Thursday, February 28, 2013

Kesakitan adalah nikmat dari Tuhan



Nikmat sihat dan nikmat masa lapang, sering tidak dimanfaatkan sebaiknya - hanya dirasai bila telah sakit dan telah sibuk... ingatan untuk diri sendiri ^_^ Mesej teman-teman di emel dan fb tak terjawab dengan kesihatan saya yang teruji sedikit..Moga ALLAH memberi jalan keluar kepada persoalan yang mendatangi sisi kehidupan kalian ♥

 Dia-lah (ALLAH)  yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya.” [Surah al-Mulk, ayat 2]




Ada teman-teman rapat yang ALLAH uji kesakitan fizikal, kalau dulu saya melihat hanya dengan rasa simpati namun kini saya rasa simpati dan cemburu pada orang yang ALLAH beri kesulitan kerana sesungguhnya kesulitan dan kesakitan itu - padanya ada rahmat dan kasih sayang ALLAH yang luas... ♥


Pada teman pembaca yang berkongsi kesakitan perasaan dalam rumahtangga monogami dan poligami, jadikanlah ujian itu sebagai laluanmu yang luas untuk berlari ke dakapan ALLAH yang Maha Pengasih. Usaha dan tawakkal - pasti ada jalan keluar terbaik!


Sakit fizikal atau sakit perasaan, kadang saya dan kita terlebih mengeluhkan dan terlebih mengadu kepada manusia hinggaa terlupa atau sangat kurang mengadu dan mengingat ALLAh yang Maha Menyembuh, Maha baik, Maha Memelihara...


Kesakitan fizikal atau perasaan, kesulitan dan apapun perkara yang tidak enak ALLAH hamparkan di jalanan hidup ini - lihatlah ia sebagai panggilan ALLAH untuk kita kembali mencari jalan yang lurus, jalan yang hampir di sisi ALLAH, jalan yang menambahelok peribadi kita sebagai muslim dan mukmin.

Dalam kepayahan, raikan cinta dan perhatian dari ALLAH, Pemilik Cinta Yang Maha Agung...!


"Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahuinya. [al-Baqarah 2:216]"
 

____________

Moga bermanfaat.





 

Monday, February 11, 2013

Apa khabar jiwa-jiwa kita semua...?



 

I spent my life looking for the problem *outside*. Nothing changed until I realized the problem was *inside*
.- Yasmin Mogahed


Apa khabar roh-roh hamba ALLAH semua...?

Kita insan adalah roh yang dibalut fizikal, yang dengan roh itulah sebenarnya kita merasa dan melalui kehidupan sementara ini.

Roh kita ini adalah perkara pertama perlu diluruskan untuk meraih ketenangan dalam hidup - adakah roh ini tahu dari mana datangnya dia, ke mana ia akan pergi dan harus bagaimanakah kehidupan yang dilalui di bumi ini..?

Hadis Rasulullah s.a.w,: “Dalam tubuh anak Adam ada seketul daging. Apabila baik daging itu, maka baiklah seluruh anggota badan, sebaliknya apabila daging itu jahat, maka jahatlah seluruh anggota badan. Ketahuilah bahawa daging itu adalah sekeping hati”. (Hadis Riwayat al-Bukhari)


Jika roh tidak dirawat, masalah luaran membuat hidup terasa sesak. Rumahtangga, kerja, jiran tetangga, mertua ipar duai, suami isteri, duit, harta, anak-anak, jawatan dll - segalanya terasa sakit dan membebankan kerana roh tidak mengenal sistem islam sebagai cara hidup...

Ayuh hentikan menuding jari meyalahkan keadaan, orang lain dan takdir tuhan - kerana mungkin sebenarnya yang perlu kita lakukan adalah merenung jauh ke roh, jiwa dan hati kita - merawatnya dan membawanya kembali ke jalan Tuhan bernama Islam. Di situlah akan ditemukan kebahagiaan dan ketenangan, di sebalik ujian-ujian kesulitan yang datang.

Dengan nota, agama ini tidak hanya mengajarkan kita memuliakan dan memelihara hubungan roh dengan tuhan tetapi juga mendidik ummah untuk mencantikkan akhlak, menjaga kesejahteraan mental, menggali ilmu, mencergaskan tubuh dan mencerdaskan emosi.



_______________


Love, Nurul







Thursday, February 7, 2013

Poligami: Petunjuk sunnah untuk isteri

:: Bila kita berusaha memahami petunjuk Al Quran dan As Sunnah dalam bersikap, kita mewujudkan cahaya kebaikan dalam kehidupan sendiri dan orang lain ::


Buat isteri -isteri yang baik di alam poligami, dan yang bakal melaluinya - moga hati dan minda kita bersedia untuk terus menjadi hamba yang lebih baik kerana ALLAH. Fokus kepada mencari keredhaan ALLAH, jika ALLAH menyayangi kita, insyaALLAH insan lain akan turut menyayangi kan..

Apa teladan kita dari kehidupan poligami para isteri rasulullah SAW..? 

Setakat yang saya kaji dan fahami, mereka adalah saudara-saudara yang saling menyayangi kerana ALLAH. Mereka tidak 'best friends' tapi tidak juga bermusuhan. Mereka juga hambaNYA yang bermujahadah mencari keredhaan ALLAH dalam cemburu dan konflik lain rumahtangga.

Beberapa perkara yang boleh dipelajari dari hadis-hadis sahih ialah, antaranya, pada hari ketika Rasul saw di rumah giliran isteri yang baginda bermalam, para isteri lain akan turut berkumpul dan saling berinteraksi sesama isteri dan suami yang dikasihi. Maka, kita boleh saja saling berziarah keluarga madu- kekerapan bergantung kepada kemahuan, privasi dan keperluan masing-masing.

Zainab r.a ketika ditanya tentang Aishah r.a yang difitnah hebat, menjawab dengan baik tentang madunya, "Aku tidak tahu tentang aishah melainkan kebaikan' - sekalipun beliau 'pesaing' terdekat Aishah dalam rumahtangga poligami. Maka kita juga dianjurkan membela madu kita bila dirinya diperkata dan difitnah. Dianjurkan mengucapkan yang baik-baik tentang saudara muslimah kita.

Para isteri baginda sekalipun tidak lari dari cemburu dan pernah berselisih, memberikan kata-kata yang baik tentang madu mereka, dan jika terlanjur berkata/berbuat yang buruk, mereka tidak mengulanginya. Kadang kita insan biasa terlepas bicara negatif atau tingkah yang menyinggung hati madu, kita manusia realiti - saya juga beberapa kali tersalah langkah menyinggung hati madu-madu saya - maka kita berusaha mohon maaf dan mencari peluang untuk tetap bersilaturrahim sewaktu hubungan kita dihasut syaitan dari kalangan jin dan manusia.  

Indahnya membaca dialog-dialog Ummu Salamah dan Aishah menceritakan kebaikan dan kesolehan madu-madunya - suka berpuasa, rajin solat, bersedekah, berkemahiran, beriman lagi bertaqwa - dan kebaikan itu semuanya boleh (malah perlu) diikuti kita yang bernama isteri.

Yang terakhir ingin saya kongsi ialah, memberikan giliran hari kepada madu, sepertimana Saudah r.a memberi gilirannya kepada Aishah r.a bergantung kepada keperluan dan pengertian satu sama lain.

Jika kita sebagai isteri pertama merasakan isteri kedua perlu lebih giliran hari, kita boleh halalkan dan redha masa suami bersamanya. Moga itu bermanfaat buat suami dan madu kita.

Jika kita isteri kedua/isteri seterusnya ingin memberi giliran hari kepada isteri pertama, moga itu bermanfaat buat suami dan madu kita.

Sesungguhnya bila hati kita fokus ingin memberi, membuat baik dan berkongsi dengan kasih sayang, insyaALLAH kita akan membahagiakan suami dan seluruh famili poligami kita.

Dan yang terpenting, segala kebaikan yang kita lakukan, kita sebenarnya yang pertama mendapat ketenangan hati dan kegembiraan - mudah-mudahan ia diterima pula sebagai amal soleh di sisi Tuhan ♥


 _____________

Moga bermanfaat, lots of love :) nurul


 

Tuesday, February 5, 2013

Pernikahan: Romantik oh Romantik...!



Pengaruh media cetak, media elektronik dan media online sangat mendominasi kehidupan kita sehingga secara sedar atau tidak, jatuh bangunnya rumahtangga kita hari ini banyak bergantung kepada jenis-jenis media ini...

Dan lebih tepat, kita tertipu dengan gambar hidup dan mati yang berputar-putar di depan mata kita setiap hari..yang menjadi mangsa adalah suami isteri...terutama wanita..!

Kita masuk ke alam pernikahan dengan mind set bahawa hubungan suami isteri yang romantik yang kita idam-idamkan harus begitu dan begini seperti mana aksi-aksi romantik dan intim filem Korea kesukaan, atau Hollywood atau Bollywood atau Malaywood...

Menontonnya hati wanita jadi berbunga-bunga - Kita macam tak sedar bahawa babak romantis itu mereka hanya melakonkannya, dengan beberapa kali "action...! cut..!", dengan taktik kamera, dengan background music, dengan berlatih merenung mata, dengan membuang malu untuk memesrai tubuh pasangan hero/heroin... tiba-tiba isteri-isteri yang baru dan lama di alam rumahtangga realiti berasa kesedihan dan kesunyian kenapa hero mereka (baca: suami) tidak seperti aksi hero dalam drama dan filem yang mereka syahdu menontonnya itu..!

Sedangkan sebenarnya, suami dan isteri di alam rumahtangga sebenar yang ALLAH halalkan itu ada ruang kemesraan, keintiman dan ketenangan yang jauh lebih besar dari cerita palsu di kaca tv..! Pastinya ia hadir dengan kesungguhan 'berlakon', belajar, membuat silap, komunikasi dan kompromi..!

Romantika rumahtangga tidak jatuh dari langit melainkan kalian perlu belajar dari mula 'aku terima nikahnya ' - belajar merenung mata pasangan hingga selesa, perlu belajar memuji dan mengungkap kata-kata baik dan manis, perlu belajar meninggalkan malu di luar pagar rumah/bilik untuk memesrai dan dimesrai, perlu belajar mengenal hati dan tubuh pasangan, ...berapa lama untuk dapat hasil yang sweet macam kalian tengok di kaca tv...???

Bergantung pada kesediaan dari sebelum kahwin, keterbukaan hati untuk belajar, tidak putus asa, bersedia muhasabah kelemahan diri dengan pasangan...!..insyaALLAH kalian akan jadi pasangan yang romantik lagi menghiburkan dan membahagiakan...!

Perlu belajar ekspresi diri, belajar kesukaan dan kebencian pasangan - barulah rasa bahagia tidur sekatil, makan semeja, jalan sekereta - kalau tak, timbul isu' macamana nak romantik, bila cakap je, bergaduh..!) bila jumpa je, panjang muncung atau muka ketat :O

Sebab itulah, benar sekali apa yang Prof Muhaya sebut di K Fiqh lepas, semakin lama kahwin, sepatutnya semakin terasa bahagia dan indah kerana kita dah banyak kali praktis dan berlakon jadi pasangan suami isteri yang baik...!

Itu belum bab suami isteri bergaduh sebab cara bercakap.... contohnya bila isteri meluah kepada suami kesedihan hati dan kerunsingan perasaan tentang sesuatu - suami realiti tentulah merespon dengan logik dan rasa tanggungjawab yang dimiliki - tapi isteri rupanya rasa lagi stress dan sedih dengan respon jawapan suami...!

Yang isteri harapkan ialah suami bagi jawapan dengan suara macho syahdu penuh pengertian, dengan skrip yang isteri bayangkan seperti dilafazkan sang hero dalam novel atau filem cinta...! Sedangkan hero movie kacak dan nampak understanding itu ikut skrip...!! Jadi mungkin pesanan untuk suami, jangan tengok bola je - pergi tengok movie cinta dan baca novel-novel cinta yang melambak di pasaran supaya boleh jadi hero sejati pada isteri :O (abaikan nasihat untuk suami ini kalau ia berbaur songsang )

Bab romantik seterusnya yang menjadi isu, 'kalau poligami, tak ada lah romantik-romantik ni sebab semuanya perlu berjadual dan ada giliran...romantik tu kan surprise and anytime...! Tak boleh nak call bermanja kacau suami bila suami kat rumah isteri lain bla..bla.."

Wahai isteri yang disayangi, apakah kita menyangka kalau tak poligami - kita tak perlu berjadual dalam merancang kehidupan suami isteri???

Salah satu sebab besar gagalnya
hubungan suami isteri ialah tak menjadualkan dan tak memberi prioriti kepada maintainance cinta suami isteri. Jumpa klien ada jadual, uruskan sekolah anak ada jadual, jumpa kawan ada jadual, program agama, program kemasyarakatan ada jadual - tiba-tiba tak ada jadual untuk privasi suami isteri..? Dengan izin ALLAH, Memanglah pasti makin lama suami isteri makin jauh..!

Tak poligami sekalipun, Kalau isteri asyik nak call atau sms suami tanpa berjadual atau ikut prioriti - suami jadi rimas dan bosan :D

Dalam poligami atau pernikahan biasa (monogami), karakter pasangan yang bahagia ialah mereka saling menjadualkan masa untuk pasangan dalam kesibukan harian..!

Bila masa nak date, nak exercise sama, nak sembang dan saling meluah, nak bermanja-manja dalam bilik atau di luar bilik, nak share tazkeerah, nak raikan tarikh-tarikh penting, nak belanja bagi hadiah - most of the time perlu dirancang dan dijadualkan...kalau tak, masa berjalan begitu saja, cinta dan ikatan hati semakin tiada.. (dengan nota: bukanlah jadual jadi macam robot: mestilah ia fleksibel dan sesuai dengan fitrah suami isteri, dan kadang-kadang ia spontan - kenali pasangan dan nature rumahtangga masing-masing - buat jadual masing-masing - hingga akhirnya agenda cinta suami isteri menjadi rutin yang meneguhkan rumahtangga)

___________________________


Sekian perkongsian kali ini, moga bermanfaat :)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...