Friday, November 30, 2012

Kenikmatan Di balik Kesulitan :)



Teman-temanku yang baik, moga hari ini kita lebih kuat, positif dan sabar menempuhi kehidupan. Kehidupan ini seluruhnya adalah ujian. Kehidupan adalah jambatan bertemu tuhan. Di kesempatan yang masih ada, teruslah kita berbuat baik merentasi kesenangan dan kesulitan.

Pesanan untuk diri saya dan kalian, pandanglah segalanya dari nilaian Ar Rahman, akan tenanglah hati di sebalik kepedihan dan kekecewaan.

Allah yang Maha Penyayang memberi ujian agar kita terus menjadi hamba ALLAH yang lebih baik, membuang kelalaian, meninggalkan kemaksiatan, melunakkan perasaan, menjauhi keegoan dan kesombongan.

Fokus kepada tuhan sesungguhnya memberi kemanisan berpanjangan di dunia hingga kehidupan berkekalan..insyaALLAH. Jangan sekadar pandang mereka yang menjadi ujian kepada kita, namun yang lebih dan paling pandanglah RESPON kita sebagai hamba tuhan ♥

"Dan kemudian dikatakan kepada orang bertaqwa, Apakah yang telah diturunkan Tuhanmu? Kebaikan. Bagi orang yang berbuat baik di dunia ini mendapat balasan yang baik. Dan sesungguhnya negeri akhirat pasti lebih baik." (an nahlu: 30)








"Do not be surprised when difficulties happen in this worldly abode. It is only revealing its true character and identity."

{Do people think that on their mere claiming, “We have attained to faith”, they will be left to themselves, and will not be put to a test?} (Al-`Ankabut 29:2).

{Consider the flight of time! Verily, a human is bound to lose himself, unless he be of those who attain to faith,
 and do good works, and enjoin upon one another the keeping to truth, and enjoin upon one another patience in adversity} (Al-`Asr 103:1-3).

"The most severely tested people are the prophets, then the next best, then the next best. A man will be tested in accordance with his level of commitment to God" (Ibn Hibban).

:)









Wednesday, November 28, 2012

Poligami: Apa sebab yang kukuh?



Cereka poligami tak kunjung habis. Ayuh kita lalui dengan saling memahami, saling memotivasi dan saling memahami.


"Akak boleh bagi suami akak kahwin lagi kalau dia ada alasan dan sebab yang kukuh"

Kalau ada gadis yang berkenan dengan suami akak, kukuh tak alasan tu...?

Kalau suami akak tersuka dan terjatuh cinta pada seorang gadis, kukuh tak alasan tu...?

Saya tahu jawapannya...:)

Dan pada saya, tidak ada satu alasan dan sebab yang kukuh pun untuk suami bentangkan pada isteri kenapa ingin berkahwin lagi, melainkan kalau si isteri sendiri yang meyakinkan suaminya bahawa suaminya perlu berkahwin lagi atas alasan dan sebab yang diyakini isteri.

Tak perlu minta saya pujuk isteri agar sudi berpoligami kalau anda sebagai suami pun tak mampu pujuk, apatah lagi saya yang tak tahu kisah rumahtangga kalian berdua. Hanya isteri itu sendirilah yang boleh memujuk hatinya sendiri, dengan sokongan suami yang memahami pastinya.

Tidak ada situasi yang menyenangkan dan menenangkan isteri jika ditanya, bila masa dan keadaan yang sesuai untuk suaminya berkahwin lagi...

Saya sendiri, suami berkahwin lagi ketika saya berumur 28 tahun, anak masih kecil berusia setahun lebih - apa komen sebahagian pembaca blog..? "Sampai hati suami awak kahwin lagi, sedangkan baru tiga tahun awak berumahtangga..." Tidak tahukah dia komen lain, sampai hati suami kahwin lagi setelah lima belas tahun berkahwin...

Kalau tunggu anak besar, dikatanya sampai hati tak fikir perasaan anak anak yang malu ayahnya berkahwin lagi...

Komen lain, "tengoklah tu kahwin dengan anak dara, bukan nak kahwin dengan ibu tunggal atau yang dah lanjut usia..."

Sedangkan sahabatku, ada isteri isteri lain yang merasa tertekan dan tak sangka suaminya memilih wanita yang jauh berusia, sedangkan dirinya masih muda, cantik bergaya. rasa tercabar dan tak boleh menerima suaminya berkahwin lebih matang...

Jadi teman temanku yang baik, tak perlulah kita tunggu alasan yang diberi suami, apakata kita sendiri memberi alasan itu pada suami...

"Abang... abang ni suami yang baik dan bertanggungjawab...abang kahwinlah lagi, supaya dapat jadi suami yang baik kepada perempuan-perempuan lain..."

"Abang...abang orang yang beragama dan berilmu, abang kahwinlah lagi supaya kita dapat besarluaskan keluarga islami kita..."

"Abang....abang ni romantik, caring, loving... abang kahwinlah lagi.... supaya wanita lain pun bahagia dalam rumahtangga..."

:)






Tuesday, November 27, 2012

Berkahwinlah dengan mata terbuka.



Duduk duduk di taman Setia Alam petang ahad itu, tiga pasang pengantin kelihatan mencari posisi sesuai merakam gambar perkahwinan... saya tahu gambar itu adalah memori suami isteri namun nampaknya pasangan suami isteri hari ini terutamanya bakal isteri begitu fokus kepada perkara yang kurang penting seperti photography session dan baju pengantin serta pelamin hingga melupakan perkara yang penting dalam rumahtang
ga iaitu menjadi isteri solehah...!

Masuk ke alam perkahwinan dengan jahil dan emosi saja...! Dengan mata tertutup dan khayalan yang merosakkan..! Bukan semua, tapi kebanyakkan begitu, baik lelaki dan wanita...! Malah saya juga satu tika dulu..! :O

Saya kahwin untuk menjaga hati, itu dorongan utama. Ingin berkasih sayang dalam hubungan yang halal.


Ya, kalian juga orang muda yang bersemangat bila bercinta, tak sabar sabar nak peluk cium...! 


Tapi tahukah kalian tanpa ilmu, nasihat dari orang berilmu, meninggalkan Quran, kalian akan merasa kosong dan sakit dalam perkahwinan...??? Kalian akan hilang nafsu dan perasaan pada suami/isteri tak kira lah cantik atau kacak macam mana sekalipun..!???

Islam menganjurkan pernikahan untuk menjaga kesucian hati dan kehormatan diri. Tetapi masalah nak jaga hati itu rupanya sangat kecil dalam perkahwinan. Sebelum kahwin rasa nak dekat, hari-hari dating, video call tak habis, sembang tak sudah, gelak ketawa, jiwa bergelora, merajuk rajuk manja - lepas kahwin rasa terpukul kenapa takde perasaan suka dan tenang pada suami atau isteri, sentuhan tak lagi mendamaikan, kata-kata semuanya meyakitkan, pandang muka masam mencuka, jelingan kemarahan,...

Kerana kita sibuk fikir kenduri kahwin puluhan ribu dari memikirkan akhlak sendiri yang buruk, palsu dan menipu..!

Jika sebelum kahwin kita orangnya yang membentak-bentak pada mak ayah nak kahwin, cakap kasar, melawan, meninggi suara, ikut nafsu perasaan bermanja dengan lelaki yang tak halal disentuhi, itulah diri kita selepas nikah - menjadi sembilu di jiwa suami, perlahan lahan meletakkan diri dalam murka Allah...!

Akan menjerit jerit pada suami, memboikot suami di tempat tidur, bermasam muka, menghempas barang, akan buat apa saja untuk ikut perasaaan..!

Kalau kahwin nanti, saya ubahlah perangai, kata kita. Saya dulu juga sangka begitu, akan mudah ubah akhlak dan habit untuk ikut kesukaan suami..NO..

Sayangku, akhlak bukan macam try baju kat fitting room. Try test tengok. Bukan boleh main sarung-sarung akhlak baik kat badan. Ia adalah hasil ilmu yang dimujahadah pada diri. Ia adalah hasil keimanan pada tuhan. Ia hasil pergaulanmu bertahun tahun dengan orang baik lagi soleh. Ia adalah kesediaanmu berubah dan terus berubah.

Jika asyik belek majalah fesyen, novel romantis, gosip artis, make up, fashionista, drama cinta, lagu cinta, mencari cinta - dah boleh baca yang kita tak kan bahagia dalam rumahtangga, dan tak kan membahagiakan suami..!

Jom kita berubah, kita semua ada kisah silam - dulu gila movie cinta, novel cinta, hidup sibuk untuk cinta manusia.. sekarang kita nak tukar arah kehidupan. Tukar dirimu wahai muslimah, jiwa mu, fikiranmu, di atas landasan iman dan islam ia mesti berjalan, di situ ALLAh temukan mu kebahagiaan..insyaALLAH.

Bukan nak salahkan wanita saja, kalau nak cerita keburukan lelaki hari ini, banyak kisah yang lebih menyayat hati..Jom semua, lelaki dan perempuan, kita menjadi hamba ALLAH yang beriman..itulah ubat segala kerosakan dan kesengsaraan.

Hentikan menyalahkan pasangan dan orang lain...! Kita sendiri lakukan perubahan...!












Saturday, November 24, 2012

Menahan keburukan kerana ALLAH.




Teman-temanku yang kecewa dengan ujian yang datang melalui teman-teman, famili, dan rumahtangga - ketahuilah bahawa ujian ini semuanya sangat penting untuk mengukur hubungan kita dengan ALLAH. Kita adalah hamba ALLAH, tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH. Kalau kita bersikap buruk kerana sikap teman-teman kita macam tu juga pada kita- maka kita adalah hamba mereka dan hamba dunia...

"Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amalan soleh, sambil berkata: sesungguhnya aku ialah dalam kalangan Muslimin!. Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. 

Tolaklah (kejahatan) dengan cara yang lebih baik; maka (engkau akan dapati) orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat. Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai  bahagian yang besar (dari kebahagiaan dunia dan akhirat” ( Surah Fussilat, Ayat 33-35)

Semua ujian yang ALLAH datangkan pada kita antara hikmahnya adalah kerana ALLAH ingin menanggalkan dunia dari hati kita. ALLAH mahu kita mengagungkan ALLAH di segenap nafas dan kehidupan. Manusia dan harta menjadi ujian yang tak berhenti, setiap tahap kehidupan akan ada manusia dan harta yang menjadi ujian nafsumu yang ingin menjadi soleh solehah.

Diriku juga sepertimu, secara berkala ada ujian yang ALLAH datangkan yang sakit merentap jantung hati, Namun dengan persiapan iman insyaALLAH hati kita kembali kuat dan sabar serta bersyukur kerana ALLAH sayangkan kita dengan ujian ini...

Manusia dan harta yang diberi dalam hidup, duit, serta anak dan teman-teman - manfaatkanlah untuk kita menjadi manusia yang benar-benar manusia. Mengenal ALLAH. Hidup dan mati untuk mencari redha ALLAH.

Kebahagiaan dan kasih sayang sempurna HANYA diberi ALLAH, bukan dari lelaki atau wanita yang memang pasti mengecewakan kita kerana mereka juga mengharap kesempurnaan dari kita. Cinta dan bahagia selamanya hanya di syurga. Kat sini, tak jumpa. Di dunia ini, sedikit harta dan kasih sayang yang kita peroleh, kita bersyukur dan kongsikan dengan orang lain semampunya... ALLAH akan tambah-tambah lagi.

Jangan post di wall fb mu kata-kata sinis atau mengaibkan tentang teman mu itu, walau tanpa nama, kerana di facebook penghuninya know what's on your mind :O

Tutuplah keaiban saudaramu kerana kita juga banyak keaiban yang ALLAH tutup. Berbuat baik dan berkatalah yang baik kerana ALLAH sangat baik dengan kita. Kita buat baik kerana kita ingin baik kerana ALLAh. Bukan kerana dia.


Barangsiapa yang menutup kesalahan dan keaiban saudaranya di dunia, ALLAH akan menutup kesalahannya di akhirat kelak- sahih.















Tuesday, November 20, 2012

Poligami: Suami tak mampu kewangan...?



'Suami tak cukup duit, tapi nak kahwin lagi.'

Berkali-kali saya ditanya pandangan tentang ini, maafkan saya lambat merespon kerana saya juga membantu mencari jawapan kepada persoalan kewangan yang bukan mudah. Ia bukan sekadar isu yang timbul bila suami mahu berkahwin lagi, tetapi juga cabaran rumahtangga yang paling besar untuk pasangan suami isteri hari ini. Keberantakan rumahtangga akibat aliran keluar masuk tunai yang jauh lebih besar melebihi pendapatan kita semua... Siapa yang punya masa untuk berkasih masa ketika kepenatan dan tekanan mencari rezeki melingkari jiwa...?

_________________

kak nurul, tlg saya... suami saya ada mintak nak kawin lg.... tapi masalahnya... mampukah dia? gaji dia rm 1800,keluarga saya baru nak mula... rumah pun belum ada, duduk menyewa, anak 3 org... x lama lg nak sekolah... saya kenal org yg suami saya berkenan tu... tapi dia belum tahu yg suami saya minat kat dia.... mampukah dia./??? setiap bulan pun kena bercatu... saya pun bekerja bantu dia... tlg saya kak nasihatkan saya... cam ne saya nak buat... sbb saya tgk akak tabah...

____________________


Saya tiada jawapan yang spesifik namun ada beberapa perkara yang saya terfikir dan ingin kongsikan:


1 - Perkahwinan atau berkahwin lagi tidaklah menjadikan seseorang itu bertambah miskin, susah dan daif kehidupannya. Mungkin lebih bertambah rezeki kerana kita semua percaya 'anak adalah rezeki'. Maksud yang sebenarnya ialah setiap dan seluruh insan yang ALLAH lahirkan di muka bumi ini telah ada rezekinya yang tersendiri. Isteri yang baru, atau isteri kedua akan ada rezekinya sendiri dalam pernikahan. Orang lain tidak sama sekali akan menarik atau menghilangkan kekayaan kita atau menyebabkan kemiskinan diri kita kerana janji ALLAh adalah benar semua hamba diberi makan dan minum.


Malah, perkahwinan adalah salah satu sebab bertambahnya rezeki dan menjadi kaya. Mudah-mudahan ALLAH bantu kita, isteri baru dan suami bersabar mencari rezeki tuhan. Lalui kesusahan sama-sama.

2 -  Yang memberi kekuatan kepada seorang isteri menerima atau melalui alam poligami bukanlah kewangan suaminya yang mantap, sekalipun duit itu begitu penting di segenap kekuatan. Yang memberi kekuatan adalah ilmu dan keimanan. Lagipun, saya sendiri misalnya, bila ALLAH bagi lebih sedikit rezeki duit pada saya, saya rasa nafsu berbelanja makin besar. Saya dan kita semua seperti yang rasul SAW kata, beberapa banyak sekalipun diberi kekayaan, tak rasa cukup. Ya nafsu kita akan tak pernah puas dan cukup. Jadi jangan sesekali sandarkan bahagia atau ketenangan pada duit atau perkara dunia. Ia akan merosakkan jiwa kita.


Dari persoalan itu saya merasakan 'tergamaknya suami berkahwin lagi dalam anak isteri hidup kesusahan'. Temanku yang dikasihi, suami tahu dia tak senang namun dia berkeinginan untuk berkahwin lagi. Dia bukan beerti mahu membuang atau mengetepikan keluarga sedia ada, namun dia berasa dia mahu bernikah lagi dan akan bekerja keras untuk menyara kedua keluarga lagi... Banyakkan komunikasi dengan suami.

3 - Jadi saya cadangkan begini, kita tidak mampu mengubah seluruh suasana, namun ALLAH mengajar kita untuk mengubah suasana diri sendiri. Insya ALLAH ALLAH ubah suasana rumahtangga kita. Pertama, yakinlah bahawa ALLAH Maha Teliti, Maha Adil memberikan segala keperluan kita dan anak. Carilah keimanan pada sifat ALLAH yang Maha Pemurah, jika menyandarkan keyakinan dan harapan kepada suami atau kerjaya suami atau kerjaya kita, sandaran kita itu sangat rapuh dan boleh rebah bila bila masa saja. Bila dalam solat dan di luar solat kita menyerahkan hati dan hidup seluruhnya kepada ALLAH - kita yakin menempuh ujian mendatang.


4 - Perasaan suami bernikah lagi itu begitu berat, apatah lagi dengan kewangan yang teruji. Maka yang harus dilakukan adalah tetap berusaha menjadi isteri yang terbaik di mata suami, dengan menjadi hamba yang terbaik di mata ALLAH. Ia tak mampu diuraikan dengan kata-kata, namun sebaik sahaja kita menjejaki jalan mencari keredhaan Tuhan, mengenali dan mendekati Tuhan - banyak pintu-pintu kebaikan dan kedamaian ALLAH bukakan untuk kita... Buat baik dengan suami sebab kita nak ALLAH cinta. Bila ALLAH cinta kita, ALLAH bagi rezeki mencurah-curah bukan sekadar duit namun kasih sayang suami, anak-anak, ilmu, dan yang paling berharga adalah rezeki hidayah.


Jadikan ujian poligami ini wasilah indah untuk mencapai bahagia yang lebih beerti - kesakitan kepedihan kita ALLAh akan bayar jika kita bersabar,..


Saya bukanlah setabah yang kalian sangka -, suami saya, madu-madu saya, teman-teman rapat saya pun tahu saya manusia biasa tiada lebihnya dari kalian. Kita hanya berbeza dan terus berbeza dalam hubungan kita dengan ALLAH. Saya mencemburui amat-amat wanita-wanita yang ada hubungan sangat istimewa dengan Tuhannya, kerana saya tahu mereka lah orang-orang yang beroleh sebenar-benar bahagia. Mereka kaya bukan sekadar hidup dengan kaya duit namun kaya ilmu dan akhlak , mereka mulia, mereka redha pada ALLAH dan ALLAH pun redha pada mereka.


Tiada ketakutan, tiada kesedihan pada mereka. Berkerjalah mencari rezeki membantu suami,  ikhlaskan kerana ALLAH, bukan kerana mengelak suami berkahwin lagi - dan bekerja sebagai hamba ALLAH yang menyerahkan seluruh duka lara pada DIA. Dia akan memberi jawapan yang dirimu mahukan, bukan dari saya. Kerana saya juga banyak persoalan yang menanti jawapan DIA. DIA akan tenangkan hatimu walau sulit kewangan, DIA tahu keperluan anak-anakmu dan akan mencukupkannya. 



Saya pun rasa sangat sayang kalian pembaca semua :) bagaimana pula kasih sayang ALLAH yang Maha Penyayang kepada kita semua..? ALLAH saaaaaangat sayang kita semua, sambutlah cintaNYA.





Sunday, November 18, 2012

Bantu suami jadi hero :D

Gambar Abdullah masa muda dan gambar papa masa muda :D


Assalammualaikum wa rahmatullah....Apa khabar sahabat sahabat heroin saya semua :)

Moga berada dalam kesihatan fizikal ketenangan emosi dan tidak putus asa melalui  kehidupan yang sentiasa berisi ujian kesenangan dan kesusahan. Sebelum hanyut dengan kesedihan dan kegembiraan, ingatlah ..! Sesungguhnya hidup kita bukan habis di dunia namun ini adalah tempat ujian yang memilih kita untuk kehidupan seterusnya !

Ohh tengoklah gambar hero saya, Abdullah dan papanya :P mesti ada heroin yang teruja… jom sahabat sahabat semua, kita jadi heroin yang membangun ke'hero'an dalam diri warga lelaki famili kita iaitu suami dan anak-anak… hero tak turun bergolek dari langit ya !! :D

‘Beruntung nurul dapat suami yang baik’..hehe inilah statement biasa bila sekeping gambar kaku abdullah dan papanya di upload ke fb atau blog.. .sedangkan kami pun ada hujan panas, ribut taufan dan perang hihi samada isu suami isteri atau isu anak ! Jangan sekadar baca blog saya untuk jadi bersedih dengan suami sendiri dan rumahtangga sendiri sebaliknya kita sama belajar dan mengubah diri ya!

Antara cabaran yang dikongsi di alam rumahtangga di zaman moden ini ialah pengurusan rumahtangga, di mana keluhan isteri adalah suami tak bantu jaga anak dan tak bantu mengurus rumah. Isteri dah penat bersesak-sesak pergi balik kerja naik tren dan bas, bantu suami cari duit, sampai rumah kena jadi superwoman lagi…! Sebelum isteri pakai ‘seluar dalam’ di luar pakaian sebagai tanda superwoman (baca; gila tertekan), ayuh kita bekerja sama mencari solusi untuk isu ini. Kita bantu suami menjadi hero meringankan tugas wanita yang berkeluarga berkerjaya dan mudah-mudahan anak lelaki kita mencontohi hero keluarga kita !

Sekali lagi wahai heroin para pembacaku  tersayang, saya pun gaduh dengan suami bab urusan jaga anak dan uruskan rumahtangga, sebelum ada anak pun banyak je konflik macam kalian semua..jangan sedih-sedih ok, kita semua berpeluang jadi isteri dan ibu yang bahagia dan membahagiakan…! :D insyaALLAH.

Macammana caranya…? Ada assignment/tips yang para isteri dan ibu kena buat untuk melahirkan suami dan ayah yang penyayang..!

‘Boleh ke boleh berubah?? Suami saya memang macam tu…! Suami orang lain boleh lah kot berubah…!!??”

Boleh insyaALLAH. Sebelum dan semasa tips di bawah dilaksanakan, terus buat golden rule # mendekatkan diri dengan ALLAH. Berdoa dan berdoa. Mencari redha ALLAH dan bertaubat.

“Saya letih, penat, stress, sebab suami tak bantu buat kerja rumah…sama-sama pergi kerja tapi bila balik rumah, suami terus online depan laptop. Facebooking, main games atau baca suratkhabar atau tertidur. Saya bertungkus lumus masak kemas kat dapur dengan anak. Malam rasa nak pengsan tapi suami nak kita layan dia pulak…! :((("

Kita wanita bukan makhluk mangsa apatah lagi menjadi mangsa kepada suami, kita perlu kuat dan mengambil tanggungjawab atas ujian yang ALLAH bagi. ALLAH berkehendak menguatkan iman dan jati diri kita sebagai isteri dan ibu… ameen insyaALLAH. Sangka baik kita pada ALLAH akan selalu mendamaikan perasaan..

Tips ini saya dapat di laman web keibubapaan, alhamdulillah bila saya praktikkan dari anak lahir, ALLAH bantu saya dan suami harmoni dan boleh bekerjasama dalam menjadi ibu bapa di sebalik cabaran yang kadang menjelma…  moga bermanfaat untuk yang anak satu atau anak yang ramaiJ  


1. Bina hubungan yang baik sebagai couple sebelum menjadi parents  - Menjadi parents perlu rasa teamwork yang tinggi dalam perkahwinan. Justeru, kita perlu saling kenal kelemahan dan kekuatan, memberi support dan bahasa cinta yang pasangan perlukan, memberi dorongan, berkongsi kritikan membina, belajar menyeludup ke dalam fikiran dan perasaan orang lelaki (suami kita) – dengan sifat memahami yang tinggi – kita mampu bantu suami menjadi lebih baik sebagai suami dan ayah.

Sepanjang perkahwinan, perlu bina budaya meluah dan berkongsi dengan sihat dan penuh kepercayaan – itu yang mengikat dan memesrakan hati kita dan suami - membuatkan suami bersemangat membahagiakan kita! insyaALLAH!

"Abang..kelebihan abang begini dan begitu.. Nurul rasa gembira dan tenang bila abang buat begini dan begitu.. Satu perkara yang nurul rasa abang boleh baiki adalah begini dan begitu"

Ok, tak payah skema macam saya, ikut bahasa anda dan pasangan, boleh secara berhadapan atau melalui tulisan.. tanya feedback suami dengan luahan kita. Tanya suami, apa pula nasihat dan tegurannya untuk kita memperbaiki diri.

Bila dah banyak kenal dan faham suami, kita mampu jadi teamwork yang baik bila ada anak. BAIK, bukan sempurna.


2. Hargai cara suami membantu.

Dari anak lahir, jangan asyik mengkritik tapi memuji dan mensyukuri. ALLAH dan Rasul mencintai insan yang bersyukur kepada manusia.

"Eh apa pulak abang dukung baby macam tu…"

"Eh abang ni bahaya lah cara abang mandikan anak..."

"Abang ni kasar lah main dengan baby, kan baby lagi tu.."

"Abang ni..tolonglah tengok anak tu, tak nampak ke saya sibuk kat dapur …haishhh!!"

Ohh kalau macam tu dialog kita, jangan pelik kalau suami malas dah nak bantu isteri jaga baby dan urusan lain..! Tukar statement negatif di atas kepada yang positif dan menggembirakan! Spesifik dan membina semangat! 

"Abang..terima kasih jaga saya waktu kat hospital. Kehadiran abang bagi semangat kat saya bla..bla.."

"Abang terima kasih bantu uruskan anak…buat itu..buat ini"

"Terima kasih mandikan baby.. dapat saya rehat kejap.. Betul cara abang mandikan tapi bahaya sikit kalau mandi dalam sink macam tu je.. saya cadangkan abang buat begitu dan begitu.. thank you abang" dengan ciuman manja hehe

Bercakap kepada suami dengan nada happy dan penuh cinta ok, tak semestinya dengan bahasa buku teks contoh saya bagi tu :D

Dengan penghargaan isteri yang tulus, suami sangat terdorong untuk lebih banyak terlibat dalam mengurus dan mengasuh anak.

3. Hormati pandangan  suami dan bincang masalah atau konflik secara privasi, tidak di depan anak-anak supaya anak-anak lebih menghormati ibu ayahnya, yelah pergaduhan dan konflik yang normal akan ada sesi mengkritik dan kadang ter over :D tak sihat untuk perasaan anak :O 

Kalau bergaduh depan anak, tunjukkan juga cara berbaik dengan depan anak supaya anak-anak belajar it's ok to gaduh-gaduh tapi kena resolve conflict dan berbaik semula. 

Jangan bersaing untuk jadi the best parent depan anak-anak, nak tunjuk yang kita ibu serba boleh,... ajak ayah bergembira dengan anak, ajak ayah jadi hero, menghabiskan masa dengan anak, ajak anak-anak bersyukur pada ayah mereka, mudah-mudahan anak juga bersyukur punya ibu yang menyayangi ayah mereka yang berusaha menghidupkan keluarga dengan kasih sayang..

Tips ini sangat penting terutama jika suami anda tak biasa dengan anak-anak sedangkan jauh di sudut hati dia ingin menjadi ayah yang disayangi dan menyayangi..! Tunjukkan dengan hikmah! 

4. TLC – Trust , Love, Care. Percaya, Cinta, Beri perhatian kepada perkara kecil dan besar. Mencintai suami tanpa syarat. Mensyukuri suami dengan mengiktiraf segala kebaikan dan pemberiannya mampu memberi kekuatan kepada suami untuk menyayangi dan memberi lebih banyak lagi kepada anak dan isteri.

5. Dorong suami untuk jadi role model kepada anak – Kongsi dengan anak-anak, apa kelebihan ayah mereka, dan kongsikan dengan suami, apa kelebihan suami yang kita nampak… Kalau rasa suami tak ada kelebihan, cari juga kebaikan dan kelebihan yang tersembunyi , ingat balik dulu apa reason kita terpaut pada suami atau tergilakannya :D – jadilah isteri yang mampu memberi semangat, inspirasi dan perhatian kepada usaha suami dalam membangun keluarga …! Wanita boleh mengubah dunia dengan kelembutan, perhatian dan kasih sayangnya!

6. Bantu suami meningkatkan cita-cita dan mengembangkan bakat dan hobi – e.g sports, photography, writing…

‘Abang…bagus abang suka menulis dan berkongsi ilmu agama, kita sama-sama belajar agama ALLAH kan… ramai orang dapat manfaat dari tulisan abang, walau abang selalu takde, nurul dapat pesanan dari tulisan abang.. ‘ hei, kamu hilang banyak masa bila suami sibuk menulis dan membaca tau…! Namun carilah juga sisi positif :D

Suami asyik tengok bola dan main bola atau futsal…? Ajak suami beriadah juga dengan isteri dan anak, puji kelebihan suami mengamalkan gaya hidup sihat walau isteri stress dia asyik di padang…:O Puji fizikal dia yang tough sebab bersukan hoho

Suami suka kamera, sibuk ambil gambar, amik gambar anak-anak, gambar nature, gambar peristiwa…??? Pandai-pandai manfaatkan gambar yang suami amik untuk mengikat hubungan anak dengan suami, famili dan tuhan…

Suami suka main games, layanlah sekali sekala main games menghiburkannnya nanti suami akan balas juga dengan menggembirakan isteri dan menunaikan permintaannya… bila isteri berusaha menggembirakan dan memahami suami, suami akan berusaha yang sama juga kelak…! Jangan putus asa dengan suamimu…! Tak perlu puji atau nampak kelebihan suami orang lain kerana banyak kebaikan suami terpendam, menunggu heroin menghidupkan :D

Jangan amalkan tips ini hanya sekali, tapi berkali kali selagi bergelar suami isteri.. suami kalian perlukan kalian untuk mendorongnya…positif dan istiqamahlah, ALLAh akan memberi hadiah yang indah atas usaha heroin sekalian membangun suami sebagai hero isteri dan anak-anak insyaALLAH ..!!

Mana yang relevan amalkan, mana yang tak relevan, abaikan :) 

Indeed, a father’s role is way beyond simply providing for the family, and as his partner, we women need to devote ourselves into supporting him in this task. Fatherhood is a tough role to fulfill, but behind every great father is the encouragement, affirmation, trust, respect, love and full support of his family. (Smartparenting.com)







Friday, November 9, 2012

Isteri: Cabaran Menjaga Kehormatan Diri



Entri sebelum ini merujuk kepada suami, apa khabar pula isteri? Tertanya-tanya kenapa suami tak berinisiatif untuk hubungan seks?

Jika dulu sebelum berkahwin seorang wanita boleh memujuk rayu, berlemah lembut hingga lelaki terdorong untuk memesrai sebelum kahwin, apakah tidak menggunakan kemesraan yang sama untuk mengajak suami berhubungan intim selepas hubungan menjadi halal...

Dah cuba tapi suami me
nolak? Sama sahaja perasaan suami dan isteri, akan terasa hati jika pasangan menolak sentuhan untuk hubungan intim. Suami terasa jika isteri menolak, isteri juga kecewa jika suami menolak inisiatif isteri...

Apatah lagi isteri yang jarak jauh, berjumpa seminggu sekali, atau dua minggu sekali atau sebulan sekali - namun suami seperti tidak cenderung untuk hubungan seks... sedangkan setelah berhari-hari ditinggal suami/isteri, pasti ada gelojak perasaan masing masing kepada pasangan...apa yang berlaku di sebalik kejauhan pasangan dan kehambaran?

Jika isteri ada cabaran memesrai suami di waktu mengandung dan selepas melahirkan, suami juga ada cabaran hormon yang tersendiri dan harga barangan yang naik di pasaran tempatan dan dunia juga menjauhkan minat suami dari hubungan seks.

Sebelum bersangka suami ada perempuan lain, sebab itu dingin dengan isteri - belajarlah memahami hati dan fikiran seorang lelaki. Jika isteri mahu dihargai dan diberi perhatian istimewa, suami juga penting untuk rasa dirinya dicintai, dihormati, dihargai dalam membuka hati dan fikirannya untuk memesrai isteri.

Kritikan, leteran dan rungutan yang kerap akan menyerabutkan fikiran suami, jadi tak mungkin hati yang tersinggung dengan kata-kata isteri akan bernafsu untuk memesrai isteri...

Jika suami diasak tekanan di tempat kerja dan punya masalah kewangan yang besar, dia tidak mampu memberi pada relationship. Maka isteri berperanan besar menyegarkan suami dengan tindakan dan kata-kata yang manis menyejukkan - bak kata Dr Zubaidi - power isteri lebih hebat dari tongkat Ali... urutan dan sentuhan yang menyamankan dari isteri, insyaALLAH suami terbuka untuk menggembirakan isteri dengan hubungan intim.

Sama seperti isteri - stress dan penat keterlaluan akan melupakan suami dari seks. Suami isteri menjelang malam, letak saja kepala di bantal terus pengsan... isteri pun sedih keseorangan mengharap belaian, sentuhan dan kata-kata cinta dari suami.

Bersediakah isteri yang baru dan telah lama berkahwin untuk memahami situasi suami?

Jika hormon bermesra isteri jatuh merudum setelah melahirkan, suami juga hormon bermesranya jatuh dengan tekanan di tempat kerja. Juga bertambah kehabisan hormon bila bertemu pula isteri yang tidak memahami lagi tidak menenangkan....

Suami dan isteri, ayuh persiapkan iman dan kesabaran. Ayuh mencari ilmu dan tambah skil dan akhlak mulia - bagaimana kita boleh support suami atau isteri kita untuk tetap mempertahankan rumahtangga - dengan mencari ruang bermesra samaada hubungan intim atau yang lainnya...?

Jangan cari solusi dengan mencari perempuan lain yang kononnya lebih menenangkan, atau isteri curang punya kekasih hati yang lain kerana suami dingin tanpa perasaan yang didambakan...

Moga ALLAH melindungi rumahtangga kita semua..
 
 
 
 
 
 
 

Suami: Cabaran Menjaga Kehormatan Diri





Wahai pemuda, ingin bernikah kerana ingin menjaga kehormatan diri...? Kalian memilih saluran yang benar. Dalam masa yang sama, apapun pakej kenikmatan yang ALLAH bagi dalam kehidupan ini datang bersama cabaran dan ujian. Tiada kesempurnaan.

Nantinya setelah bernikah, di sebalik kurnia hubungan yang halal, pasti akan menghadapi cabaran untuk memesrai isteri. Waktu suami ingin berhubungan, isteri menolak dan keberatan lagi menjauh, secara fizikal dan emosi...atas sebab yang pelbagai.

Tiga bulan selepas bernikah, isteri mabuk muntah-muntah mengandung. Isteri bukan sekadar lembik tak bermaya fizikal malah isu yang sering timbul ialah tak boleh tahan bau badan suami. Tak boleh suami dekat, apatah lagi untuk bermesra dan hubungan seks. Persiapkan diri menghadapi situasi ini walau bukan semua isteri mengalaminya.

Komunikasi pada isteri dengan lembut dan berhikmah akan keinginan perasaan...

Kadang hal itu berakhir setelah kandungan berusia 3 bulan, tapi kalau 9 bulan mengandung tak larat nak melayan suami untuk hubungan intim...? Persiapkan iman dan kesabaran.

Selepas melahirkan, hormon menyusu ibu menjatuhkan hormon-hormon lain yang mendorong untuk hubungan intim... Dah bersabar 9 bulan, berapa bulan lagi suami nak sabar? Ia bukan berlaku pada semua isteri, namun mungkin isteri anda yang terpilih.. Maka bersedialah.

Isteri juga suka hubungan seks seperti suami namun isteri perlu lebih banyak suasana yang meransang emosinya sebelum fizikalnya. Jika suasana tidak menyenangkan untuk isteri, ditambah pula suami tidak meransang fizikal isteri dengan sebaiknya untuk isteri menikmati hubungan intim, suami hanya menyelesaikan nafsunya - ia hanya menambah benci dan jarak isteri kepada suami.

Dalam situasi biasa tidak mengandung, isteri berkongsi cabaran yang serupa dengan suami apabila menolak atau dingin untuk hubungan seks iaitu stress, penat keterlaluan dan berasa tidak dihargai, tidak dihormati.

Justeru harus suami dan isteri saling membantu mengurangkan stress pasangan, membantu kerja-kerja rumah dan urusan anak serta rumahtangga... Cari alternatif yang membantu isteri terutama jika suami meminta isteri juga bekerja...

Isteri akan terbuka hati untuk hubungan intim apabila rasanya dirinya penting, diberi perhatian dan penghargaan - dengan ucapan cinta dan terima kasih yang berkala - dengan sentuhan dan pelukan di luar hubungan seks... Isteri memang menjauh, jauh hati dan kecewa jika suami hanya berbaik dan menyentuh isteri bila mahu berhubungan intim.

Kalau suami isteri bergaduh, saling menyalahkan, saling memburukkan - ini adalah faktor utama yang menolak suami isteri untuk hubungan seks. Suami isteri pasti berkonflik - maka ubati dengan saling berbaik, memaafkan, memberi maaf dan bina semula bibit cinta dan kemesraan... Cari penyelesaian untuk isu-isu rumahtangga dan cari keserasian dalam berbeza pandangan dan keinginan.

Jika isteri merajuk, pujuk. Isteri bersedih, pujuk. Gembirakan isteri seperti mana Isteri juga perlu memujuk dan memasukkan ketenangan ke dalam hati suami.

Hubungan intim adalah ruang ibadah berpahala, maka memahami psikologi suami dan isteri sedikit sebanyak menjadikan seks sebagai ibadah yang indah.

[Mafhumnya] Abu Dzarr R.a. berkata bahawa beberapa sahabat Rasulullah s.a.w. berkata, "Ya Rasulullah, orang-orang yang banyak hartanya memperoleh lebih banyak pahala. Mereka solat sebagaimana kami solat dan berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka boleh bersedekah dengan kelebihan harta mereka." 
 
Nabi s.a.w. lalu berkata, "Bukankah Allah telah memberimu apa yang dapat kamu sedekahkan? Tiap-tiap ucapan Tasbih adalah sedekah, Takbir sedekah, Tahmid sedekah, Tahlil sedekah, Amar Makruf sedekah, Nahi Mungkar sedekah, Berjimak dengan isteri pun sedekah." Para sahabat lalu bertanya, "Apakah memuaskan nafsu syahwat mendapat pahala?" Nabi menjawab, "Tidakkah kamu mengerti bahawa kalau dipuaskan nafsu syahwat di tempat yang haram bukankah itu berdosa? Begitu pula kalau syahwat diletakkan di tempat halal, maka dia memperoleh pahala.  (Hadis Riwayat: Imam Muslim)

Setakat ini dari pembacaan, perkongsian muskilah teman-teman dan ilmu yang saya dapat di buku, web dan kursus perkahwinan... juga dalam kursus Pak Utih Ahmad Shafiai Uda Jaafar dan page and blog Dr Zubaidi Hj Ahmad..
 
Baca sambungannya dalam artikel entri seterusnya.
 
 
 

Tuesday, November 6, 2012

Reverse-Cinderella Syndrome :D



Reverse-Cinderella Syndrome :D

Wanita itu mulia dijadikan ALLAH dengan fungsinya untuk memberi kepada keluarga dengan membantu mengatur urusan dan berkhidmat di dalam rumah, mengurus, memberi inspirasi, mengasuh, mendidik, menenangkan, membantu mencari rezeki - samaada sebagai anak perempuan, isteri, ibu ... tetapi saya dan kamu lahir dalam dunia fantasi Cinderella yang dimomokkan saban waktu - bahawa kehidupan ini ada
lah untuk mencari seorang lelaki yang akan mendampingi, menjaga, menyayangi sepenuh hati seperti kamu puteri...! Mencari lelaki yang akan menjaga kamu dari susah payah dan keluh kesah...!


Tidak puteriku ! Dunia ini adalah tempat kamu bermandi ujian berpenat lelah menunaikan tanggungjawab...! Kasut Cinderella tidak akan menyelamatkan kita wanita dari ujian ALLAH yang tak berhenti..hanya iman dan taqwa...!
...
 

Kenapa jiwa terseksa dan tak bahagia... ? Kerana Reverse Cinderellah Syndrome..

Awal-awal zaman bercinta atau berkahwin, si putera lelaki memberi perhatian tak berbelah bagi kepadamu, mendengar dan melayan keluh kesahmu, memberi yang kamu ingin dan harapkan, memujuk dan menggembirakan... tetapi bila semakin lama, kamu rasa keseorangan dalam kesulitan - lelaki sibuk dengan peranannya kerana dia bukan putera raja yang ada segala keistimewaan. Kita wanita tersibuk dengan tugas wanita... akhirnya menangis sendiri sewaktu letih memberus lantai, menghadap kain baju menimbun tak berlipat, anak-anak menjerti bergaduh tak terkawal, badan tak boleh nak wangi kerana berpeluh-peluh di dapur mengurus anak dan memasak...kepenatan mencari duit, tertekan kesesakan di jalan...

Kenapa diriku tidak Cinderalla...?

Setiap kita mampu menjadi Cinderella (baca:wanita pilihan) paling istimewa, bila tiba saatnya. InsyaALLAH. Dengan kebaikan dan ketaatan pada Tuhan. Tapi bukan di dunia...

Hanya saja, model kita bukan kartun Cinderella tetapi wanita syurga yang ALLAH dan Rasul SAW rakamkan kisahnya buat kita - Iaitu Khadijah, Aseeyah, Fatimah dan Maryam... pada mereka ada teladan untuk gadis yang bujang, untuk yang bergelar isteri, untuk surirumah, untuk wanita yang berbisnes atau bekerjaya, untuk yang bergelar ibu, untuk yang ditinggal suami, untuk yang suami baik, untuk yang suami kurang baik, untuk wanita yang hidup susah, untuk wanita yang hidup kaya....

Kita ingin menjadi istimewa, pertama dan paling utama, di mata ALLAH, bukan sekadar di mata suami apatah lagi di mata lelaki entah siapa-siapa - maka pasti ALLAH jadikan kamu istimewa di mata manusia.

Dan sedarilah wahai diriku dan wahai para gadis, isteri dan ibu - bahawa kehidupan ini adalah perjuangan panjang penuh kesulitan dan cabaran, bahagia dan kecewa akan silih berganti datang - tujukanlah pencarianmu pada redha dan Cinta ALLAH yang Maha Agung...supaya hatimu tak akan berkali-kali terlukakan dan tersakitkan menanti putera sempurna yang tak kunjung datang :D mereka hanya di syurga.

Laluilah kehidupan bersama lelaki yang di sisimu - samaada seorang ayah, abang, suami, anak lelaki atau sesiapa saja dengan keimanan dan ketaqwaan ♥ mereka manusia biasa punya kelemahan dan kesalahan dalam mengharungi kehidupan, memerlukan kekuatan dan inspirasimu..!

# cetusan idea dari pembacaan hari ini di momlifetoday web.



:) moga bermanfaat 



Menyusun ibadah vitamin hati...

Kita ini hidup bukanlah pada tubuh badan kita, makna kita yang sebenarnya adalah pada jiwa-jiwa kita... Kehidupan ini adalah perjalanan jiwa menuju Tuhan. Moga kita kembali kepada Tuhan dengan jiwa yang tenang ~ Tubuh badan itu pembawa jiwa, jagalah kesihatannya ~


Seorang teman bertanya tentang bagaimana untuk muslimah menjaga ibadah khusus dengan ALLAH dan tanggungjawab dengan manusia dalam kesibukan bekerjaya dan bekeluarga.

Saya pastinya tidak berada dalam situasi cabaran itu namun saya kongsikan kisah teman-teman di sekeliling yang saya mengenali gaya hidup mereka sebagai muslimah yang baik... Saya suka meminta tips dari wanita yang bermotivasi dan berdisplin seperti teman-teman itu.

Pertama, hubungan dengan ALLAH tidak ada kompromi jika ingin ketenangan dan kebahagiaan dalam kehidupan penuh cabaran ini. Pada yang telah menjaga solat dan puasa wajib, pasti ingin menambah yang sunat... hingga kita menjadi hamba-hamba yang dicintai ALLAH..insyaALLAH.

Seorang mulimah jurutera mempunyai 3 anak, kongsinya, ada target ibadah khusus yang ingin dicapai. Jadi di pagi hari dalam tren, akan membaca zikir-zikir mathurat, dan quran sebanyak yang boleh. Sehari satu juzuk. Di ofis usahakan solat dhuha bila berkesempatan, di samping istighfar 100 hari yang ditunjukkan rasul SAW. Jadi sebelum zuhur, telah selesai semua ini. Dan bila kita bertekad mendekati ALLAH, kita mampu mencari masa untuk solat sunut zuhur dan asar.

Dalam perjalanan balik kerja, menyambung bacaan Quran dan zikir Mathurat untuk bahagian petang. Ketika dalam kenderaan ini jugalah masa untuk membaca, mencapai target bacaan buku ilmiah/agama, atau prepare bahan-bahan halaqah.

Malam jika tiada usrah, adalah waktu untuk anak-anak, suami dan famili...

Tips lain yang mereka kongsi ialah mengorbankan tidur untuk tilawah quran, membaca buku yang selain ruang lingkup pekerjaan. Bangun setengah jam lebih awal, dapat solat tahajud dan witir, dapat juga membaca kitab hadis dan tafsirnya.

Dalam kereta menempuh kesesakan lalu lintas, adalah masa yang sangat berharga. Jika menjemput anak atau isteri, itulah masa untuk komunikasi dan bonding. Atau menghafal Quran. Atau menambah ilmu dengan mendengar rakamn kuliah yang sangat banyak disediakan percuma.

Berumahtangga dengan anak-anak dan bekerjaya bagi seorang wanita memang amat memenatkan namun kekuatan ruhiyyah yang kita bina dengan zikrullah, amalan sunat dan amalan wajib inilah yang memberi tenaga luar biasa pada insan...

Kerja-kerja rumah dilunaskan samaada dengan bantuan fulltima/part time helper atau suami dan anak-anak bersama membantu ibu sang pengurus rumahtangga... Boleh didik anak-anak untuk bantu ibu berkemas dan kurangkan keserabutan rumah..

Ibadah-ibadah khusus yang wajib dan sunat itu pada awalnya memang kita akan buat kerana checklist atau mengejar target namun insyaALLAH lama kelamaan kita menghayatinya kerana itulah vitaman hati yang sangat penting untuk menjadi wanita yang bahagia dan membahagiakan.
 Tidaklah hambaku medekati-Ku dengan sesuatu yang lebih Kucintai daripada apa yang telah Aku wajibkan. Hamba-Ku tidak henti-hentinya mendekatkan diri kepada-Ku dengan  ibadah sunah sehingga Aku mencintainya. Ketika Aku mencintainya, Aku menjadi pendengaran yang ia gunakan untuk mendengar, menjadi penglihatan yang ia gunakan untuk melihat, menjadi tangan yang ia gunakan untuk menggenggam dan menjadi kaki yang ia gunakan untuk berjalan. Jika ia meminta kepada-Ku, pasti Ku-beri, jika ia memohon perlindungan-Ku, pasti Kulindungi.” (HR. Bukhari)


Itulah sedikit yang mampu dikongsi, yang lain silakan menambah.. Moga bermanfaat ♥

Berbuat baik kerana ALLAH...!



Teman-temanku yang baik, moga hari ini kita terus mengusahakan ketulusan dan keikhlasan berbuat baik kerana Allah, ia sulit namun boleh insyaAllah :)

Seperti nasihat di dalam buku '50 Kaedah Kehidupan Di dalam Al Quran':

"Segala yang baik yang kamu kerjakan, Allah mengetahuinya." (Al Baqarah:197)


Janganlah perlakuan yang tidak menyenangkan dari manusia - samaada suami/isteri, anak, anak, ibu bapa, majikan, teman-teman, jiran - membuatmu keras kepada mereka dan tidak lagi berbuat baik kepada mereka,tetapi bersabarlah dan teruskanlah kebaikanmu itu kerana Allah...berharaplah kepada Allah untuk berbuat baik kepada mereka, jangan berharap kepada manusia demi mendekat kepada Allah.

Apapun yang berlaku, di manapun kita berada, siapapun kita, hidup kita adalah untuk berbuat baik dan mengajak orang lain menjadi baik ♥ kepada Allah. Kerana Allah. insyaAllah ^_^


"Hanya kepadaMu kami beribadah dan hanya kepada Mu kami memohon pertolongan (Al Fatihah:5)

Moga ketenangan dan ketenteraman hati menjadi milik kita..!

 :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...