Sunday, September 29, 2013

Pernikahan dan poligami: Teguhkan dengan lafaz taawuz




"A'uzubillahi minash syaitonnir rojeem..." ini adalah alat penting dalam menghadapi alam rumahtangga. Lafaz Ta'awuz. Bila dua insan bernikah, geng syaitan menysusun kekuatan tenteranya dan memperbaharui misinya untuk meruntuhkan rumahtangga yang dibina agar syaitan mendapat pengiktirafan kejayaan (hadis muslim).


Setakat hampir lima tahun berkahwin ini, saya dapati tidak sedikit yang bercerai dari monogami atau poligami. Kalau di alam poligami, yang kerap berlaku, samaada yang bercerai/menuntut cerai/diceraikan, samada isteri pertama atau kedua. Dan syaitan lah akhirnya yang akan bertepuk bersorak dengan hal ini.



Cemburu isu utama, manfaatkan lafaz taawuz, pahatkan di hati. Di akui kecemburuan luar biasa melanda isteri bila suami bernikah lagi, terutama isteri membayangkan suaminya bemesra di kamar dengan wanita lain, cemburu dari segi wang dan masa ada juga, maka yang perlu kita nasihatkan adalah ayuh kita sama-sama mengurus cemburu itu.



Cemburu itu ada dua, pada perasaan dan pada tindakan. Tidaklah berdosa cemburu jika hanya wujud rasa di hati. Yang berdosa - saya bukan menghukum sekdar berkongsi yang saya faham - dosa hanya apabila cemburu itu menyebabkan isteri melempar kata-kata kesat kepada madu, mencerca suami atau memboikot suami, menyerang madu atau memukulnya, isteri mengabaikan anak-anak dan rumahtangga. 

Kalau suami tidak bijak dan tidak berhikmah menangani hal ini, situasi rumahtangga menjadi buruk. Syaitanlah yang menang dalam usahanya menanam kebencian dan menuai perceraian dan permusuhan antara suami isteri.... 



Pada suami, bila isteri buat muka cemburu atau meluahkan rasa cemburu, usahlah dinafikan.. dengar saja, bagi respon memahami, peluk isteri, bagi kata-kata semangat, kata-kata cinta...



Pada isteri, kuatkan keimanan. Ia benteng serangan syaitan. Jangan biarkan kasih dan kebahagiaan rumahtangga selama ini dirosakkan syaitan. Ya, syaitan yang merosakkan rumahtangga, bukan rumahtangga runtuh kerana keputusan suami bernikah lagi. Bukan rumahtangga runtuh, lalu kita letakkan kesalahan pada poligami dan madu. Rumahtangga runtuh bila suami isteri tidak lagi berakhlak dengan benar, samaada dalam monogami atau poligami.

Rumahtangga runtuh bila suami isteri membiarkan syaitan mengalahkan mereka tanpa usaha melawan syaitan seperti petunjuk agama.



Wanita...kita perlu reshape our love. Selepas ALLAH dan Rasul, barulah mencintai suami. Atau sebenarnya, kita mencintai suami kerana kita mencintai ALLAH. Jika jelas di situ, akan mudah kita kembali pada ALLAH bila ujian menerpa rumahtangga. Ia mudah dilafaz, namun untuk kita benar-benar menghayati cinta ALLAH ddan Rasul yang tertinggi, memerlukan kita melepaskan perasaan mencintai manusia lebih dari mencintai Tuhan- Tuhan yang membenarkan suami punya lebih dari satu isteri...

JIka cinta suami melebihi cinta ALLAH, saya dan kita akan selalu serabut, serba salah, gundah..Ayuh temanku, kita mendalamkan cinta pada ALLAH. Mengenali ALLAH, agar mudah kita redha dan akur pada syarit yang digariskan ALLAH. Agar ALLAH menjaga kita dari godaan syaitan - syaitan dari kalangan jin dan manusia.



Saya juga cemburu, dan berjuang melaluinya terutama di fasa awal suami bernikah lagi. Malah sebelum berkahwin dengan suami saya, saya sudah merasa cemburu dengan bakal madu (isteri pertama). Alhamdulillah akhirnya ALLAH bantu kita keluar dari rasa cemburu yang berat, menjadi cemburu seadanya. Saya dah lupa pun cemburu berat dulu macam mana, bila teman-teman isteri berkongsi, saya kembali memahami. Bangunkan kemanisan solat, bangunkan ukhuwwah dengan teman-teman solehah, libatkan diri dengan orang-orang susah agar kita dapat kurangkan cemburu dan sedar bahawa kita telah tenggelam dengan nikmat ALLAH yang banyak, hingga ujian poligami menjadi berat teramat.



Ia, poligami berat pada sebahagian kita, ringankan ia dengan bergaul bersama orang-orang yang mempunyai musibah lebih hebat. Dan sekalipun suami bernikah lagi, tetaplah menjadi isteri terbaik untuk suami, kerana ALLAH. DI situlah akan ditemukan kebahagiaan yang sebenarnya ♥



_________________________________



Wednesday, September 25, 2013

Deklarasi Cinta 12/12/12



Assalammualaikum wa rahmatullah

Saya kongsikan di sini pandangan Xifu Naser tentang kehidupan poligami dan keperluan poligami di saat ini. Xifu Naser mengeluarkan deklarasi ini semasa 12 Disember 2012 yang lepas.

Moga ada manfaat buat pembaca, menambah wawasan dan terbuka untuk setuju atau tidak bersetuju :)

____________

12 DEKLARASI CINTA 12-12-12 

1. Menolak semua prejudis-prejudis terhadap institusi poligami dan aktivis-aktivisnya, serta meletakkan Islam sebagai tunggak keluarga. 

2. Memberi kesedaran dan kefahaman yang mendalam tentang bahaya fanatisma monogamis, emosi dan pengalaman peribadi, dan kejahilan agama dalam menghukum nilai poligami 


3. Mengukuhkan poligami sebagai salah satu institusi sosial dan Sunnah Nabi yang bukan sekadar relevan tetapi juga perlu dimantapkan pada masa kini dan akan datang sebagai penggerak sosial dan pembela kemanusiaan.

4. Membersihkan masalah ‘hati’ yang semakin hanyut dalam arus ombak drama-drama cinta ala Cinderella, Korea dan Bollywood yang mempropagandakan arus anti-poligami secara halus dan tidak langsung (silent protest) atas alasan “Monogami: Kami terima sepenuh hati. Adapun Poligami: kami tidak menentang, tetapi kami tidak juga menerima.”

5. Menegaskan kepentingan menjaga kemurniaan poligami sebagaimana perlunya memelihara kemurniaan monogami dari disalahgunakan oleh pengamal-pengamal monogami atau poligami yang tidak bertanggungjawab.

6. Menegaskan tiada paksaan terhadap individu samada memilih untuk mengamal monogami atau poligami kerana kedua-dua adalah bersumberkan Sunnah Nabi.

7. Memupuk keprihatinan wanita terhadap maslahat wanita lain dengan mengenepikan kepentingan peribadi melalui tajdid pendidikan Ummah sejak dari awal tarbiyah.

8. Memperkasakan lelaki sebagai ‘ar-rijaal qawwaamuna ala-n-Nisaa’’ melalui tajdid pendidikan Ummah sejak dari awal tarbiyah.

9. Mendidik lelaki supaya menjadi LELAKI SEJATI yang dipercayai dan dihormati wanita, isteri dan Ummah

10. Menggagahkan kesejatian lelaki untuk melawan arus LGBT yang semakin berleluasa.

11. Meletakkan status ‘IBU’ bukan sekadar sebagai pilihan yang paling utama tetapi juga adalah HAK dalam diri setiap wanita moden hari ini yang semakin diremehkan oleh para kapitalis atas nama ‘kerjaya’ dan ‘pembangunan’, maka Ummah dan yang berautoriti wajib melaksanakan amanah yang besar dalam memastikan HAK SETIAP WANITA UNTUK MENJADI IBU DIBELA DAN DIREALISASIKAN TANPA PREJUDIS.

12. Memudahkan atau mentaisirkan proses nikah monogami atau poligami tanpa prejudis samada dari segi adat, atau pihak keluarga atau undang-undang buatan manusia demi untuk membela dan merealisasikan HAK setiap wanita untuk menjadi ibu.




Oleh Xifu Naser dan isteri-isterinya.


Tuesday, September 24, 2013

Kelahiran dan Cinta Rumahtangga


Alhamdulillah..anak yang dikandung 9 bulan itu telah selamat menjenguk dunia. Umi dan abi, tunjukkan kesyukuranmu dengan menambahdalamkan ilmu, iman dan amal soleh kepada Allah. Papa dan mama, jadikan kehadiran anak ini mengeratkan hubungan papa dan mama agar mampu terus berganding tangan untuk mengurus amanah hidup yang makin bertambah. 

 Pesanan buat suami: 

Isteri telah melalui kesakitan yang luar biasa untuk melahirkan. Malah mungkin dari mengandung kesulitannya amat besar. Dan selepas itu isteri perlu menyesuaikan diri dengan baby baru yang menuntutnya mengorbankan tidur, penat, emosi terganggu dengan pelbagai kesakitan dan perubahan hormon akibat melahirkan. Mungkin ada cabaran menyusu dan komplikasi lain. Fahami lah itu, beri kata kata dorongan dan terima kasih. 

Bagi sentuhan lembut dan pelukan yang mendamaikan isteri. "Terima kasih sayang, melahirkan anak ini.. menyusukan.. Terima kasih menjaga baby" Boleh juga suami bagi hadiah pada isteri saat saat baru melahirkan, bukankah saling memberi hadiah itu menumbuhkan cinta :) 

Namun pertolongan suami menjaga anak dan sifat memahami suami pada dunia baru isteri jauh lebih bermakna buat isteri dari hadiah material. 

 Pada isteri: 

Jika ada sesuatu bantuan yang diperlukan dari suami, mintalah dengan baik lagi berlemah lembut. Ask politely. And be spesific. Janganlah harap suami dapat membaca apa yang bermain di fikiran kita. 

Selain itu, bukan isteri sahaja melalui fasa baru dengan kehadiran anak, suami juga ada kerisauan nya memikirkan tanggungjawab menafkahi anak, menyediakan keperluan material dan teknikal - maka suami juga insan biasa yang sangat memerlukan penghargaan dan perhatian isteri atas usahanya. Agar memberi semangat padanya untuk terus membina keluarga yang diredhai Allah. 

 Sekalipun kita isteri sibuk mengulit baby baru di samping urusan rumah yang lain - perhatikan juga keperluan suami dan cabaran harian yang dilalui suami. Jangan kurangkan hormat, cinta dan penghargaan buat suami setelah hadirnya si baby penyejuk hati. Bukan isteri saja yang boleh merasai post partum depression, lelaki juga - mungkin-  boleh mengalaminya kerana tanggungjawab baru yamg bertambah. Suami tetap perlukan isteri menjadi penyejuk hati penawar jiwa raganya. 

____

 Wahai suami, wahai isteri.. Jangan lupa menjaga kekuatan ruhiyyah. Suami dan isteri harus saling mengingatkan dan bersama-sama istiqamah dalam beribadah. Membaca dan tadabbur quran. Melazimkan solat sunnah etc. Memberi dan meminta nasihat yang dapat menambah keimanan dalam suasana santai.. Kita sangat perlu memaniskan hubungan dengan ALLAH agar ALLAH menjaga hubungan kita dengan baby dan  antara suami isteri.  

____

Tentang hubungan intim selepas melahirkan, doktor membenarkan selepas enam minggu atau dengan kata lain - setelah habis berpantang Melayu 40 hari, boleh berhubungan suami isteri jika tiada apa apa komplikasi kesihatan. Namun bukan sekadar faktor fizikal yang perlu diambil kira. 

 Sekali lagi, komunikasi dan mutual understanding sangat-sangat ditekankan. 

Isteri mungkin ada trauma bersalin, sakit dan ngilu jahitan yang seolah terasa - suami harus memahami agar tak tergesa gesa ingin menyalurkan keinginan batin. Juga dengan rutin ibu menyusukan baby, dengan susu ibu yang mudah menitis, dengan badan yang mungkin banyak stretch mark, mungkin ibu rasa tak seksi dan tak ada mood. Fikiran pula asyik teringat baby yang boleh menangis tiba tiba sewaktu ibu ayahnya baru nak bermesra.

Bagaimana untuk mensikapi situasi ini..? Dengan masa yang mungkin terhad, komunikasi dan understanding yang tinggi pada pasangan akan mencambah keharmonian di sebalik diapers dan toys anak anak yang kini menghias bilik tidur kita mungkin. Walau ibu mungkin nampak sangat melekat dengan baby, suami carilah kesempatan untuk tetap berdamping dengan isteri, memberi pelukan dan ciuman yang membantu isteri untuk datang mood berhubungan intim dengan suami. 

Bila menyusu, hormon menyusu itu memudarkan keinginan isteri untuk fikirkan seks. Namun jangan dibiar begitu saja, isteri dan suami perlu saling membantu dalam memenuhkan emotional and sexual needs pasangan. 

Bagaimana pula jika suami yang terlupa untuk berhubungan intim dengan isteri..? Sekali lagi, endapat anak juga merupakan fasa yang besar untuk ayah, justeru mungkin suami jadi penat dan fokus pada tanggungjawab mencari rezeki dan urusan lain - jadi terlupa yang isteri perlukan belaian mesra dan hubungan intim. Isteri jangan menunggu saja, be proactive. 

Jadilah pendengar yang baik pada suami, ambil berat pada cabaran dan tanggungjawab harian suami sekadar yang suami ingin berkongsi. Moga hati suami terbuka untuk mendekati isteri. Komunikasikan keinginan untuk bermesra dengan suami, bantu menenangkan dan menceriakan hati suami agar sama sama bersemangat untuk bermesra dan hubungan intim. 

Satu perkara penting bila berbicara soal hubungan intim, jangan lupa bab family planning. Jangan pula anak baru berusia 3 bulan, isteri mengandung lagi 'dengan tak sengaja'. Kalau memang nak tambah anak awal, badan ibu pun dah kuat dan sihat - tak apa. Tapi kalau yang tak bersedia, akan beri kesan pada rumahtangga. Baru mengandung, baru lepas bersalin - tup tap mengandung lagi - kasihan isteri yang masih ngeri teringat sakitnya meneran dan dijahit..kasihan anak yang masih baby, masih menyusu, ingin perhatian namun ibunya cepat pula mengandung lagi. Dapat kan ilmu sebaiknya tentang famili planning ya wahai suami dan isteri.. 

Sekali lagi tentang ruhiyyah,  doa adalah senjata yang paling penting. Mintalah apa saja.Allah suka mendengar doamu. Allah suka memperkenankan doamu. Sesungguhnya Allah itu sangat dekat. Pada isteri, luruskan emosimu pada Tuhan. Hanya pada Allah lah ketenangan sejati. 

Allahlah sumber kekuatan dan pertolongan sebenar. Antara doa yang boleh dilafaz dari hati: 

 "Ya Allah..bantulah diriku menjadi ibu yang kuat. Bantulah diriku mengurus rumahtangga ini dengan baik. Bantulah diriku menjadi isteri yang menenangkan suami. Bantulah diriku mendidik anak ini menjadi pewaris agamamu. Tunjukilah keluarga kami jalan yang lurus..jadikan kami semua penolong agamaMu..." 

Selain berdoa, hidupkan hati dengan berzikir selalu. Zikir dalam kesunyian dan kesibukan. Zikir sesungguhnya memberi keteduhan pada hati dan cahaya di wajah. Ia memelihara dari godaan syaitan yang selalu ingin melemahkan insan. Moga bila kita selalu zikrullah ( ingat Allah ), akan ada bantuan dan keringanan yang tak disangka dari Allah. Ada penjagaan Allah untuk keharmonian hubungan kita dan suami. 

Sekian perkongsian kali ini, moga bermanfaat untuk suami isteri. Kita tak mengharap kan hubungan yang ideal dan sempurna, normal bila kita ada fasa ups and down dengan pasangan tapi kita usaha kan agar rumahtangga kita ini dipenuhi amal soleh antara suami isteri, agar terus mampu menghembus sakinah, rahmah dan mawaddah ke dalam jiwa jiwa yang berusaha mencari redha Tuhannya. Selamat bercinta dalam mencari syurga.

“Siapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki atau perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik…” 
(An-Nahl: 97) 






Sunday, September 22, 2013

Empati, Syukur dan Muhasabah Diri



Catatan beberapa minggu lalu ketika baby masuk wad 6 hari kerana jaundis.


------

Abdurrahman, bayi berusia tiga hari saya tiba tiba ajak saya masuk wad Hospital Kuala Pilah sebab jaundis yang mendadak naik.


Dengan kesihatan mama yang teruji lepas melahirkan, duduk wad adalah 'sulit'. Tapi..Alhamdulillah ala kullihal, ucapkanlah 'segala puji bagi Allah atas setiap sesuatu' - begitu nabi mengajarkan kita tatkala ditimpa hal yang tak disenangi.



Bermalam di hospital kerajaan ini mungkin seperti program MABIT untuk mama(MABIT = Malam Bina Iman dan Taqwa). Bergaul dengan mama mama lain yang lebih berat ujian anak anak. Belajar berkongsi satu toilet dalam wad dengan ramai orang. Mengajar mama erti bersyukur, erti meminta setulus hati pada yang Esa dan belajar untuk terus dekat dengan Allah. 

---

Abdurrahman lahir berat 3.6kg, sedangkan ada beberapa anak lain di wad itu yang hanya seberat 800gram, 900gram atau 1 kilo lebih sikit.

Abdurrahman dapat didukung dicium dibelai mama, tapi anak anak tidak cukup bulan di dalam balang rawatan itu hanya diperhati dari jauh oleh mama mama mereka.

Bersyukurlah mama ini.

----

Di ICU Baby itu juga, para jururawat dan para doktor juga kelihatan tak henti-henti dengan tugas mereka. Bukankah mereka juga mengorbankan rehat dan masa peribadi dengan keluarga dan anak anak tercinta. Moga Allah merahmati mereka semua, termasuk ibu ayah dan adik beradik saya yang menjaga saya di kampung. Dan yang paling penting, terima kasih pada suami dan madu madu yang dikasihi semua untuk fasa ini.

---

Dari tengah malam ke awal pagi, wad itu bergema dengan tangisan anak anak yang pelbagai sebabnya. Ada ibu yang tak larat bangun menyusukan anak dengan kerap kerana pengsan keletihan. Ada anak yang hanya di jaga jururawat tanpa ibu. Hati rasa sayu dengan suara halus mereka ...

Bagaimana hebat agaknya sayu dan pedih hati ibu ibu yang melihat anak anak dibantai dizalimi di negara islam kita yang lain..tercungap cungap dalam gas beracun, ditembak, dibom..Allahu akbar..Maha suci Allah dari membenarkan itu semua terjadi melainkan banyak hikmah dan rahsia untuk insan beriman renungi.

--

Sekian perkongsian kali ini, kita buat yang terbaik dan doa supaya tak masuk wad lagi.

---

p/s: Kita baca perkongsian pengalaman tentang kehidupan para doktor di hospital supaya kita lebih sabar dan bersangka baik ketika berurusan dengan mereka..

http://mariakamalmilatu.wordpress.com/2013/09/21/what-the-public-doesnt-know/

"The only thing we ask from you, the public, is to control your diet, stop smoking, drive carefuly, take care of your loved ones, remember to take your medications, get to know a little about your disease and please please please don’t be rude to us. "



:)

Saturday, September 21, 2013

Ibu, masa dan ketenangan



Bismillahirrahmanirrahim

Hari ini kali kedua saya memandu kereta membawa Abdullah dan Abdurrahman ke kedai berhampiran rumah. Saya sedang praktis membawa anak keluar tanpa pembantu, insyaALLAH selepas habis berpantang 40 hari, saya akan kembali berusrah dan ke majlis majlis ilmu di luar - kerana saya dan kita semua adalah penuntut ilmu sepanjang hayat. Juga ke kedai/pasar membeli barang-barang keperluan dan ke playgroup anak-anak. Pembantu saya yang istimewa ini saya tak pasti berapa lama lagi dapat tinggal bersama saya :P

Jika sahabat sahabat saya yang lain boleh melakukannya - memandu sambil membawa 2 atau 3 anak kecil , insyaALLAH saya boleh juga kan. Kepada ALLAH dimohon pertolongan.

Walau keluar ke kedai tadi jaraknya hanya 15 minit biasanya dan hanya membeli satu barang, tapi mengambil masa lebih kurang sejam untuk pergi balik :D kerana saya memandu lebih perlahan dari biasa dan saya berhenti untuk menyusukan baby.

Ya..selepas ini perancangan masa perlu lebih baik untuk semua segi. 

Jika waktu bujang, 10 minit saja ambil masa untuk keluar bersiap. Waktu anak seorang, ambil masa setengah jam. Waktu anak dah bertambah lagi seorang ini, perlu mula bersiap sejam lebih awal. Bersiap dalam erti kata saya ialah - di sebelah pagi misalnya ingin keluar pukul 9, pukul 8 harus meninggalkan kerja -kerja rumah lain yang mahu dibuat dan dicapai - wajib masuk bilik, kejut dan pujuk Abdullah untuk mandi. 

Ohh tapi Abdullah yang berumur 3 tahun ini kena ada 'pillow talk' 5 minit - 10 minit untuk hilangkan mamai dan bad mood pagi hari. Bila Abdullah dah masuk bilik air, kejutkan baby dan mandikan baby. Tapi sebelum tu kalau baby nak menyusu, perlu susukan dulu supaya baby dapat mandi dengan aman dan selesa kemudiannya.

Lepas Abdullah dah mandi, bagi dia makan sekeping roti sapu butter and kaya/ nutella atau secawan milo atau semangkuk honey star dan susu. Abdurrahman si baby pula selepas mandi, perlu menyusu lagi. Selepas  dua hero dah siap dan bertenang, baru mama pula bersiap. 

Bila mama dah siap, mama angkat barang-barang keperluan masuk ke dalam kereta, buang sampah diapers kalau dah penuh bakul sampah, dan setelah semua siap nak bertolak - perlu ada waktu kecemasan kalau -kalau si hero tiba tiba ,"Mama... Abdullah berak.." :O Atau Abdurrahman berak lagi selepas menyusu... Cepat-cepat pergi bersihkan sebelum naik kereta.

Sekelip mata dah habis sejam di pagi hari.. Nampaknya kena mujahadah juga bangun sejam lebih awal setiap hari :O

Panjang betul cerita nak keluar rumah kan.. :D 

Saya menulis ini untuk peringatan diri saya tentang menjaga masa. Sebab saya masih belajar untuk berdisplin dan menepati masa. Begitu juga kalau nak solat di awal waktu, saya ingatkan diri sendiri dan sahabat sekalian agar ada persediaan awal dan rapi termasuk bersedia emosi dan ruhiyyah untuk menghadap ALLAH di dalam solat ^_^

Selain itu, kalau sebelum ini dari rumah saya di Meru, Klang ini mengambil masa setengah jam untuk ke Masjid Shah Alam misalnya, kini saya perlu sediakan masa satu jam - kalau-kalau saya perlu berhenti menyusukan anak. Bila banyak masa senggang - sekurangnya dapat elakkan konflik perasaan, lebih bertenang, dan tak trigger saya untuk marah-marah kalau terlambat - insyaAllah.

Jika giliran suami di rumah saya, kalau suami ada flight petang atau malam itu- saya tak boleh prepare bekal makanannya di pagi hari yang sama. Nanti kelam kabut sebab nak masak lunch juga. Jadi sekarang saya wajib masak bekal itu dua hari atau sehari awal , kemudian freeze. Frozen food adalah alternatif yang kami suami isteri persetujui kalau situasi memerlukan - lebih baik bagi kami dari membeli di luar. Tapi si suami yang baik hati ini sering juga mencadangkan makan di luar kalau muka isteri dah zombie :D tak cukup tidur lah konon..huu

Saya bersyukur juga punya suami yang sangat membantu kerja rumah dan memudahkan isteri- jadi menjimatkan masa dan tenaga untuk beberapa urusan rumahtangga .Alhamdulillah.. 

Ok para isteri, bila perlu- kita minta tolong politely dari suami untuk urusan rumah, secara spesifik dan berterima kasih selepas itu. Kalau kita harap suami faham-faham sendiri untuk tolong kita, takut takut suami tak faham-faham, kita memendam perasaan, lepas tu stress pun datang :O

Saya bersemangat tentang menyusun masa ini sebab saya nak kembalikan momentum 'hidup untuk memberi' pada sahabat-sahabat muslimah yang lain.Ya , kita memberi dan berkhidmat pada suami dan anak-anak, dalam masa yang sama, saya mahu juga ada masa untuk menulis yang bermanfaat dan keluar bersama di majlis ilmu dengan teman muslimah yang dicintai. Jadi hidup perlu tersusun agar dapat seimbangkan semuanya,..

Buat masa ini, saya sangat berterima kasih kepada pembantu/personal assistant saya merangkap adik kesayangan saya yang banyak memberi kekuatan kepada saya iaitu Syafina Adnan, moga ALLAH merahmatinya dan membalas segala kebaikannya kepada saya dan famili beberapa bulan ini khususnya.

Dan saya bermotivasi dengan pesanannya di blognya, /http://officialsyafinaadnan.blogspot.com/

"Kita akan bahagia jika suatu masa
 Islam ada di setiap penjuru dunia 
 Dan kita salah seorang disebaliknya" :) 

ohh lepas ni nak cari dan baca buku Superwoman tulisan ukhti Mardiana Ishak.. moga membantu menjadi better muslimah.

Doakan saya ya..saya sedang belajar menjadi ibu dan isteri yang efisyen lagi diredhai Allah dan suami... 

:)

Bila ibu menyusun masa dengan baik, tenanglah hatinya. InsyaAllah. Bila tenang hatinya, mudah-mudahan dapat pula mengaurakan ketenangan pada suami, anak-anak dan insan-insan di sampingnya. Ameen..



Thursday, September 19, 2013

Helping Kids Adjust To Life With New baby

 
Abdullah yang sedang meniti kematangan, moga mama membimbingnya. Dan mama dibimbing Allah hendaknya ^_^
I’d just landed at LAX and was waiting at the baggage claim carousel when I heard an angry exchange. I turned toward the adjacent carousel and saw a three or four-year-old girl decked out in a colorful traveling ensemble – brightly patterned leggings, a trendy t-shirt and pink plastic movie star sunglasses. She seemed to be fumbling for something in her polka dot backpack while her father glared at her and seethed, “Just be nice. Be nice to your sister!”

Several feet away stood her mother, who also glared as she held baby sister (about 12 months old) in her arms. The girl kept her composure but avoided her parents’ gaze. She seemed alone and vulnerable — a “problem child” estranged from her family.
If this mini-snapshot was as typical of her family dynamic as I imagined it to be, it was hard to fathom this little girl ever feeling anything other than resentment towards her baby sister.

The arrival of a new baby is often the most traumatic event in a young child’s life, and if this transition isn’t handled with sensitivity and empathy, some children will never totally regain their footing. At stake are our child’s healthy relationships with parents and siblings, as well as her sense of security and self-worth.
Here are some key points to keep in mind during this difficult adjustment:

1. Have reasonable expectations
A new baby causes a major shift in the family dynamics. No matter how much the older child may have wished for a baby brother or sister, the reality of this shift in the parents’ attention and affection is felt as a loss. Children often feel grief, sadness and sometimes anger or guilt, but mostly they are fearful of losing their parents’ love. Overwhelmed by this tumultuous blend of emotions, which are nearly impossible for children to understand (much less articulate), they act out their pain through irritating behaviors that are sometimes aggressive. Mood swings can be extreme.

Parents might be shocked to discover an unpleasant side to their child they hadn’t known existed, especially if they expected her to be a loving, adoring and helpful big sister during this adjustment. These behaviors are bound to push parents’ buttons, yet since the child is experiencing an emotional crisis she needs the assurance of her parents’ love and empathy more than ever.

2. Encourage children to express feelings

There are a couple of important ways parents can help children express their feelings in a healthy manner:

a. When children act-out with the baby — kissing or patting the baby too hard or jumping on the bed next to her — after calmly but confidently stating the boundary (“I can’t let you…”), the parent can ask matter-of-factly, “Are you feeling rough toward the baby right now? Are you upset that the baby’s here? Big sisters often feel that way. But I’m going to help you get down from the bed. I’d love for you to sit on my lap or jump on the floor next to me.”

b. Casually bring up the subject of negative feelings as often as possible: “Being a big sister is very hard sometimes. It’s normal to get angry at the baby or at mom or dad, feel sad, worry or just be upset and not know why. If you feel any of those things I want to know. I will always understand, love you and want to help you.”

It may feel counterintuitive to suggest these feelings to your child (won’t this encourage her to feel negatively toward the baby?). The truth is that the more you can openly accept and acknowledge, even welcome your child’s negative thoughts and emotions, the more space you will clear for your children to form a genuinely loving bond with their siblings.

3. But why mention negatives when my child seems fine?

Some children do seem to adapt to life with the new baby peacefully. Why would we project about problems that don’t exist?  It is my view that the children who seem more accepting and tolerant of this huge life change need even more encouragement to express negative feelings than those who overtly struggle. No matter how positive any change is there are also elements of fear and loss. For all of us.  If these feelings aren’t addressed and expressed, they are internalized. You may have a well-behaved child, but chances are good she’s suffering inside.

4. Avoid guilt-inducing comments  

When parents are expecting baby number two, friends and relatives will often comment to the firstborn child, “Oooh, bet you can’t wait to be a big sister!” But by then it’s already begun to dawn on the older child that ‘big sister’ isn’t all it’s cracked up to be.  They’ve sensed that the focus of everyone’s attention has shifted away from them. Their future feels uncertain and it will only get worse. They need someone who understands their pain and can assure them that their mixed feelings (especially the negative ones) are perfectly valid, or they are likely to turn these feelings inward.

5. Don’t judge

Again, this is about adjusting our expectations and understanding that button-pushing behaviors are the manifestation of our child’s pain and confusion. When we label a behavior “not nice”, “mean” or “bad”, children take these judgments personally. It’s not only the behavior that’s bad — they are bad. When the people they trust and need most in the world tell them they are “not nice”, they believe it, and this rejection is profound.

6. Lessen tension by not sweating the small stuff

Second children are born into a much different environment than their big sisters. Having an older sibling is exciting. So as much as possible, let it be. Let it be noisier and more chaotic, and let there be more interruptions to the baby’s playtime. Let big sister take toys away from the baby when they’re “playing together” as long as this is physically safe. Understand that this impulse is powerful and symbolic of the rivalry the older child feels. Most babies don’t mind the toys being removed from them unless their parents do.  In fact, this is the way they “play” with another child. The less you focus on these harmless behaviors, the less compelling it will be for the older child to repeat them.

7. Understand your child’s need for trust and autonomy 

Ask for her help whenever possible, especially regarding the baby’s care. When children’s emotions are out of control, opportunities to feel autonomous have a calming effect. But also don’t be disappointed if your child turns you down, because saying “no” is also a way for her to feel autonomous.

8. One-on-one time

Periods of time alone with your children are a necessity, but for both the baby and the older child it’s about quality, not quantity. Set aside at least 20 minutes a day in which you are wholly present and focused on your older child (which might mean aiming toward giving the baby an earlier bedtime). Then, when you need to focus on the baby and your child struggles, you can calmly acknowledge, “I see how uncomfortable it is for you when I am feeding the baby. That is really hard for you, I know. I’m so looking forward to our time together tonight after the baby goes to bed. Think about what you’d like to do together.”

9. Foster the baby’s independent play

A baby who can self-entertain is even more of a blessing the second time around, because his or her independent play creates opportunities for parents to be available to the older child without the baby always between them. Provide a safe, enclosed play space (a crib or playpen is fine for the first months), so that the baby doesn’t need constant supervision. Your toddler will probably need this boundary, because the impulse to test the parents by bothering the baby can be strong.

10. Respect your children’s continued need for boundaries and calm, helpful parents who are “on their side”.

Although extreme exhaustion or guilt might lead us to ease up on boundaries during this period of transition and emotional turmoil, our children need the love and security of our limits now more than ever. They’ll need us to give them matter-of-fact reminders like, “I don’t want you to touch the baby when you are in a jumpy mood”; choices like, “You can stay next to me quietly while I put the baby to bed, or play in the next room.” Sometimes they’ll need us to follow through by gently but firmly physically containing them or removing them from situations. Most crucially, they’ll need us to intervene way before we lose our temper or think they’re “not nice” and with all the confidence, calmness, patience and empathy we can muster.

Source: http://www.janetlansbury.com/2013/04/helping-kids-adjust-to-life-with-the-new-baby/



Wednesday, September 18, 2013

Pertemuan Abadi Hanya Di Syurga



Saya hiba melihat gambar perpisahan teman saya di fb ini. Hiba mendengar cerita perpisahan mereka. Isteri dan anak anak yang terpaksa berjauhan dengan pemimpin keluarga mereka dengan perjuangan masing masing.

Di sana, ada ukhti yang berpisah dengan suami berlainan negara kerana tuntutan kerja dan urusan lain mereka.

Seorang ukhti lain berpisah benua dan lautan dengan suami dan anak kerana tuntutan menuntut ilmu.

Dan..air mata ini juga menitis melihat akhawati yang berpisah dengan suami kerana penjara, kerana perjuangan masing-masing.

Tuhan saja yang tahu gerimis dan sendu di hati mereka. Tuhan saja yang tahu sedih pedih untuk ujian perpisahan dengan insan yang dikasihi. Moga Allah meneguhkan kesabaran dan keimanan mereka.


Dan di luar sana...saya tahu kalian ramai yang yang melalui PJJ dengan suami dan anak. Bertabahlah.

Sekalipun berpisah dengan insan, moga hati kita tak terpisah dengan tuhan. Dengan merasa kebersamaan tuhan, sesungguhnya hati kita sentiasa dekat dan bersama walau jasad kita terpisah oleh masa, negara dan tembok penjara. ♥♥

Janji tuhan yang harus kita renung dan usahakan:

Surah Ar-Ra'd:22-24

"Dan orang yang sabar kerana mengharap redha Tuhannya,...orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik, iaitu syurga syurga 'Adn, mereka masuk ke dalamnya bersama dengan orang yang soleh dari nenek moyangnya, pasangan pasangannya dan anak cucunya, sedang para malaikat masuk ke tempat tempat mereka dari semua pintu;

Sambil mengucapkan, "Selamat sejahtera ke atasmu kerana kesabaranmu." Maka alangkah nikmatnya tempat kesudahan itu".


Ibrah seterusnya yang boleh direnungi adalah kisah Hajar yang ditinggalkan suaminya (Nabi Ibrahim) di lembah yang tidak berpenghuni - di mana kata kata yang lahir dari keimanan yang mendalam,"Jika begitu, Allah tidak akan mengabaikan kami."

Kisah yang dirakamkan dalam kitab Sahih Bukhari ini menjadi bukti keimanan, keyakinan Hajar yang sangat tinggi kepada Allah Yang Maha Memelihara Lagi Maha Memberi Rezeki - Allah Al Hafiz, Al Razzaq...



Moga lenyap kesedihanmu dengan kalam Allah dan Rasul ini.. :')

Saya percaya antunna srikandi yang kuat..!




Monday, September 16, 2013

Positive Quotes :)




“Allah. It all starts with Him – the universe, humanity, and our own conception – and it all comes back to Him in the end. There’s no victory without Him, no progress, no peace. Strengthen your relationship with Him in the easy times, and you will find Him beside you in the hard times.”

______


“‘Oh, but what’s the use of trying to be a good Muslim when I end up sinning again and again?’… Well, what’s the use of bathing when you get dirty again and again? Salat (prayer) is a purifier. Though you sin again and again, keep returning to Allah for purification. Fasting is a purifier, Zakat is a purifier, Hajj is a purifier… We can use the same analogy for hope and motivation. We have to keep finding them again and again. That’s the nature of life.” 

______

“Try to become an embodiment of compassion and mercy in your daily life. Do not wait for a situation to occur that will call out these virtues in you. Rather, seek out opportunities where you can manifest them along with all of the other prophetic virtues. Do not live your life passively waiting to be used, roused or stimulated into action by events. Live an active life wherein you become the one who is initiating acts of goodness and kindness in all that you do. Be an embodiment of the truth you represent. Let your words and comportment convey the dignity of the believer to all that you meet.”

________

“When we’re out of ideas, surrounded by problems, and feeling totally alone… we’re not alone. Allah is with us. If we pray sincerely and strive to the best of our capacity, He will put light in our minds and hearts and help us from directions we did not expect.”

_______

“When we’re out of ideas, surrounded by problems, and feeling totally alone… we’re not alone. Allah is with us. If we pray sincerely and strive to the best of our capacity, He will put light in our minds and hearts and help us from directions we did not expect.”

_______

“It’s okay to feel sad, anxious, lonely, frustrated, and confused. Feeling these emotions doesn’t make you less of a believer. The difference between the believer and non-believer is that the believer remains patient and turns to Allah for help.”

________


“When we’re out of ideas, surrounded by problems, and feeling totally alone… we’re not alone. Allah is with us. If we pray sincerely and strive to the best of our capacity, He will put light in our minds and hearts and help us from directions we did not expect.”




Saturday, September 14, 2013

Poligami dan Hati


Pada saya, poligami salah satunya adalah adalah proses mencantikkan hati. Saya suka dengan kata-kata ini:

Beauty is the goal. Beauty of the heart. Judge every experience in life as either good or bad, not based on how much pleasure or pain it brought, but based on how beautiful or ugly it made your heart.

_____________

Saya kongsikan contoh poligami yang diusahakan dengan baik oleh kak Noraslina Jusin, suami serta madunya Aisyah Humaira. Tidakkah kebaikan dan kebahagiaan itu dimiliki oleh hati-hati yang baik...?

_____________

kak Noraslina:


Alhamdulillah, hari ini genap sebulan saya, suami Zaharuddin Abd Rahman dan adik Nur A'isyah Humaira Ismail bersinergi dalam menjayakan rumahtangga poligami. 

Ia bukan sesuatu yang mudah, namun tidak juga sukar jika pergantungan yang sebenar diletakkan kepada ALLAH Subhanahu wa Ta'ala sebagai Yang Maha Berkuasa Memilih kehidupan untuk kami ( dan kita semua jalani ) selama nafas dihela di dunia ini. 

Poligami di'pilih' ALLAH ke atas kami sebagai TAQDIR UJIAN, dan saya sebagai salah seorang yang berada di dalamnya tidak ragu-ragu untuk menelusuri jalan ini kerana yakin, bahawa ALLAH, TUHAN Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang telah menyediakan panduan buat keberhasilan 'jalan pilihan' ini di dunia dan akhirat saya, suami dan madu yang disayangi. 

Usaha dan ikhtiar ( sama ada ia menuju taqwa atau menjulang nafsu semata ) adalah 'pilihan TADBIR' ke atas kami yang telah ditunjukkan bentuk dan ciri-cirinya oleh ALLAH dan Rasul-NYA menerusi Al Quran dan hadis.

InsyaALLAH, dengan peringatan demi peringatan berterusan antara kami semua, berimamkan suami yang dicintai, ke hadrat Ar Rahman saya pulangkan segala agar mahligai unik ini dikurniakan 'inayah, ri'ayah dan hidayah-NYA sehingga nafas cinta ini kembali kepada PEMILIK yang hakiki beriring ikhtiar penuh khauf dan raja' atas limpahan rahmat-NYA.

Jazakallah khairal jaza' abang kerana terus memberi yang terbaik buat As dan anak-anak kita dan jazakillah khairan kathira buat adik 'mama' Aisyah kerana sentiasa bersama dalam meneladeni keperluan kak ina, anak-anak dan suami yang kita kasihi :)) 

Untuk itu semua :

فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ 

"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?"

Alhamdulillah...thumma Alhamdulillah...



_________________

Ustaz Zaharudin:

Unsur keberkatan adalah key dalam mencapai bahagia. Keberkatan datang apabila dikemudi menurut cara yang betul. Isteri yang hebat lagi solehah adalah hasil usaha dirinya dan tarbiyah jelas lagi berterusan dan 'makanan' emosi serta kasih sayang dari sang suami. Instead of seorang isteri solehah, saya sedang berusaha mencipta dua yang solehah.. Insha Allah.. Allahumma ameen. Doakan kami.


____________________

Aisyah:


Tiada kata untukku gambarkan rasa ini, jazakillah khairan kathira k.Ina Noraslina Jusin kerana menerima diri ini apa adanya dan sentiasa bersama-sama ketika saat suka duka. Lautan kesyukuran kepada Ilahi atas kurniaan untuk berada dekat dengan sumber inspirasi, yang sentiasa tak lekang menghulurkan kasih sayangnya setiap ketika. Dialah serikandi, dialah kakak, dialah teman sejati...



Juga pastinya terima kasih buat imam yang mengemudi, abang Zaharuddin Abd Rahmankerana sentiasa berusaha sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik.

Semoga ada nilaiannya di sisi Allah untuk dipersembahkan di sana nanti. Allahumma ameen.

_____________


:)

Thursday, September 12, 2013

Abdurrahman bin Hafiz Firdaus

Assalammualaikum wa rahmatullah, saya Abdurrahman bin Hafiz Firdaus.

Jika suka melihat saya, jangan lupa pesanan Rasulullah saw agar mendoakan keberkatan buat sesuatu yang disukai lagi dikagumi :) Maka, doakan keberkatan buat saya dan famili saya juga :) Terima kasih semua ...!
Saya selamat dilahirkan secara normal pada 20 Ogos 2013, dengan berat 3.6kg pada pukul 4.07 petang di KPJ Shah Alam. Selepas keluar wad keesokan harinya, saya terus balik ke rumah atok dan wan di Kuala Pilah :) Alhamdulillah ada datuk dan nenek serta makcik pakcik :D
Saya dan abang saya, Abdullah... Alhamdulillah ...ALLAH bagi pada mama dua anak buat masa ini - Abdullah dan Abdurrahman :) Moga mama mensyukuri Tuhan Yang Maha Memberi.. Jangan mengeluh tak cukup tidur ya :D
Terima kasih papa yang membotakkan saya :D
Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam memohon perlindungan daripada Allah untuk bayi (Hasan dan Husain) dan Baginda shallallahu ‘alayhi wa sallam membaca :
Maksudnya : Aku memohon perlindungan dengan kalimah Allah yang sempurna (nama-nama Allah) ke atas kamu berdua daripada segala syaitan, binatang berbisa dan pandangan mata yang jahat.

[Diriwayatkan oleh al-Bukhari]

:)

Tuesday, September 10, 2013

Jadikan Syurga Motivasi Diri



Assalammualaikum wa rahmatullah

Semoga teman pembaca yang dikasihi berada dalam kemanisan iman :) Lama saya menyepi dari blog ini, kini saya kembali - moga ALLAH menerima coretan-coretan saya di blog ini sebagai sesuatu yang bernilai di sisiNya.

Setiap hari harus memuhasabah dan memotivasi diri untuk meraih redha dan syurgaNya - dalam dunia yang menjadi ujian susah senang, permainan, tempat menyemai kebaikan sebelum ke akhirat yang selamanya.

Firman Allah berulang kali di dalam Al Quran, sesungguhnya barangsiapa yang beriman dan beramal soleh, akan dimasukkan ke dalam syurga dan itulah kemenangan yang agung.

Hari ini, jangan teragak agak untuk melakukan 'sekecil' amal seperti senyum, sedekah walau RM1, menolong orang mengangkat barang, menelefon ibubapa/kawan kawan untuk bersilaturrahim, mengucapkan kata kata yang baik, bersabar, menahan marah..dan seterusnya.

Semua orang ada ruang untuk dapat pahala di sisi Allah mengikut kemampuan masing-masing.

Moga Allah membersihkan hati kita dan menjadikan iman sebagai perhiasan di jiwa.

Dari surah 85 al-Buruj, ﺍﷲ berfirman dalam ayat 11, yang bermaksud;

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; yang demikian itu ialah kemenangan yang besar."

_____


"Dan adapun barangsiapa yang beriman dan beramal soleh, maka untuknya adalah ganjaran yang baik." -- Al Kahfi: ayat 88.


:)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...