Thursday, December 25, 2014

Jalan Jalan Bajet Kuala Lumpur



Alhamdulillah hari ni 25hb Disember Allah rezekikan ke Planetarium  Negara dan Taman Tasik Perdana dengan anak-anak dan abang kakak ku bersama anak anak mereka juga. Mak , Muhammad dan Najwa pun ikut sama.

Jalan jalan bajet bagi kami kerana tiket dewasa RM6 dan kanak kanak bawah 12 tahun RM4 untuk masuk Planetarium dan taman tasik percuma tentunya..!! ..Murahlah bagi kami, harapnya murah bagi kalian yang mencari idea jalan jalan bajet juga.. :D

Dan berdekatan planetarium  itu ada Taman Tasik Perdana yang ada taman rusa juga..masyaAllah Alhamdulillah  anak anak saya Abdullah abdurrahman dan sepupu sepupunya itu semua gembira dapat tengok rusa kemudian berlari riang tepi tasik. Ada playground besar juga..!

Kami park kereta di laman Memorial Tun Razak , di situ ada cafe juga. Kami lunch di cafe itu bila survey harga masakan panas dan nasi campurnya antara 5 ke 6 ringgit sepinggan. Ok cukup bajet bagi kami seramai 5 dewasa dan 6 kanak kanak ..total lunch makan minum RM 46.. :D

InsyaAllah nanti pasti datang lagi ke area Jalan Perdana ni sebab ada taman taman lain juga..segar dan lapang dan cantik alhamdulillah..dan bajet okay . .lebih penting, anak anak gembira bermain dan explore dunia..!!
Taman Tasik Perdana yang indah masyaALLAH :D








Menara Tinjau Planetarium


Planetarium Negara


Taman Rusa :)

Thursday, December 11, 2014

Tips Bisnes Online Irfan Khairi



Tips Bisnes Online dari Jutawan Irfan Khairi (yang saya dengar pagi ini di TV1 dan dapat pelajaran - olahan sendiri):

1- Penting untuk membina jenama dan kredibiliti dalam bisnes - tapi kurangkan promosi produk di laman sosial seperti facebook. Sebaliknya bagi informasi yang banyak, sebab orang sekarang suka mencari informasi/maklumat online yang membantu mereka. Disebutkan juga, bahawa dalam Sehari purata dua ribu iklan kita nampak dan dengar, orang dah penat nak tengok iklan promosi barang di fb..

2 - Kegagalan memang akan lebih banyak dari kejayaan. Orang yang berjaya akan banyak gagal. Dari gagal itu manusia akan belajar, kerja keras dan perbaiki diri. Logiknya juga, perniaagaan yang betul perlukan usaha keras dan banyak pengorbanan. Tak boleh nak jalan mudah atau cepat seperti Skim Cepat Kaya.

Pengalaman Irfan Khairi sendiri, Setahun pertama bisnes online, hanya ada 3 pelanggan saja. Tapi tetap teruskan bisnes sebab minat. Akhirnya perlahan lahan berjaya. Ia tidak semudah yang orang sangka, tegas beliau.

3 - Orang selalu tanya, Apa bisnes untuk cepat kaya? Jawapnya, Buat bisnes yang kita suka supaya tak putus asa. Tak ada jalan pintas untuk kaya.

Buat research apa permintaan pelanggan. Tampung ruang kosong yang ada dalam bisnes. Contohnya, kalau ramai orang jual tudung/shawl, kita jual produk muslimah lain seperti seluar etc.

4- Ilmu adalah asas segala-galanya. Perniaagaan perlu ilmu agar kita boleh kuat dan konsisten.

Jika bisnes online seorang diri di rumah, akan cenderung lemah semangat - jadi join grup bisnes atau seminar seumpama nya, untuk tambah ilmu dan kekalkan semangat.

5- Jangan salah sasaran produk. Kalau sasaran kita adalah wanita bergelar ibu, jual produk ibu dan anak anak , bukan jual produk orang lelaki.

6- Konsisten. Laburkan wang dan masa untuk rajin update barang di blog.

7 - Kajian menunjukkan; Buku berada di tempat teratas barangan paling laris dijual online. Kedua; pakaian, kasut dan aksesori wanita. Ketiga, Barangan elektrik.Keempat, Tiket kapal terbang. Seterusnya, tak sempat catit.

Catatan tambahan lain: Irfan khairi memberi markah 9/10 untuk dirinya dalam bab disiplin. So saya boleh muhasabah diri kalau bisnes tak maju maju ..heee 

Dan Irfan Khairi alhamdulillah dikurnia isteri yang sangat mendokongnya dalam bisnes online. Menjadi pembantu peribadi yang mengurus dirinya dan anak anak. Moga Allah merahmati keluarga mereka atas ilmu bisnes yang banyak dicurahkan 

Moga bermanfaat perkongsian ini 





:: Moga produk bisnes saya ini membantu diri sendiri dan bermanfaat untuk ummah ::





Diskusi Poligami : Kehendak atau Keperluan



Dalam  jemaah  dan  ngo  yang  mengumpul  data dan info  latar belakang ahli -  pasti  dapat  melihat peratusan  famili  poligami  yang  bertambah  secara senyap  atau  terbuka ; secara  terpandu  atau  sebaliknya.

Saya  sebagai  salah seorang 'orang  kuat'  poligami  pastinya  sangat  menghargai dan menggalakkan program  sebegini, atas  sebab ia MEMBANTU dan MENYEDIAKAN RUANG untuk :

1) Mempersiapkan  suami dari segi ilmu  kepimpinan  dan  pengurusan  keluarga poligami di  samping  misi  dan  visi mereka untuk  menyumbang  kepada  masyarakat

2) Support  isteri pertama yang  melalui  cabaran  emosi  dan psikologi  yang  hebat sebelum dan selepas poligami seterusnya  mengekalkan keharmonian  yang terbina sebelumnya

3) Membimbing  isteri  kedua agar  membangun  potensi  diri sebaiknya  agar dapat menyokong suami  dan isteri/  isteri-isteri sedia  ada

4) Memberi  ilmu dan kesedaran  kepada  masyarakat  umum supaya  respon  mereka  kepada  ahli  keluarga  terdekat yang  berpoligami  membantu  keharmonian  bukan  makin  memburukkan.

Moga ilmu dan perkongsian di dalam program ini dirahmati dan Agar  poligami yang dibina  dengan  niat dan cara yang baik memberi  'nilai  tambah'  yang  benar  benar  bernilai kepada  masyarakat dan  ummah  ini ...



Thursday, December 4, 2014

Mengingat Kematian. Memberi erti pada hidup ini.



Kadang kadang kita rasa semangat makin menurun. .dan susah nak push diri. Tapi kena juga push diri untuk Memanfaatkan sisa masa dipinjamkan Allah ini.. ingatilah mati. Esok belum tentu milik kita.

--

Dulu setiap hari raya kami sekeluarga ke kubur, tapi bila saya dah share dengan abah dan mak saya tentang 'tak elok' nya ke kubur pada hari raya - abah mak pun faham dan tak adalah ajak kami adik beradik ke kubur lagi.. jadi bila raya, kita ikut sunnah Rasulullah saw beraya ya.. Bukan pergi tahlil di kubur .

(Mungkin sesetengah orang sukar nak terima isu macam ni, sama juga macam saya..Apatah lagi dari kecil kita membesar dengan nya..tahlil kematian, tahlil di kubur, tahlil dan yasin malam jumaat..Jom kita ubah dengan ilmu, ubah kepada yang Rasulullah saw cinta, bukan biasakan diri dengan amalan semata kerana ikut saja dari kecil. )

---

Tapi selain hari raya, sangat elok pergi kubur, supaya fokus hidup dapat kita luruskan, dan supaya hati perempuan saya ni tak beremosi hanyut lama lama .. (pergi kubur BUKAN waktu raya elok kan?kalau salah, betulkan statement saya ni)

Ini sedikit perkongsian tentang ziarah kubur:

Adab-Adab Ziarah Kubur

[1] Membetulkan Tujuan Ziarah Kubur.

Tujuan ziarah kubur ialah supaya ia memberi manfaat kepada penziarah dan bukan yang diziarah. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

Dahulu aku telah melarang kalian dari menziarahi kubur, sekarang berziarahlah kerana sesungguhnya ia dapat melembutkan hati, menitiskan air mata dan mengingatkan kepada Hari Akhirat. Akan tetapi janganlah kalian berkata-kata dengan perkataan yang keji dan batil.(Hadis hasan)

Oleh kerana itulah kita turut dibolehkan menziarahi kubur orang bukan Islam kerana yang dikehendaki ialah manfaat bagi penziarah dan bukan yang diziarah.

Abu Hurairah radhiallahu ‘anh menerangkan:

Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pernah ziarah ke kubur ibunya lalu baginda menangis dan orang-orang di sekeliling baginda turut menangis. Maka baginda bersabda: “Aku pernah meminta izin Tuhanku untuk meminta ampun kepadanya namun aku tidak diizinkan. Aku pernah meminta izin kepada-Nya untuk ziarah kuburnya dan aku diizinkan. Maka ziarahlah kubur kerana sesungguhnya ia mengingatkan kalian kepada kematian.”(Hadis sahih)

Berdasarkan hadis di atas dapat kita pelajari bahawa:

Dibolehkan ziarah kubur orang bukan Islam.

Dilarang berdoa kepada ahli kubur orang bukan Islam.

Tujuan ziarah ialah mengingatkan penziarah kepada kematian. Sekali lagi, tujuan ziarah ialah supaya memberi manfaat kepada penziarah dan bukan yang diziarah.

Jika seseorang itu ingin memberi manfaat kepada ahli kubur yang muslim seperti berdoa dan menghadiahkan pahala, dia boleh melakukannya di mana jua. Ini kerana yang akan mengabulkan doa dan memberikan pahala ialah Allah Subhanahu wa Ta'ala dan Allah boleh melakukan semua itu tanpa mengira di mana lokasi jenazah.






Akhlak Baik. Petanda Insan Berilmu.



Pesanan ini sangat penting. Untuk diri saya. Dan sahabat semua.


Dalam suasana elok, tenang, dan lancar - semua kita mampu tampil sabar, berlemah lembut, senyum dan bercakap/menulis sopan santun. Mampu kah kita tetap menjaga akhlak sewaktu orang lain memprovok api kemarahan di hati ini atau kita turut mencela orang lain sewaktu mereka mencela kita..

Muhasabah diri ♡♡♡

"Dan mereka (al-firqoh an-najiah ahlus sunnah wal jama'ah) menyeru kepada (penerapan) akhlaq yang mulia dan amal-amal yang baik. Mereka meyakini kandungan sabda Nabi saw "yang paling sempuna imannya dari kaum mukminin adalah yang paling baik akhlaqnya di antara mereka". 

Dan mereka mengajakmu untuk menyambung silaturahmi dengan orang yang memutuskan silaturahmi denganmu, dan agar engkau memberi kepada orang yang tidak memberi kepadamu, engkau memaafkan orang yang berbuat zaalim kepadamu, dan ahlus sunnah wal jama'ah memerintahkan untuk berbakti kepada kedua orang tua, menyambung silaturahmi, bertetangga dengan baik, berbuat baik kepada anak-anak yatim, fakir miskin, dan para musafir, serta bersikap lembut kepada para budak. 

Mereka (Ahlus sunnah wal jama'ah) melarang sikap sombong dan keangkuhan, serta merlarang perbuatan zalim dan permusuhan terhadap orang lain baik dengan sebab ataupun tanpa sebab yang benar. Mereka memerintahkan untuk berakhlaq yang tinggi (mulia) dan melarang dari akhlaq yang rendah dan buruk"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...