :D saya belum termasuk :O

Mujahadah beerti, berjuang meluruskan perasaan dan tindakan pada meraih keredhaan Allah dan rasul saw.

Antara doa yang sering diungkap Rasulullah saw ialah, "Wahai tuhan yang membolakbalikkan hati, tetapkan hati ku di atas agamaMu"

Doa inilah yang harus kita juga luahkan SELALU pada Allah..kerana turun naiknya perasaan dan iman ini - dalam hidup yang membentangkan ujian susah senang,  suka dan duka. Mohon hati kita lurus mentaati Allah.

Moga kita tenang dalam mujahadah.  Moga suami dan anak anak kita tenang juga pada kita. Moga kita semua mampu saling menenangkan. .kerana Allah... :')


Tuesday, February 3, 2015

Pengalaman memandu di Perth City


:: Bell Tower, Perth ::

Bukanlah mahir memandu, sekadar berkongsi pengalaman baru hari ini memandu sendirian berteman anak-anak tanpa GPS di kota Perth. Hari selasa ini, saya keluar rumah ketika jam hampir pukul 6 petang..

...plan awal nak bawa Abdullah, Abdurrahman dan Umar ke park macam biasa, kali ini saya bercadang ke tepi Swan River yang bernama Burswood Park tetapi hujan masih tidak berhenti..dan akhirnya 3 hero itu tertidur di belakang kereta sebab seharian penat bermain dan bergaduh ( bahasa lain: belajar dan bersosial )

Lalu saya pun menukar haluan dari playground  di Burswood ke Perth CBD. Namun jalan kelihatan lengang dan sepi..seperti biasa selepas pukul 5 atau 6 kebanyakan kedai dan bangunan berhenti operasi. Semua warga bandar telah pulang ke rumah masing masing..

..saya mencari signboard  Hay Street dan mengikuti jalan itu kerana Hay Street  dan Murray Street agak famous di kalangan warga Malaysia yang ke Perth..hmm langit gelap mendung menambah lagi rasa kesunyian dan kesendirian saya meninjau ninjau bandar Perth ini.

Saya memandu sepanjang Hay Street, kemudian ikut pula signboard Wellington  Street sebab nampak iklan Waterfront , tempat beli belah di bandar ini terletak di jalan ini.. mana tahu kalau nak window shopping.. :D

Kemudian terfikir untuk ke Bell Tower, mercu tanda Perth City, sebab saya tak pergi lagi..berpusing pusing mencari jalan akhirnya sampai Di Barrack Square  di mana terletaknya tower itu tapi di sekeliling Bell Tower sedang dipenuhi kerja kerja pembinaan.

Saya nampak feri di jeti di hadapan Bell Tower..feri itu mungkin menunggu penumpang yang ingin menyusuri Swan River..

Berhampiran jeti ada padang menghijau (Langley Park) sangat cantik menghadap sungai yang kebiruan..dan lihat di atas padang sana ratusan burung berwarna putih mulus bertafakkur bertasbih pada Allah...


Alhamdulillah untuk pemanduan hari ini.. :)


:: rancak dalam pembinaan/ pengubahsuaian ::


;; Jeti Barrack Square ::


:: Langley Park ::







Melawat library di WA, City Of Belmont


Suasana di dalam library

Alhamdulillah minggu pertama tiba di Perth, Aina sahabat saya membawa kami antara lain,  ke perpustakaan di sini, di area Rivervale/Belmont. Perpustakaan itu saiznya kecil berbanding Perpustakaan fevret kami di PPAS Shah Alam :) tapi masyaAllah kuantiti dan kualiti buku di library ini mengujakan saya..

Ada ruang buku yang boleh diambil percuma dan ada ruang buku kanak kanak yang dijual semurah 1aud atau 50cent :D apalagi saya borong lah.. harapnya baca ya mama..

Boleh pinjam dvd menarik samaada untuk tontonan dewasa atau kanak kanak. Library ini terasa tenang dengan kesenyapan dan kebersihannya. Juga teratur dan ringkas hiasannya.

Hari ini saya datang ke library buat kali kedua, pulangkan 13 buah buku yang kami pinjam dua minggu lepas..ada satu buku hilang hee takpe masih ada masa nak cari..antara buku saya pinjam ialah buku untuk mengenali australia atau western Australia  ini khususnya..

Terima kasih Abdullah dan Abdurrahman temankan mama hari ini.. yang menariknya juga, sebelah library ini ada museum dan playground  yang sangat menyeronokkan anak anak..alhamdulillah.. tempat untuk PE Anak anak yang roadschooling  ini :D

Ya Allah tambahkanlah ilmu kami..

Ya Allah kuatkanlah dan sihat kanlah tubuh badan kami ..


Epsod baik dan baca buku sebelum episod berebut toys :D




Di hadapan library











Monday, February 2, 2015

Synergy Parkland, King's Park Perth

Petang tadi selepas Zuhur langit begitu gelap di Rivervale ini dan akhirnya hujan turun lebat.. seingat saya ini kali pertama hujan turun lebat di petang hari musim panas sepanjang hampir 3 minggu saya di bumi Perth ini.

Selepas asar, saya bersiap siap untuk membawa anak anak keluar ke park/playground . Saya plan nak bawa mereka park jauh sikit samaada Burswood park yang menghadap Swan River atau Synergy Parkland yang terletak di King's  Park.

Dua dua tempat tu saya tak pernah sampai tapi saya beranikan diri drive ke Synergy  Parkland  setelah saya cuba ingat laluan bas dari Rivervale ke Perth City dan terus ke King's  Park. Syukur sangat Abdullah, Abdurrahman, Umar dan Jannah duduk baik baik dalam kereta..

Yeay Alhamdulillah saya sampai destinasi tanpa sesat, walau Umar asyik risau kan Aunty Nurul tak bawa GPS.. Aunty Nurul bilang, jangan risau insyaAllah Allah akan tunjukkan kita jalan yang betul ke park :D

Aunty Nurul bukan 'tawakkal melulu', sebelum keluar rumah aunty Nurul dah check map and kenalpasti route and freeway yang berkaitan..and dah bersedia kalau terrrrr sesat apa tindakannya.. heee

Hanya kami dan dua pengunjung lain saja yang ada di petang isnin ini. Jadi aunty nurul ini pun bebas menjerit di taman hijau luas cantik- memberi arahan dan melarang anak anak dari berlarian sesuka hati takut tercampak mereka nanti ke dalam tasik..

Pukul 6.30 aunty nurul ajak anak anak balik, sebelum tu sempat singgah ke satu lagi playground  area di King's  Park. Lottery  West Family  Area namanya kot..

Alhamdulillah  target aktiviti  outdoor selama dua jam untuk anak anak setiap hari tercapai di bumi Perth ni.. biarlah mereka develop muscle , emotional and social  skills..

Dan nampak sangat perbezaan grup A (Abdullah dan Umar ) dan grup B (Abdurrahman dan Jannah)..  antara perbezaannya ialah grup A dah pandai teamwork .  Mana group  B prefer playing  alone.

Grup A dah kuat muscle dan mantap gross motor  skill, asyik memanjat dan berlari tanpa henti.. Grup B masih terkedek kedek, observant  dan sangat happy walau dengan sehelai daun kering atau satu ranting kayu yang ditemui..

Inilah coretan hari ini..dan tika ini, waktu menunjukkan pukul 10.39 malam, hujan sedang mencurah semula..guruh dan petir silih berganti, rasa suasana Malaysia pula.. rindunyaaa...insyaAllah ada dua minggu lagi untuk menjejak kaki ke Malaysia.

Moga Allah panjangkan umur saya dengan amal soleh penuh keberkahan.. :')

Doa mustajab waktu hujan lebat ini.. ayuh saya panjatkan doa doa utama..

Dan jangan lupa doa tika hujan turun;

“Ya Allah, turunkanlah hujan yang bermanfaat.”

Itulah yang Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam ucapkan ketika melihat hujan turun. Ini berdasarkan hadits dari Ummul Mukminin, Aisyah radhiyallahu ‘anha tatkala melihat hujan turun, beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam mengucapkan ‘Allahumma shoyyiban nafi'a" (sahih) 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...